Takdir

Hari ini aku aku telah selamat sampai ke bandar.Baru sahaja balik dari kampung menziarahi pak long dan maklong aku yang sakit tenat. Pada zahirnya kita melihat, orang yang kita sayang, kita kenal disekeliling kita masih sihat semalam atau beberapa hari yang lalu, tiba-tiba jatuh sakit. Itulah dinamakan takdir. Perjalanan hidup seseorang sudah tertulis, segala gerak langkah telah di atur oleh Allah S.W.T. Perkara ini berlaku tidak dapat kita duga.Ini adalah kekuasaan Allah S.W.T.  Semalam, pak long aku telah kembali kepada-Nya. Mujur aku sempat menziarahinya pada tengahari semalam ketika arwah masih ada.Aku doakan agar roh dicucuri rahmat. Manakala maklong aku masih lagi terlantar di Hospital Besar Alor Setar.Aku doakan agar dia sedar dan sembuh dengan baik. Teringat lagi kali terakhir aku jumpa dan bersembang dengannya sewaktu hari raya aidilfitri yang lalu.  Inilah dinamakan TAKDIR.


Note : Ingat 5 perkara....ingat lima perkara sebelum lima perkara, ingat sehat sebelum sakit, kaya sebelum miskin muda sebelum tua, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.

Comments

..ika itu aku.. said…
peringatan yg org selalu lupa kn..
maceh tlg ingtkn =)

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Mamat bangla punya penangan.....

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)