Bakar lemang cara tradisional

Menyambut perayaan adalah satu kemenangan bagi umat islam. Suasana di hari raya amat dinanti oleh setiap umat islam yang merayakannya.Suasana membakar lemang, membuat ketupat, kuih raya dan lain-lain amat dinanti. Kali ini aku ingin ceritakan berkaitan lemang.Lemang adalah satu makanan ya g perlu ada setiap kali hari raya.Tak kira hari raya adilfitri mahupun aidiladha.Setiap hari raya, ayah aku pasti akan membakar lemang. Dari aku kecil hinggalah ke umur sekarang.Ayah aku masih menggunakan cara tradisional untuk membakar lemang.Cara bakar menggunakan kayu api. Walaupun peredaran masa terlalu cepat dalam dunia sekarang, sudah timbul banyak cara ataupun peralatan moden yang dicipta untuk memudahkan manusia untuk membakar lemang. Ayah aku tetap menggunakan kayu api. Ini jawapannya:

Membakar lemang secara tradisional :
1) Bahan bakar hanya menggunakan kayu/ sabut kelapa atau tempurung kelapa.
2) Daun pisang dari pokok pisang.
3) santan juga dari pokok kelapa.

Semuanya boleh digunakan semula, ibarat tidak merugikan.Cuma bezanya agak panas, akan tetapi suasana hari ray dapat dirasai. Ia juga dapat memberi anak-anak kita mengenal cara asal membakar lemang. Selagi ayah aku masih hidup, selagi itu beliau akan menggunakan cara ini agar generasi akan datang merasai suasana sebenar membakar lemang.Menggunakan cara moden juga bagus. Tetapi tidak semua akan suka dan juga mengikut kemampuan masing-masing untuk merasai kenikmatan bakar lemang. Kenapa setiap kali iklan raya perlukan lakonan membakar lemang, membuat dodol, menganyam ketupat dan sebagainya. Suasana  yang hidup dari elemen-elemen itu sebenarnya memain peranan bagi menghidupkan suasana hari raya. Tepuk dada, tanya selera.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Mamat bangla punya penangan.....

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)