Cendol buat aku terliur....

Penatnya... Tadi pagi hujan tak berhenti-henti,Tiba tengahari aku, panas terik pula datang. Aku baru saja balik dari UIAM, Gombak. Penat belum hilang lagi, Pagi tadi hanya bersarapan nasi lemak di Restoran Nasi Kandar Fareez (line Clear), Sg. Buloh masih rasa kenyang lagi. Disebabkan sudah terlewat tadi, aku pun makanla dengan cepat agar aku sempat sampai awal di UIAM.Maklumla belum pernah lagi masuk tempat besar tu, kat mana tempat yang nak tuju pun tak tahu.Orang kata, malu bertanya sesat jalan.Tapui tadi aku tanya sorang mamat student kat bus stop, dia pun tak tau mana tempat yang aku tanya. Dah mula gelabah le bila jam menunjukkan hampir pukul 10pagi.Program bermula pukul 10,Hujan pula semakin lebat, berpusing aku kat dalam tu.Bila call penganjur, penganjur cakap dekat-dekat jer dengan pejabat admin.Susahla juga aku nak cari, mujurla terserempak dengan sorang brother ni, dia pun nak ke tempat yang sama, tapi yang jadi masalahnya, dia pun tak pernah sampai.Nak dipendekkan cerita, aku pun dengan selamba, menerjah satu bilik berhampiran, mujurla ada orang didalamnya.Dia yang menunjukkan temapat yang kami cari.Terima Kasih abang pegawai ... Hehe.....


Baru je sampai rumah, solat dan terus buka FB. Sambil menunggu kawan aku balik, dan nak berangkat ke open house hari ini.Di Shah Alam. Bila aku buka je FB, lihatla kat page group Sik, Kedah (Chat). Terpapar kat wall, ada budak Sik masuk paper KOSMO. Terusla klik, tengok apa yang menarik sampai masuk Kosmo, rupa-rupanya, berita pasal condol.



Buat aku terasa nak makan condol pulak. Apapun tahniah la dengan perniagaan yang di usahanya anak kelahiran Sik, Kedah ni, Semoga maju ke hadapan dalam bidang perniagaan. Amin....

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Mamat bangla punya penangan.....

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)