Selamat Hari Raya Aildilfitri

Selamat hari raya adilfitri kepada semua pembaca setia blog aku.Terima kasih kerana sudi memberi komen dan kata-kata dorongan kepada aku untuk terus berblog.Tidak lupa jugak kepada semua pelayar lain yang sudi menjengok blog aku ini walaupun sekejap sahaja. Harap di maafkan segala kesalahan andai kata sepanjang aku berblog, ada membuatkan anda semua terguris diluar sana. 

Maaf Zahir dan Batin.....

Disini aku ingin berkongsi segala perjalanan cuti beraya.

Hari bertolak pulang.- Cuaca di Sg. buloh pada hari itu, agak mendung, membuatkan aku berasa risau untuk membuat keputusan untuk bertolak pulang ke kampung. Kerisauan bertambah bukan apa, pabila hujan, penglihatan aku agak kabur kerana aku kurang mendapat tumpuan pabila ada cahaya lampu yang datang dari arah depan sekiranya cuaca hujan.Namum begitu, perjalanan terpaksa diteruskan.Rehat mungkin aku rasa belum cukup, tapi memandangkan hati berkobar-kobar untuk pulang beraya di kampung, niat diteruskan juga malam itu. Alhamdulillah perjalanan segala-galanya selamat. Cuma masa perjalanan kali ini agak panjang terpaksa aku ambil, kerana disebabkan keletihan bekerja pada siangnya.Aku terpaksa mengambiol masa lebih kurang 3 jam untuk tidur pabila sampai di R&R highway. Bukan mudah untuk memandu sendirian.Kekuatan emosi perlu kuat, kadang-kadang pelbagai perasaan datang menggangu fikiran, melayang-layang di otak.Tepat pukul 7.30pagi, aku tiba di kampung halaman aku di Sik, Kedah.Bertolak dari Sg. Buloh pada jam 8.45 malam. Bagi yang pernah memandu ke utara tanah air, masa yang aku ambil, pasti mereka berasa aku terlalu buang masa.

Berpuasa di Kampung Halaman -Berpuasa di kampung halaman adalah seuatu suasana yang amat aku nantikan.Memjamu juadah berbuka yang disediakan emak, amat aku gemari.Yang pasti, tidak sama seperti apa yang aku dapat di selangor.Masakan emak, begitu berbeza, dengan resepi emak, Popia Goreng,Mee Sanggul,Cucur Udang, Kuih lopeh, Kuih buah melaka dan banyak lagi... Pergh..... memang melazatkan. Selain itu, suasana di bazar ramadhan memang best.... Berterawih di surau (Naksah) memang betul-betul mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak. Bila dipenghujung ramadhan, dikampung lain pula suasananya.Sekiranya di bandar, bayar zakat, kebanyakan kita dapat lihat, sepanjang bulan ramadhan ada saja orang membayar zakat, lain pula suasana di kampung, pabila dipenghujung ramdhan, barula mula orang datang membayar zakat di rumah aku.Membayar kepada ayah aku, kerana ayahku amil zakat.

Raya Dah tiba - Raya pertama, pabila pagi semua orang berebut nak mandi, tapi aku rileks je... Hehe... Yang berebut tu anak-nak buah aku.Suara Takbir raya bergema di surau.Suraunya dekat saja dengan rumah aku, bersebelahan dengan kubur.Selpass solat, sempatla menziarahi kubur.Selepas tu pula, beraya la di rumah kawan-kawan.Perut dah penuh, poketla, kosong.Beraya sehingga ke Alor Setar.Raya kedua pun ke Alor Setar lagi, kerana sahabat aku dari Selangor datang.Untuk tidak memghampakan sahabat aku (Nazri) aku pun merelakan diri untuk menjadi pemandu arah kepada dia untuk beraya di utara ni. Sempatla beraya ke Kodiang (Rumah Faizal) dan Tandop (Rumah Mertua -Kak Miza) yang pualng ke Malaysia untuk beraya.
Raya ketiga dan keempat beraya ke rumah saudara mara aku.

Setakat ini sajala yang sempat aku ceritakan.....

(maaf tak ada gambar).... Maaf sempena RAYA :-)



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Berbisik pada langit

Mamat bangla punya penangan.....