Posts

Showing posts from 2012

Hari minggu yang layan...

Image
Assalamualaikum semua,Cuaca hari ini, hujan. Kalau tidur je, mesti badan jadi lemah. Lebih baik, aku keluar cari duit. :-) kebanyakkan orang juga akan keluar dihujung minggu. Kesesakan lalulintas diibukota diwaktu hujung minggu memang meningkat. Berkemungkinan pelbagai andaian boleh dibuat. Pertama kali, mestila kemalangan.Bukan kita nak minta, tapi malang tak berbau, kita tidak merancang.  Tuhan yang akan tentukan. Kalau merokok, sekotak dah berapa ringgit. Aku nak just nak kongsi. Ni ambik.. Hehe.n

Zaman sudah berubah

Masa pantas meninggalkan kita, teknologi semakin hari, semakin laju dn canggih.Hari ini aku sempat berbual dengan rakan kerja aku. Dia menceritakan berkaitan kuliah agama yang dia ikut semalam disurau. Hendak dijadikan cerita, tajuk kuliah adalah berkaitan dengan tafsir Al-quran. So, semua jemaah yang hadir, semuanya mengambil tafsir Al-quran di rak. Golongan tua, masing-masing mengambil tafsir al-quran. Manakala rakan aku mengeluarkan smartphonenya yang mempunyai tafsir Al-quran, terdapatla jugak golongam muda disebelahnya, jugak sedang membuka tafsir al-quran andriod. Kebetulan semua disitu terpecah kepada dua kelompok, kelompok golongan tua, membuka tafsir Al-quran yang berjilid, manakala golongan muda, membuka di smartphone masing-masing. Cuba anda bayangkan, suatu hari nanti, teknologi merubah tradisi.jika dulu,,aku pergi mengaji Al-quran membawa kitab suci?bagaimana generasi akan datang, adakah mereka meneruskan apa yang aku lakukan.Adakah mereka akan membawa Ipad?Renung-renungk…

CINTA...

Image
Cinta :-) hehe. Jatuh cinta pada sseorang tu, suatu yang normal bagi manusia.bercerita pasal cinta ni, teringat pula cerita pasal seorang sahabat rapat aku ni. Sahabat yang rapat dari kecil. Tengah lepak-lepak dengan dia kedai mamak, sebab dah lama tak jumpa, tergerak hati pula nak bertanya pasal kekasih hati dia @ awek @ girlfiend la. :-) bila dah bertanya, tiba-tiba dia terdiam, selepas tu mcm sapu mata pun ada. Rupa-rupanyamada kisah disebaliknya.
Sahabat aku ni, memang bersungguh nak sangat kahwin, so dengan semangat yang ada, dia pun, mintala abah dan emaknya pergi beraya ke rumah si perempuan @ gf dia. Ntah macam mana, selepas balik dari beraya ke rumah kekasih hatinya, mak dia ada benda yang tak berkenan. Pelbagai soalan di timbulkan.Kesan dari itu, sahabat aku ni, terus diam dan tak menghubungi emaknya. Kesian pun ada, aku tengok sahabat aku ni. Semangat bukan main lagi, nak kahwin.
Apa yang aku dapat nasihat pada dia, jangan jauhkan diri dari mak ayah kita, kadangkala. Orang…

Sekadar untuk berkongsi

Image
Peluang kepada yang masih mencari peluang perkerjaan. Disini aku berkongsi "Program jom kerja". Anjuran kerajaan negeri selangor.

Flower Boy: (6 GAMBAR)Majlis Pertunangan Diana Danielle Dan Fa...

Flower Boy: (6 GAMBAR)Majlis Pertunangan Diana Danielle Dan Fa...: Akhirnya selepas menunggu sekian lama, tuan empunya badan, Diana Danielle telah pun berkongsi gambar sekitar majlis pertunangannya dengan F...

zulfar kiosk: Selamat Datang

zulfar kiosk: Selamat Datang: Assalamualaikum, Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog zulfarmegy.blogspot.com . Syukur alhamdulillah dengan kurnia-Nya, segala urus...

