Posts

Showing posts from October, 2011

Juara Piuala Malaysia 2011 (Negeri Sembilan)

Image
Sabtu 29 Oktober 2011 - Tahniah buat pasukan Negeri sembilan kerana berjaya menjuarai Piala Malaysia bagi tahun 2011. Kemenangan berpunca dari gol Kunalan yang berjaya membakar semangat pemain lain walaupun masa makin menghampiri saat terakhir. Pemain yang berpengalaman, Hairuddin Omar (Hai-O) berjaya menambah jaringan gol, bagi memadam hasrat sang Penyu bagi membawar pulang piala berprestaj ke negeri terangganu. Walaupun begitu, pujian harus diberikan kepada Hairuddin berdasarkan ucapan yang deiberikan melalui saluran siaran lansung Astro Arena (801) yang membuktikan beliau seorang pemain yang terbaik dan sedar bahawa beliau sedang berkhidmat untuk pasukan Negeri Sembilan, dan tidak berhasrat menghampakan pasukan Terangganu walaupun beliau berasal dari negeri tersebut. Tahniah buat Negeri Sembilan dan Azrai Khor Abdullah yang berjaya memberi hadiah untuk dirinya yang baru menyambut hari kelahirannya baru-baru ini. Buat sang penyu, anda juga sebuah pasukan yang terbaik, permainan ya…

Kelahiran di bulan Zulkaedah 1432H

Image
Kelahiran bayi adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada umatnya. Rata-rata media massa memaparkan isu pembuangan bayi. Kejadian sebegini amat menyedihkan, ibarat seperti pembuangan sampah. Manusia yang sanggup berbuat demikian amatlah perlu di ambil tindakan sewajarnya ke atas jenayah yang di lakukan.  Di bulan Zulkaedah 1432H, lahirlah 2 putera , seorang anak ke-2 abang aku (Muhammad Aizy Harraz), dan seorang lagi anak sulong sahabat aku Hafizie (Bob), nama anaknya (Muhammad Ridzuan Huda).... Semoga kelahiran putera mereka menyerikan rumahtangga mereka....

(Muhammad Aizy Harraz)

                                                        (Muhammad Ridzuan Huda)


Best giler tengok orang dapat anak. :-) Bertambah semangatlah nak bekerja...  

Real Steel Official Trailer

Image

Sekiranya anda di rompak?

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.
Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321.Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda.

Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.

Semoga info ini dapat membantu anda.

kredit: http://www.NurulAmir.com/

Aduh sakitnya kepala aku...

Image
Sakit kepala.... Sakit yang teramat melanda diri aku kali ni.Aku dah terima rawatan tadi.Dah check darah.Semuanya ok.Alhamdulillah.Tapi aku nak share dengan semua orang beberapa sebab atau kemungkinan berlakunya sakit kepala pada diri kita.



Berikut adalah sebab-sebab yang merangsang sakit kepala : 
• Tekanan (tension headache). 
• Kemurungan  
• Migraine (penyempitan salur darah)  
• Penyakit serta ketegangan dalam mata. 
• Sakit gigi dan tulang rahang. 
• Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.  
• Kejang otot.  
• Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.  
• Angin Ahmar  
•Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor). 
• Tekanan Darah Tinggi  
• Pengambilan dadah dan racun











Cara rawatan :
Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi. 

• Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin. 
• Cuba teknik bertenang dan urutan. 

• Jika migrane, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai 
  pemakanan anda. 
• Kendalikan tekanan anda dengan ba…

Nota Mudah memahami hukum Hudud

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله الحَكَمُ الْعَدْلُ اللطيف الخبير له ملك السموات و الأرض و هو على كل شئ قدير   و الحمد لله الذي فضل العلماء بإقامة الحُجَجِ الدينية و معرفة الأحكام  و الصلاة و السلام على رسول الله أرسله الله بشيرا و نذيرا بين يدي الساعة فأدى الأمانة و بلغ الرسالة و نصح الأمة و جاهد في الله حق جهاده و على أصحابه  إمامِ كلِّ إمامٍ و من تبعه و نصره و والاه
Muqaddimah. 1. Hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Ingatlah penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui surah al Ahzab ayat ke  36 : وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَ…

Teruskan usahamu wahai saudaraku....

Image
Kali ini aku terpaut pada satu blog yang boleh aku puji idea dan semangat beliau. Beliau membuatkan aku teringatkan kampung halaman yang nun jauh di utara tanah air. Blog yang aku maksudkan adalah http://moniermatdin.blogspot.com .Pemilik blog adalah Monier Mat Din.. Memaparkan realiti kehidupan sebenar di kampung. Malaysia makin maju, namum begitu masih ada sebilangan manusia yang masih dibelenggu  kemiskinan, mungkin akibat dari kesihatan yang tidak sihat menghalang pencarian rezeki. Kita kadangkala, leka dalam mengejar arus kemodenan. Dulu aku pernah menyertai banci kemiskinan 2008. Alangkah terkejutnya, masih ada lagi  keluarga-keluarga miskin di kawasan-kawasan pedalaman.Sekiranya aku tidak menyertai misi banci kemiskinan, belum tentu aku tahu masih ada lagi penduduk yang miskin.Anda sendiri boleh berkunjung ke blog saudara Monier sendiri, dan melihat apa yang di kongsi dalam membongkar sekala isi alam di kawasan pedalaman.Niat yang murni seperti inilahyang kita mahu.Bukan hanya …

Takdir

Hari ini aku aku telah selamat sampai ke bandar.Baru sahaja balik dari kampung menziarahi pak long dan maklong aku yang sakit tenat. Pada zahirnya kita melihat, orang yang kita sayang, kita kenal disekeliling kita masih sihat semalam atau beberapa hari yang lalu, tiba-tiba jatuh sakit. Itulah dinamakan takdir. Perjalanan hidup seseorang sudah tertulis, segala gerak langkah telah di atur oleh Allah S.W.T. Perkara ini berlaku tidak dapat kita duga.Ini adalah kekuasaan Allah S.W.T.  Semalam, pak long aku telah kembali kepada-Nya. Mujur aku sempat menziarahinya pada tengahari semalam ketika arwah masih ada.Aku doakan agar roh dicucuri rahmat. Manakala maklong aku masih lagi terlantar di Hospital Besar Alor Setar.Aku doakan agar dia sedar dan sembuh dengan baik. Teringat lagi kali terakhir aku jumpa dan bersembang dengannya sewaktu hari raya aidilfitri yang lalu.  Inilah dinamakan TAKDIR.


Note : Ingat 5 perkara....ingat lima perkara sebelum lima perkara, ingat sehat sebelum sakit, kaya sebe…