Posts

Showing posts from December, 2011

Tarian Poco Poco

Image
Assalamualaikum.... Sekadar nak share video kuliah ceramah ustaz Azhar Idrus berkaitan "Tarian Poco-Poco"....


Nota : Solat juga adalah satu senaman....
Banyak manfaat pergerakan dalam solat. Sesiapa yang pernah membaca artikel di dalam surat khabar METRO AHAD, 17April 2011, ada info berkaitan manfaat pergerakan dalam solat. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Yusry, Lisa Surihani Nikah 23 Februari ini

Image
PUTRAJAYA – Pasangan pelakon Iaitu Yusry Abd. Halim dan Lisa Surihani mengesahkan akan bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada tarikh 23 Februari tahun depan. Yusry, pengarah filem dan ahli kumpulan KRU mengumumkan perkara tersebut kepada wakil-wakil media massa di sini hari ini. “Diharap keputusan ini akan melenyapkan segala desas-desus tentang hubungan serta gosip kami selama ini,” katanya. Dalam majlis ‘Pengumuman Istimewa’ tersebut, pasangan itu turut mengumumkan tarikh majlis resepsi perkahwinan mereka yang akan diadakan secara eksklusif pada :  Tarikh : 26 Februari 2012 Tempat : Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC). Di dalam majlis tersebut, Yusri turut mengaku bahawa ibubapanya telah berkunjung ke rumah Lisa menghantar tanda dan sememangnya majlis yang diadakan di Marriott Hotel Resort & Spa ini adalah untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka. Selain itu, Yusri yang hadir bersama ibubapanya, Abdul Halim dan Zarina Fenner, tidak dapat mengulas s…

Sos ada DNA Babi

Image
Kepada yang tak tahu lagi produk ini halal ke tidak, ini surat yang mengesahkan produk ini haram....


Kos RM3,000, shooting 2 jam, Oley ditonton lebih 180,000

Image
"Klip video atau Filem pendek berjudul 'Oley' hanya memakan belanja RM3,000 sahaja dan mengambil masa penggambaran 2 jam, tetapi memberikan kesan cukup besar bagi aktiviti dakwah.

Ini kerana, klip video terbitan sebuah NGO, Solidariti Muslim Prihatin ini sehingga kini ditonton lebih 180,000 orang dalam jangka masa 5 hari setelah disiarkan."

Bagaimana ingin mempercepatkan jodoh..

Image
(Sumber: Google)

Aku tertarik pada tajuk entry dari blog ini (Penpatah) berkaitan lambat jodoh. Dalam situasi seseorang, banyak faktor perlu di ambil kira dalam mencari jodoh. Kadangkala, seseorang itu nak sangat berkahwin, tapi tak dapat, dan ada yang tak fikir nak kahwin, tiba-tiba senang je dah kahwin.Ikuti petikan entry sahabat kita ini :
"Mungkin saja lambatnya jodoh itu kerana ada hikmah yang terkandung di dalamnya yang kita sendiri tidak dapat untuk terjemahkannya. Mungkin juga lambatnya jodoh kita itu kerana kelalaian kita dalam mengingati Allah SWT sehingga Allah mengingatkan kita dengan cara melambatkan jodoh tersebut, akhirnya kita sedar bahawa Allah lah tempat kita bermohon.


Berdoalah setiap selepas solat lima waktu agar anda memperoleh pasangan yang baik dan menjalankan agama Islam dengan cara yang sempurna. Dalam salah satu petua yang diungkapkan oleh seorang penyusun buku amalan menjelaskan bahawa untuk mempece…

Oley!!

Image

Awas! Sihir kini menular melalui Facebook

Image
20KSha KOTA BHARU – Pengguna laman sosial ‘facebook’ kini perlu berhati-hati terutama ketika memasukkan gambar-gambar mereka untuk paparan umum bagi mengelak unsur sihir dan gangguan. Pengerusi Persatuan Kebajikan Perubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Kelantan, Zaki Ya berkata, pada zaman alam siber ini, jin boleh juga merapati manusia melalui internet atau gelombang termasuk laman sosial ‘facebook’. “Sebelum ini, saya pernah merawat satu kes orang terkena sihir yang meracau-racau secara tiba-tiba ketika berada di hadapan komputer semasa melayari internet. “Beberapa hari lalu, saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang bapa yang mahu anaknya dirawat setelah setahun tidak mahu ke sekolah dan bapa tersebut mengesyaki ada jin yang menyihir anaknya melalui talian internet,” katanya semasa ditemui di Klinik Rawatan Islam dan Tradisional (Rawatid) Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, di sini. Zaki berkata, bapa terbabit menceritakan dalam SMS itu anaknya a…

baik baik sayang cover keesamus

Image
Lagu ini pun untuk anda semua.Jangan stress bila ada masalah kerja, masalah cinta ataupun masalah dengan kawan2 ye... :-)

bukan ku tak sudi-ilklim (cover Keesamus)

Image
Jom layan lagu ini... Jangan tension ye.... :-)



Tawaran Pelita Jaya: Baddrol Bakhtiar tunggu keputusan KFA

06/12/2011 10:44pm

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Tonggak utama pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar berharap Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) akan mempertimbangkan hasratnya untuk menyertai kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya.

Beliau berkata, tawaran seperti itu sememangnya dinanti-nantikannya kerana mahu menimba pengalaman baru selain mahu meningkatkan mutu permainan.

“Saya telah mengadakan perbincangan lanjut dengan KFA mengenai perkara ini kerana tawaran yang diterima dari kelab tersebut hanya dalam bentuk lisan.

"Namun segala keputusan akan dibuat sekurang-kurangnya sehari dua lagi dan saya menyerahkan perkara ini kepada pihak pengurusan (KFA) untuk mempertimbangkan peluang ini,” katanya kepada pemberita selepas sesi pertemuan mesra antara pemain skuad Sukan SEA dengan para peminat, anjuran Nike Malaysia di sini hari ini.

Anak kelahiran Sungai Petani ini yang masih mempunyai kontrak setahun lagi bersama skuad Kenari sehingga hujung tahun depan, berkata, beliau ingin mengikut jejak l…

Jogging sambil curi coli

Image
SHAH ALAM – “Apa salah saya bang? Saya cuma jogging je kat sini", ujar seorang lelaki gila seks setelah dia berjaya diberkas penduduk selepas mencuri beberapa coli dan seluar dalam wanita di flat PKNS Seksyen 7, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an cuba mengaburi penduduk dengan memberi pelbagai alasan namun tembelangnya terbongkar apabila beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui berhampiran tempat dia bersembunyi.

Difahamkan, lelaki tersebut pernah ditangkap melakukan perbuatan sama beberapa bulan lalu di kawasan perumahan berhampiran.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Saiful berkata dia terkejut mendengar jeritan penduduk sebelum bergegas keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku.

Selepas itu katanya, dia melihat kelibat seorang lelaki berbadan gempal melarikan diri dan dikejar seorang penduduk.

“Saya dan rakan serumah turun membantu mengejar lelaki itu. Kami berjaya memberkasnya setengah jam kemudian  selepa…

Baddrol kekal bersama Kedah

Image
Alhamdulillah Baddrol masih kekal bersama pasukan kedah.