Kuatkan Semangatmu Sayang

Setiap pasangan yang berkahwin inginkan cahaya mata dalam sebuah keluarga. Kini sudah hampir setahun, iaitu pada 25 Januari 2015 ini,genaplah setahun usia perkahwinan kami.Bak kata orang baru setahun jagung,macam- maca' belum dilalui. Sudah masuk 5bulan sudah aku tinggal bersama isteriku. Jika dulu tinggal berjauhan. Kini kami bersama.Demi mencari rezeki,keputusan dibuat, kami berjauhan. Mungkin itu salah satu faktor kami belum dikurniakan zuriat.semua itu suatu ketentuan, bergitu juga dengan jodoh kami,yang pernah aku ceritakan sebelum ini.
         Perjalanan hidup kami, Allah permudahkan.Selepas berlaku masalah kedai, isteri mula risau tentang perbelanjaan bulanan. Aku sentiasa mengingatkan.Setiap yang berlaku ada hikmahnya.Apa orang buat pada kita,menjatuhkan kita,pasti Allah akan balas. Ternyata janji Allah itu pasti, perniagaan mereka ternyata terus jatuh.
       Perjalanan hidup isteri dipermudahkan lagi.Dia mendapat tawaran kerja sama tempat dengan aku. Alhamdulillah,syukur kami dapat bersama.selepas itu rezeki mendapatkan rumah sewa juga dipermudahka dalam masa 2minggu, sebabnya isteri diberi tempoh mendaftar masuk kerja dengan segera. Semua ini aku cuba lalui dengan tenang supaya dapat mengawal emosi.Lagipun perkara ini perlu dibuat dengan teliti supaya keputusan yang dibuat mengejut tidak memberi kesan kepada keluarga. Semua yang berlaku tidak seperti yang dirancang. Memang keinginan untuk tukar kerja untul balik kerja dekat dengan isteri,tetapi lain pula jadinya....isteri yang datang kerja dekat suami.
        Setelah  3bulan kami bersama, kami dipermudahkan lagi dengan berita isteriku mengandung 2bulan. Perasaanku masa tu,amat- amatlah gembira,bersyukur sangat pada Allah atas berita ini. Dunia baru yang akan aku terpaksa aku lalui, pergi kerja dengan kereta, kerja-kerja rumah aku akan uruskan.Yang pasti perubahan ini,semua suami yang isteri mengandung akan lalui. Kegembiraan itu tidak lama.Kami diuji lagi, keputusan scan tidak menunjukkan kedudukan sebenar sekiranya mengikut kiraan minggu. Isteri mula sedih pabila andaian doktor mengelirukan,dan membuatkan hati isteriku terguris. Selepas selesai pemeriksaan doktor di klinik kerajaan, kami membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan di klinik swasta,untuk lebih kepastian.Ternyata nasihat doktor swasta lebih memberi keyakinan untuk merujuk doktor pakar... alhamdulillah kini kami masih berurusan dengan doktor pakar. Semoga Allah permudahkan segalanya ..... amin.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Berbisik pada langit

Mamat bangla punya penangan.....