Posts

Showing posts from December, 2013

Tip Sihat dan cantik

Semua orang mau sihat dan cantikkan ?

Meh sini, aku kongsikan dengan semua pembaca tip sihat dan cantik. Aku petik tip ni dari sebuah buku berjudul " Engkau Memang Cantik". Harap dapat membantu siapa yang mahu kelihatan cantik dan sihat.

1) Mulai biasakan diri mengamalkan gaya hidup sihat.
   -  Seimbang istirehat yang cukup , aktiviti yang produktif dan bermanfaat serta bersenam dengan teratur.
2) Amalkan pengambilan makanan yang berkhasiat dan menyihatkan
   - Jauhijunk food, sebaliknya ambillah makanan segar dengan memperbanyakkan buah.
3) Minum air putih dua sampai empat liter sehari.
  - Air yang mencukupi dapat memperbaiki metabolisme , juga menghindari penyakit serius sperti gangguan   
    ginjal dan hati.
4) Hindari Stress
  - Belajar menguruskan ketegangan fikiran dengan bijak.

Ok, setakat 4 pon dah cukup, cuba buat apa yang diterangkan, insyaallah semoga apa yang di kongsi dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Belajar Menghargai orang lain

Tajuk kali ini, aku nak tulis pasal ni... "BELAJAR MENGHARGAI ORANG LAIN". Zaman sekarang ni, memang susah cari orang yang menghargai orang lain, dalam pelbagai sudut.Masing-masing berlumba tujuan masing-masing.Kadang-kadang orang yang ambil serius dengan prinsip seperti tajuk entry aku kali ni, boleh jadi tekanan jiwa.So, kawan-kawan, kita kenala jadi seorang yang bercirikan peribadi yang ada sikap di bawah ni :

1) Ucapkan Terima Kasih
2) Bantu Ahli Lain 3) Hargai Kerja Orang Lain 4) Memahami Masalah Yang Dihadapi 5) Bekerjasama 6) Jangan Pentingkan Diri
Kalau nak tahu lebih detail berkaitan sikap ke enam-enam yang aku sebuit diatas, apa kata anda semua terjah blog sorang ni : FARA.. :-)
OK, semoga apa yang dikongsi dapat serba sedikit memberi perubahan dalam diri anda semua. 

PERDANA LIMO.Dilancarkan

Image
PERDANA LIMO... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kereta Proton Perdana baru untuk kerajaan di lobi Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Eksekutif PROTON, Tan Sri Mohd Khamil Jamil. Kereta tersebut didatangkan dalam dua warna, iaitu hitam metalik dan "purple grey" dengan kapasiti enjin 2.0L dan 2.4L. Bagaimanapun, kereta tersebut tidak dijual kepada orang awam buat masa ini.


Sumber : Bernama