" KEMALANGAN" satu perkataan yang menakutkan. Sesiapa pun  ingin mengelak dari berlakunya kemalangan. Terutama sekali kemalangan jalan raya, yang sering berlaku di negara kita. Kemalangan yang membawa maut amat kita takut.Kadangkala kesan dari kemalangan kecil boleh mengakibatkan kematian.Semua orang memandang ringan dalam hal ini. Dia malaysia, kemalangan yang selalu kita dengar adalah kemalangan bas, penunggang motorsikal dan pejalan kaki. Penunggang motorsikal seringkali dilanggar, dan kadangkala ada juga pejalan kaki di langgar oleh motorsikal. Baru-baru ini, anak kepada rakan sekerja aku mati akibat kemalangan motorsikal. Akibat kemalangan itu, beliau luka-luka kecil dan anaknya patah dibahagian kaki. Sekiranya dilihat dengan mata kasar, kecederaan luaran kita lihat ada kecederaan biasa, namun akibat kemalangan ini, selepas bebrapa hari anaknya dimasukkan ke ICU, dan terlantar beberapa hari dan nyawa anaknya tidak dapat di selamatkan.Apa yang aku bak kongsikan di sini, kemalangan kecil jangan dipandang ringan.Ia harus di titikberatkan dalam pemeriksaan doktor selepas kemalangan.


Gambar Hiasan : Google

Gambar Hiasan: Google

Gambar Hiasan: Google


Selain itu, sikap pengguna jalan raya lain yang melihat ataupun ada ditempat kejadian perlu perihatin untuk memabantu semasa kemalangan. Ada segelinitir pengguna jalan raya yang sangggup mengambil kesempatan mencuri harta benda mangsa kemalangan.Sikap sebegini boleh menyebabkan bantuan kepada mangsa di abaikan. Jadi aku harap semua pengguna di luar sana jadilah pengguna jalan raya yang baik. Aku juga mengingatkan diri aku.

Comments

Gimi said…
betul, kemalangan kecil jgn dipandang ringan, jiran rumah dulu jatuh basikal je tapi meninggal sebab masa jatuh basikal tu usus pecah...
Ameer said…
Samalah macam ank rakan kerja ni, anak dia pun macm tulah rasanya. Bdan jadi membesar.... kesian.

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)

Mamat bangla punya penangan.....