Apa dah Jadi dengan Kawan aku ni????????

Panas! Panas! Panas!..... Cuaca panas, hujan.... cerita panas, macam-macam ada. Pasal Bersih la, pasal budak hina raja la. Yang pasti kita masih lagi dalam keadaan aman. Aku bukan nak cerita pasal Bersih kali ini. Dah ramai cerita pasal bersih. So. tak nak la, bukan apa, nanti ada orang bosan pula.  Aku nak bercerita pasal ini :

"MENCARI KEBAHAGIAAN"

Senang ke nak cari kebahagiaan sebenarnya dalam hidup? Apa pendapat anda semua? Aku bukan apa, aku buat entry berkaitan ni hanyalah nak mengupas beberapa perkara yang ada menyentuh kehidupan seseorang.... mungkin dia sahabat anda? Bukan dia teman lelaki? Teman wanita anda? Anda sendiri boleh menilai siapa dia? 

Kadang-kadang kita tidak sedar, perubahan seseorang itu berpunca dari apa. Aku sering memikirkan sahabat aku yang sorang ni. Dari segi pemerhatian, bukan mudah nak memahami perangai seorang sahabat yang mempunyai trend kehidupan yang tak menentu, " Ibarat seperti lalang, mengikut arah angin bertiup. Walaupun dah pernah terkena berkali-kali kejadian yang sama, dia masih tidak serik mengulanginya. Aku punya sahabat lain yang tahu sangat perangainya.... Sifat ego seseorang memang susah di kawal. Selepas berkali-kali berbincang dengan sahabat aku yang lain berkaitan masalah itu, kami hampir patah semangat, sudah buntu.So aku disini, ingin meminta kepada sesesiapa yang membaca entry aku kali ini, agar anda semua "MENDOAKAN  agar kawan aku itu, TERBUKA pintu hatinya untuk mendekati ALLAH supaya dia dapat mengawal diri bila berada dalam setiap masalah yang datang...."

Amin..


Sumber : Google

Sumber: Google

P/S: Thanks kepada yang mendoakan...

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Mamat bangla punya penangan.....

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)