Posts

Showing posts from May, 2014

KELEBIHAN BULAN REJAB

Jom kita ketahui kelebihan bulan Rejab :

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan darip…

Nota dari Kelas Agama : Menanti Hari Kematian

Kematian adalah sesuatu yang pasti akan berlaku ke atas setiap makhluk yang hidup. Bagi makhluk yang bernama manusia, ia di lahirkan bersama ajal yang telah ditentukan di azali. Apabila ajal sampai tiada yang dapat melambatkan atau mencepatkan kematian sesesorang itu. Tidak seorang pun manusia itu tahu akan hari kematiannya dan tidak seorang pun manusia yang dapat meramal tarikh kematian orang lain.

Manusia mati dalam 2 keadaan :-

tiba-tiba
telah dijangka
Kematian secara tiba-tiba adalah kematian yang tidak disangka dan diduga. Ia datang tanpa ada tanda-tanda kematian terlebih dahulu. Contoh kematian yang tidak disangka dan diduga ialah kematian kerana kemalangan, kematian kerana dibunuh, kematian kerana serangan sakit jantung, kematian dalam tidur dan sebagainya. Orang yang mati dalam keadaan tiba-tiba tidak dapat membuat persediaan bagi menghadapi maut seperti memberi wasiat terakhir, meminta maaf, beristighfar dan sebagainya. Maka itu kita hendaklah membuat persiapan untuk kematian kit…