Posts

Showing posts from September, 2016

Bakar lemang cara tradisional

Image
Menyambut perayaan adalah satu kemenangan bagi umat islam. Suasana di hari raya amat dinanti oleh setiap umat islam yang merayakannya.Suasana membakar lemang, membuat ketupat, kuih raya dan lain-lain amat dinanti. Kali ini aku ingin ceritakan berkaitan lemang.Lemang adalah satu makanan ya g perlu ada setiap kali hari raya.Tak kira hari raya adilfitri mahupun aidiladha.Setiap hari raya, ayah aku pasti akan membakar lemang. Dari aku kecil hinggalah ke umur sekarang.Ayah aku masih menggunakan cara tradisional untuk membakar lemang.Cara bakar menggunakan kayu api. Walaupun peredaran masa terlalu cepat dalam dunia sekarang, sudah timbul banyak cara ataupun peralatan moden yang dicipta untuk memudahkan manusia untuk membakar lemang. Ayah aku tetap menggunakan kayu api. Ini jawapannya:Membakar lemang secara tradisional :
1) Bahan bakar hanya menggunakan kayu/ sabut kelapa atau tempurung kelapa.
2) Daun pisang dari pokok pisang.
3) santan juga dari pokok kelapa.Semuanya boleh digunakan semula…

Ziarah Kasih

Image
Assalamualaikum.Dah lama tak update blog aku ni. Kali ini aku nak berkongsi sedikit bekaitan program yang aku jalankan pada 31 Ogos baru-baru ini. Bukan mudah nak buat program yang macam ni.Banyan rintangannya dan bukan mudah nak dapatkan komitmen dari orang. Namun begitu, aku dan kawan-kawan yang lain tak mudah mengalah. Bila tidak seberapa aja yang dapat bagi sokongan. Kami teruskan juga. Jom aku kongsikan gambar-gambar program. Ini bukan program tempat kerja aku, ini adalah program amal bersama kawan-kawan. Kami namakan group BBA. Apa itu BBA? Maksudnya Bergerak Bersama Amal. Kami bergerak sendiri untuk membuat amal.Tiada diupah atau dibayar oleh mana-mana pihak. Cuma, ada program yang kita minta rakan-rakan lain yang menderma,kita alukan. Sebarang perbelanjaan makan minum, kos perjalanan program tidak diambil dari wang orang ramai.