Maafkan Daku.... :-)

Image
Assalamualaikum, 


Sudah lama aku tidak menjengok blog aku ini. Selamat hari raya semua ;-) Maaf zahir dan batin, andai kata ada aku buat salah dan silap, terguris hati, makan hati dengan apa yang aku coretkan dalam blog aku ini. Kesibukan menyambut hari raya, ramadhan pula sudah pergi meninggalkan kita.Entah sempat ke tidak kita berjumpa dengan ramadhan akan datang.Aku tertarik dengan pesanan dari page saudara Sham Kamikaze yang berbunyi : 

" Solat Bukan Part Time | Bukan SomeTime | Bukan No Time | Mesti Buat Full Time | Mesti Buat On Time | Sebab Mati Anytime On Time |"

Mari kita renungkan sejenak pesanan di atas. Zaman sekarang, umur muda ke, tua ke, ramai yang akan dipanggil oleh Allah S.W.T. Aku juga berpesan pada diri aku, dan rakan-rakan sekalian, moga kita berusaha memperbaiki diri kita.Manusia tidak lari dari membuat kesilapan, So aku nak..................



"MINTA MAAF SEKALI LAGI, MAAF ZAHIR & BATIN"
Kali ini aku nak share dengan hangpa semua,
Nah ..... :-)

Jo…

Iklan yang mengusik jiwa

Berbuka puasa di the curve.

Image
29 julai 2012 - Tercapai juga hasrat aku nak beli baju melayu hari ni. Dah rancang dari minggu lepas lagi untuk ke The Curve untuk membeli baju melayu.Memandangkan gaji baru masuk, aku membuat keputusan terus ke The curve pada hari ni.Kebanyakkan orang lebih gemar ke jalan TAR, KL.Berbeza dengan aku, malas nak ke sana kerana sesak jugak. Baju yang aku beli tadi pun kira okla.
tengok gambar baju aku beli, dan gambar sahabat aku memilih baju untuk anak buahnya. Aku berbuka puasa di situ juga. Tengok apa yang kami makan tadi.
Yang tak seronok tadi, sebab ada pelanggan bergaduh dengan tauke restoran, sebabnya makanan yang diorder tak sampai. Orang lain dah habis makan.Kalau aku pun marah. :-)




Kereta dihempap kontena

Image
24 Julai 2012 - Sungai Buloh: 2buah kereta dihempap kontena yang diletakkan di sebelah pagar sebuah gudang barangan keperluan disini. Menurut sumber, kejadian berlaku pada tengahari tadi. Kejadian yang belaku mengakibat kerosakan sebahagian kedua-dua buah kereta tersebut.Gudang yang dimiliki oleh pasaraya borong NSK.

Visit Perak

Image
Bersiar-siarditeluk  Batik, Taman Bakau..huhu, bagi makan kera yang banyak...layan






Selamat Pengantin Baru Shah

Image
Inilah orang yang memberi idea nama blog aku ni. Sudah menjadi suami orang.Orangnya gemar melukis. Kira bab-bab melukis ni bagi kat dia la. Sudah berumah tangga dengan Habibah. Mereka bertemu jodoh ditempat kerja aku.Nama syarikat pun KJ.. Sepadan dengan gelaran KUMPULAN JODOH. Ramai yang bertemu jodoh disini. Mereka berdua ni sahabat lama aku. Semoga mereka berbahagia ke akhir hayat bersama. Kini mereka telah bertukar tempat kerja.

PUASA 2 HARI DAH DENGAR LAGU RAYA

Image
Perasaan raya plak mai

Janji tak ditepati..

assalamualaikum, dah lama tak update blog aku ni. Dalam entry kali ni, aku nak menyuarakan isi hati aku berkaitan janji.Bagi pendapat aku, berjanji memang mudah.Satu ungkapan yang teramat-amatlah mudah, sekadarmembuka mulut,mengeluarkan suara dan belum tentu suara yang keluar tu berbau wangi, yang boleh membuatkan orang yang mendengarnya termakan dengan janjinya. Berpegang,pada prinsip ja  nji ditepati, yang diwar-warkan dimedia massa mahupun media elektronik, mesti kita berpandukan prinsip itu.Tapi sebenarnya, apa yang aku nak cakap disini, janji yang di media massa itu, memerlukan kewangan, tapi berbeza dengan janji yang aku ingin ke utarakan ni adalah janji yang mudah.Dalam erti kata, janji yang berkait rapat dengan perangai manusia yang suka berjanj apabila meminjam harta orang lain. Bila berjanji, kita mestilah mempunyai sifat dan hati yang sedar diri, tahu apa yang kita pinjam, adalah kepunyaan orang. Apabila meminjam harta orang lain, kalau tidak dapat menepati masa yang dijan…

