Berbisik pada langit

Siang tadi aku berkesempatan untuk menonton wayang bersama isteri aku. Filem arahan Kabir Bhatia bertajuk Bisik pada langit mempunyai jalan cerita yang senonim dalam kehidupan sebuah keluarga.Filem yang dibintangi oleh  Ummi Nazeera, Beto Kusyairy, Naim Daniel, Jalil Hamid dan Datin Fadilah Mansor memang berjaya membawa watak yang diamanahkan untuk memberi kesan kedalam hati penonton.

Permulaan cerita yang agak biasa-biasa, ibarat aku rasa macam drama biasa seperti dikaca TV. Tapi sebenarnya sangkaan aku salah. Aku ternanti-nanti dan tercari-cari dimana sedihnya yang hangat diperkatakan oleh rakan-rakan yang telah menonton dan membuat penilaian keatas filem ini. Ternyata babak yang ditunggu ada masanya tiba dan membuatkan aku dan isteri mula tersentuh. Menyebabkan air mata mula mengalir.Realiti ego tadi, hilang dan berlalu, apabila mata mula masuk habuk. Tahniah pengarah, pelakon dan penulis skrip yang berjaya memberi kesan kehati kecil penonton.

Aku sangat syorkan jika ada yang masih belum menonton, ayuh ke pawagan sekarang. Filem bergini yang mampu membentuk kehidupan yang boleh memberi kesedaran.

Tahniah, Karyawan seni matang.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Mamat bangla punya penangan.....

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)