Teruskan usahamu wahai saudaraku....

Kali ini aku terpaut pada satu blog yang boleh aku puji idea dan semangat beliau. Beliau membuatkan aku teringatkan kampung halaman yang nun jauh di utara tanah air. Blog yang aku maksudkan adalah http://moniermatdin.blogspot.com .Pemilik blog adalah Monier Mat Din.. Memaparkan realiti kehidupan sebenar di kampung. Malaysia makin maju, namum begitu masih ada sebilangan manusia yang masih dibelenggu  kemiskinan, mungkin akibat dari kesihatan yang tidak sihat menghalang pencarian rezeki. Kita kadangkala, leka dalam mengejar arus kemodenan. Dulu aku pernah menyertai banci kemiskinan 2008. Alangkah terkejutnya, masih ada lagi  keluarga-keluarga miskin di kawasan-kawasan pedalaman.Sekiranya aku tidak menyertai misi banci kemiskinan, belum tentu aku tahu masih ada lagi penduduk yang miskin.Anda sendiri boleh berkunjung ke blog saudara Monier sendiri, dan melihat apa yang di kongsi dalam membongkar sekala isi alam di kawasan pedalaman.Niat yang murni seperti inilahyang kita mahu.Bukan hanya di kampung-kampung, malah di bandar-bandar juga perlu kita terapkan...Aku bukan nak promosi buku di bawah. Buku di bawah adalah hiasan semata-mata, tapi kalau rasa nak cari buku tersebut, cuba lah cari di pasaran : -)




Gambar hiasan


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)

Mamat bangla punya penangan.....