Hati Kosong

Kau datang, dan pergi....Sukarku mengerti,  Mana hilangnya rindu,  Mana hilangnya sayangmu, kepadaku,
Bila kau tiada,  Aku terasa satu kekosongan dalam hati, Namun ku tahu,  hatimu bukan lagi untukku, Beginilah caranya, Biarku mengundur diri,  Walaupun perit,pahit.....
Kucuba memberi ruang dan waktu, Untukmu mencari kebahagiaan, Walaupun diriku sekadar persinggahan, Sementara menunggu hari, Hilangnya hatimu untukku..
Selamat tinggal......
Nukilan dari hatiku... Amir

Kencing Tikus dan Tin minuman

Image
PENTING DAN HARUS DIBACA jangan padamkan pesan ini sebelum memanjangkan pada yang lain..

Pada Hari Minggu Satu Keluarga bertamasya dengan membawa beberapa minuman tin.Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di Ruang Intensive Care Unit. Dia meninggal pada hari Rabu. 

Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terinfeksi urin tikus yang sudah mengering yg mengandungi leptospira.
Sangat dianjurkan agar membilas secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin-tin disimpan dalam gudang dan langsung diantarkan ke kedai-kedai runcit tanpa dibersihkan. 






Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih terkontaminasi dibandingkan toilet umum (penuh kuman dan bakteria.)
Jadi, bersihkan dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan t…

Bila dan masa ada

Masa ada…
Dia tak hiraukan pasal kita, 
Bila kita risau, dia kata kita tak faham,
Bila kita marah dia kata kita benci,
Bila kita nasihat dia kata kita membebel,
Bila kita menangis dia kata kita ni macam budak-budak.

Sebenarnya…
Kita risau sebab kita sayang dia,
Kita marah sebab kita taknak dia buat macam-macam,
Kita nasihat sebab nak dia jadi yang terbaik,
Kita menangis hanya sebab perlukan pujukan dan ingin bermanja.

Bila dah Tiada…
Barulah tercari-cari,
Barulah menyesal,
Barulah terasa takde orang nak risau pasal dia lagi,
Barulah terasa takde orang nak marah pasal dia lagi,
Barulah terasa takde orang nasihat pasal dia lagi,
Barulah terasa rindu nak memujuk dan bermanja,
Barulah terasa rindu nak dengar suara, rindu nak bergaduh,rindu nak bergelak ketawa.


COPY and Paste from Along Khecik..

Menjengok semula....

Image
Assalamualaikum,
Sekian lama aku tidak mengemaskini blog aku ni.Tak tau la dah ada pengunjung ke tak lagi. Selama aku mendiamkan diri dalam dunia berblogging ni.Macam-macam dah jadi.... Antaranya :

1.) Bos aku dah berhenti kerja. Semoga berjaya dalam kerjaya baru beliau. Banyak membantu aku dalam belajar sesuatu yang baru masa kerja. Beliau juga seorang sahabat yang banyak memberi nasihat yang berguna..Yang tak berguna aku tak ikut.hehe... Gurau je Zai..
                                          Gambar Perpisahan Beliau.
2.) Aku pergi bercuti ke Pulau Pangkor. 






16 FAKTA TENTANG BAYI BARU LAHIR YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU

Image
- Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

- Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

- Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

- Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

- Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

- Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

- Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

- Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

- Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

- Jantung bayi baru lahir berdenyut d…

Selamat menyambut hari Maulidur Rasul 1433 Hijrah

Maulidur Rasul(Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraanNabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12Rabiul AwalTahun Gajah bersamaan dengan23 April571. Baginda adalahnabiterakhir yang diutus olehAllahSubhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagaiMaulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira me…

CAHAYA TEH SUDAN: Iklan Teh Sudan di Harakah

CAHAYA TEH SUDAN: Iklan Teh Sudan di Harakah: Teh Sudan kini di Harakah Daily dan Harakah paper. Pastikan anda merasai keistimewaan teh sudan.