SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN

Assalamualaikum semua....


Ramadan bakal menjelma.Sudahkah kita bersedia untuk sama-sama menyemarakkan keindahan bulan ramadan. Agak beberapa hari aku tidak mengupdate blog aku ini, di kesempatan ini aku ingin berkongsi sepanjang aku tidak mengupdate blog aku ini.... Antaranya, aku sempat memberi sokongan kepada pasukan bola sepak kebangsaan kita di Stadium Nasional Bukit Jalil bersama dua orang sahabat aku.


Walaupun Malaysia tewas dengan Singapura, pasukan Harimau Malaya tetap di hati. Jom tengok gambar semasa kami menyaksikan perlawanan tersebut.Suasana di dalam stadium memang amat-amat meriah, walaupun kami tidak ada tempat duduk, sedangkan kami ada tiket yang sah, kami terpaksa duduk di belakang peniaga-peniaga yang beniaga di dalam stadium.



Macam ni jer dapat tengok bola...Sebab dah penuh
(Lakonan Semula selepas tamat perlawanan)

Baki penonton yang tinggal selepas perlawanan tamat

Aku depan pintu utama Stadium

Semalam pula, aku mengadakan majlis bacaan yasin, sempena menyambut bulan ramadan. Sempat menyediakan jamuan kepada rakan-rakan yang turut hadir. Layan gambar dibawah :

Selepas bacaan yasin, sesi menjamu selera.... 

Dah kenyang, sandar sedap, sambil berborak....

Alhamdulillah, habis jugak sate yang disediakan

Antara rakan-rakan yang hadir

Terima kasih kepada penaja makanan dan rakan-rakan yang menjayakan majlis yang sederhana tetapi meriah. Terima kasih juga kepada saudara Khalil kerana mengetuai bacaan yasin. Semoga ramadan kita kali ini, dimanfaatkan waktu yang ada dengan sebaik-baiknya..... amin.

Bila dah berpuasa, menu sahur macam tahun lepas ke? atau lain, masih dalam pertimbangan.Hehe... selalunya, ni jer.... Cube tengok bawah : 

   Adakah menu yang sama tahun ini seperti tahun lepas?

Comments

fadlisabri said…
selamat menyambut ramadhan~

visit here frm Egypt~

http://coretanfadlisabri.blogspot.com/2011/07/sambungan-demi-sesuap-nasi.html
AnneRaini said…
menu ni pon dah ok dah..hikhikhik

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)

Mamat bangla punya penangan.....