Posts

Showing posts from July, 2012

Berbuka puasa di the curve.

Image
29 julai 2012 - Tercapai juga hasrat aku nak beli baju melayu hari ni. Dah rancang dari minggu lepas lagi untuk ke The Curve untuk membeli baju melayu.Memandangkan gaji baru masuk, aku membuat keputusan terus ke The curve pada hari ni.Kebanyakkan orang lebih gemar ke jalan TAR, KL.Berbeza dengan aku, malas nak ke sana kerana sesak jugak. Baju yang aku beli tadi pun kira okla.
tengok gambar baju aku beli, dan gambar sahabat aku memilih baju untuk anak buahnya. Aku berbuka puasa di situ juga. Tengok apa yang kami makan tadi.
Yang tak seronok tadi, sebab ada pelanggan bergaduh dengan tauke restoran, sebabnya makanan yang diorder tak sampai. Orang lain dah habis makan.Kalau aku pun marah. :-)




Kereta dihempap kontena

Image
24 Julai 2012 - Sungai Buloh: 2buah kereta dihempap kontena yang diletakkan di sebelah pagar sebuah gudang barangan keperluan disini. Menurut sumber, kejadian berlaku pada tengahari tadi. Kejadian yang belaku mengakibat kerosakan sebahagian kedua-dua buah kereta tersebut.Gudang yang dimiliki oleh pasaraya borong NSK.

Visit Perak

Image
Bersiar-siarditeluk  Batik, Taman Bakau..huhu, bagi makan kera yang banyak...layan






Selamat Pengantin Baru Shah

Image
Inilah orang yang memberi idea nama blog aku ni. Sudah menjadi suami orang.Orangnya gemar melukis. Kira bab-bab melukis ni bagi kat dia la. Sudah berumah tangga dengan Habibah. Mereka bertemu jodoh ditempat kerja aku.Nama syarikat pun KJ.. Sepadan dengan gelaran KUMPULAN JODOH. Ramai yang bertemu jodoh disini. Mereka berdua ni sahabat lama aku. Semoga mereka berbahagia ke akhir hayat bersama. Kini mereka telah bertukar tempat kerja.

PUASA 2 HARI DAH DENGAR LAGU RAYA

Image
Perasaan raya plak mai

Janji tak ditepati..

assalamualaikum, dah lama tak update blog aku ni. Dalam entry kali ni, aku nak menyuarakan isi hati aku berkaitan janji.Bagi pendapat aku, berjanji memang mudah.Satu ungkapan yang teramat-amatlah mudah, sekadarmembuka mulut,mengeluarkan suara dan belum tentu suara yang keluar tu berbau wangi, yang boleh membuatkan orang yang mendengarnya termakan dengan janjinya. Berpegang,pada prinsip ja  nji ditepati, yang diwar-warkan dimedia massa mahupun media elektronik, mesti kita berpandukan prinsip itu.Tapi sebenarnya, apa yang aku nak cakap disini, janji yang di media massa itu, memerlukan kewangan, tapi berbeza dengan janji yang aku ingin ke utarakan ni adalah janji yang mudah.Dalam erti kata, janji yang berkait rapat dengan perangai manusia yang suka berjanj apabila meminjam harta orang lain. Bila berjanji, kita mestilah mempunyai sifat dan hati yang sedar diri, tahu apa yang kita pinjam, adalah kepunyaan orang. Apabila meminjam harta orang lain, kalau tidak dapat menepati masa yang dijan…