Mengata orang, melantun ke diri sendiri

Kali ini aku nak membicarakan tentang kerja. Kebanyakkan orang, masa mula-mula masuk je kerja baru, suka memberi gambaran seolah-olah dialah yang paling bagus ditempat kerja sebelum ini. Bercerita tentang kerjaya dia sebelum ini, mewar-warkan seolah dialah yang paling hebat. Pabila ditempat baru, sebagai contoh dia melihat seorang pekerja sedang bermain internet, menonton movie semasa berkerja. Ayat atau dialog yang selalu digunakan seperti :

 " Apalah dia tu, masa kerja boleh dok main internet, tengok movie, tak ada disiplin langsung, macam manala nak berkat rezeki tu."   

 



Dialog seperti inilah yang selalu kita dengar pabila orang baru masuk. Aku sudah banyak kali melihat orang macam ni dalam kehidupan sepanjang kerja aku. Aku pun bukan bagus, tapi aku menulis disini juga untuk mengingatkan diri aku juga supaya tidak seperti itu jadinya.Sekiranya kita mempunyai bos yang baik, malah dia selalu backup kita, janganla kita membebankan dia.Kadangkala aku ada juga bos yang mengadu, meluahkan perasaan macam mana nak menyelesaikan masalah orang bawahan.Sebenarnya susah kita hendak membetulkan orang yang sudah bengkok haluannya. Yang boleh aku nasihat di sini, kepada sesiapa yang pernah menjadi bos, ataupun pernah ada orang bawahan, tolonglah faham bila anda masuk tempat kerja baru, hormatlah bos anda. Satu lagi aku nak berkongsi nasihat dari seorang abang ditempat kerja aku, janganla curi tulang waktu kerja, Rezeki yang kita cari tu, kalau betul caranya, berkat, kalau tidak betul caranya, allah akan turunkan bala atau sesuatu yang kita tidak sangka, jika tidak pada kita, tapi kepada anak-anak kita. Ingat wahai teman-temanku sekalian,.....

Wassalam..

Moral : Jangan cakap orang lain, nanti dah lama kerja, kau pun ikut sama perangai macam orang yang kau kutuk sebelum ini.

 Nota: Menulis atas rintihan seseorang padaku.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Mamat bangla punya penangan.....

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)