Selesai sudah...... Tahniah pemilik sebenar nama blog ini...

Dimulakan dengan Bismillah.... dan alhamdulillah.Selesai sudah, majlis yang penuh bermakna dalam hidup kawan aku.Di panjatkan kesyukuran kerana majlis berjalan dengan lancar, cuaca yang baik... cuma tadi perjalanan trafik agak slow, akibat hari ini, hari cuti hujung minggu.Pelbagai aktiviti bagi yang sudah berkeluarga, pasti tidak melepaskan peluang keluar bersama anak-anak. Tidak terlewat disini mungkin untuk aku mengucapkan takziah kepada keluarga rakan sekerja di atas pemergian neneknya pada khamis petang.
Al- Fatihah........ Amin...  (Semoga arwah tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman).
Tepat pukul 12.30pm tadi , upacara majlis mengikat tali pertunangan  sahabat aku ini dilangsungkan. Sahabat lama di kumpulkan bagi meraikan langkah pertama sebelum majlis perkahwinan yang akan di adakan nanti. Tapi tak tahu bila. Tahniah buat sahabat aku ini, disini juga aku ingin berterima kasih kepada dia kerana dialah sebenarnya pencetus idea nama blog aku ini : KOPIOLAICI. Jatuh... Bangun... dan lari... merupakan perangsang aku dalam meneruskan perjalanan blog ini.Ramai orang betanya mengenai nama blog aku ini. Dia lah pemilik sebenar.... ( Firdaus)... Maaf aku tidak dapat memaparkan wajah beliau, diatas permintaan beliau buat masa ini.
Sarung jangan tak sarung......

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)

Mamat bangla punya penangan.....