Pausa tahun ini, suasananya lain....

Sejak kebelakangan ni, mood untuk mengupdate blog kurang memberansangkan.Mybe penat, tapi hari-hari aku mengadap juga blog aku ni. Bila tengok orang lain update blog, rasa macam best plak.. Bulan puasa ni agak penat.Suasana berpuasa tahun ni, dah berubah dan tak sama macam tahun lepas. Beberapa perkara yang aku dapat lihat, terutama sekali didalam rumah aku.


Di Rumah
1) Bersahur bersama kawan-kawan serumah.Masak sendiri, tak perlu keluar mencari kedai untuk bersahur.
2) Kerjasama yang baik dari kawan-kawan serumah.
3) Bersahur sambil dapat menonton astro.Hehe... Tahun lepas rumah kosong jer...
4) Budak-budak OKU kat rumah aku dah mula faham sikit, mengikut perintah.






Ditempat Kerja
1) Dapat balik awal, jarang berbuka puasa di tempat kerja.Tak ada lagi terpaksa bersahur di tempat kerja.
2) Tengahari, bersolat zohor berjemaah di masjid-masjid berhampiran. Rakan sekerja bersama-sama ke masjid.
3) Majlis berbuka puasa bersama-sama rakan sekerja diadakan.
4) Kadang-kadang ada berbuka beramai-ramai di tempat kerja.


Itu saja aku dapat berkongsi untuk entry kali ini.

Comments

cik sue ;) said…
lain..? bru la xburing kan..?hehe

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Berbisik pada langit

Mamat bangla punya penangan.....