CONTEST "Kenangan Ramadan bagiku".

Hari ini, hari terakhir untuk makan tengahari.... Esok kita berpuasa. Bukan berpuasa makan dan minum saja, tetapi semua aspek perlu di beri pnekanan, menjaga segala tingkahlaku dari melakukan sebarang perbuatan yang boleh membatalkan puasa. Semalam aku sempat mengunjungi Jualan Gudang Telaga Biru. 

Memang banyak diskaun yang aku boleh dapat disana.Yang paling best, aku dapat memiliki buku Buku Indahnya Hidup Bersyariat yang berjaya merangkul Anugerah Buku Terlaris padaAnugerah Buku Negara 2010 Disember lepas. Sudah lama aku menantikan diskaun ini. Hehe.... Dengan harga RM38.50 sahaja selepas diskaun. Memang best, sedangkan harga asal RM55.00. Terdapat banyak lagi buku-buku yang menarik diberi diskaun. Terdapat juga happy hour, lelongan produk mereka. Yang bertuah akan dapat memiliki dengan harga yang terendah, contohnya  Set Saintis Cilik yang berharga RM199.50, harga happy hour, hanya RM15. Ramai yang bertuah.


Sempena bulan Ramadan ini. Aku nak buat Contents untuk semua pengunjung blog aku. Syaratnya senang sahaja. 

SYARAT-SYARATNYA
1) Buatkan satu coretan berkaitan tajuk ini "Kenangan Ramadan bagiku".
2) Anda boleh menceritakan kisah pahit atau manis dalam bulan Ramadan. Cerita yang boleh menyentuh 
    perasaan aku, hati kecil aku, coretan itu akan dikira pemenang.
3) Sila copy dan pastekan link di bawah entry aku ni.
4) Di bawah coretan anda itu, mestilah letakkan link : http://Kopiolaici,blogspot.com
5) Contest ini akan terbatal sekiranya penyertaan kurang dari 10 penyertaan.
6) Tarikh tutup penyertaan pada 4 ogos 2011. Tempoh pernyertaan diberi 4 hari kerana aku mahu, pemenang akan dapat memanfaatkan hadiah dari aku, berkaitan isi dalaman majalah Solusi Edisi Khas Ramadan

Pemenang yang bejaya akan aku hadiahkan sebuah majalah SOLUSI 

HADIAH UNTUK PEMENANG (Seorang pemenang)
-Terdapat  Borang percuma Sim Kad percuma di dalam,
-Terdapat penanda buku 5bonus Khas Ramadan
-Terdapat Check List Ramadan yang menarik
-Kupon RM30 untuk program khas menjadi pemborong China dan Vietnam

Hadiah saguhati :
(2 Orang )
Buku Al-Ma'thurat (Kecil) 
-Senang dibawa kemana-mana

Selamat Mencuba, dan selamat menyambut bulan Ramadan



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)

Mamat bangla punya penangan.....