Alhamdulillah... selamat disatukan.

Assalamualaikum.
Bertemu kembali setelah sekian menyepi tanpa sebarang isu ataupun cerita yang ingin dikongsi.
Alhamdulillah, syukur kepada allah masih diberi kesihatan yang baik, bagi meneruskan hobi yang telah lama aku tinggalkan. Kali ini aku,.ingin berkongsi kegembiraan bersama, kerana penyatuan 2hati yang tercipta.
kita hanya mampu merancang,tuhan yang menentukan... jodoh sudah tertulis untuk 2 insan ini, sahabatku Farhan. 
Sudah sekian lama mencari cinta, akhir cinta hati bertemu ditempat kerja yang sama.
Mengimbau detik perkenalan, bermula pada suatu pelan untuk keluar makan nasi Arab.
Pada mulanya, hanya pergi berempat tidak termasuk sahabatku Farhan.. 2 lelaki, 2 perempuan, jadi tak berapa nak elokla. so aku teringat sahabat aku. Lagipun dia single, so eloklah tu.
Sejak hari keluar makan, jalan-jalan I-City ,The curve, uptown D,kota. Semua itulah menjadi detik-detik indah mereka menyemai cinta sehinggalah ke Annual Dinner di Kelab Golf, Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh, Selangor. Sehinggalah mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga.
 
Alhamdulillah semua sudah terlaksana. jom tengok gambar di majlis mereka di
Teluk Intan, Perak.
Semoga berbahagia buat pasangan ini yang selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz, sah menjadi suami isteri.

Amin

Note : Bak kata orang, Kilang Kumpulan Jebco (KJ) adalah Kilang  Jodoh. :-)






Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Berbisik pada langit

Mamat bangla punya penangan.....