Aku, Uncle Indian dan Radio.......

Hari ini memang memenatkan. Mata terasa mengantuk...Sebabnya semalam, hamtam satay banyak cucuk. Membe aku order satay samapai seratus cucuk, yang makannya hanya 5 orang.Rezeki katakan, dia belanja makan. Balik je kerja tadi aku terus singgah kedai gunting rambut.Kedai India.Kedai ni memang selali aku singgah kalau nak gunting rambut.Taukenya ok, peramah. Dulu dia pernah tegur aku, katanya janggut aku macam ahli politik.Haha.... kelakar rasanya.


Sambil tukang gunting menggunting rambut aku.Sempatla aku berborak dengan dia.Best bila berborak dengan orang yang peramah.Ape yang aku nak share malam ni dengan semua pembaca blog aku.Aku kagum dengan uncle ni, walaupun dia bukan muslim.Dia memasang radio yang memutarkan segmen keagamaan, yang menariknya segmen agama yang dia dengar tu adalah agama islam.Aku terkejut, sebabnya pada mulanya aku dengar dalam bahasa tamil dari corong radio tu, tapi bila lama-lama dengar, rupanya segmen agama islam.


Aku pun bertanya pada uncle tu :


" Uncle, ini radio apa? betukl ke apa yang saya dengar dia memberi salam dan macam kedengaran beberapa potong ayat al-quran dibaca." Tanya aku kepada uncle yang sedang menggunting rambut aku.


" Ya, ini radio pasang agama islam punya segmen.Saya selalu dengar, banyak cerita baik-baik, boleh ikut. Bagus" Jawab uncle tu dengan selamba...


Dalam leka berborak, dah nak siap pun rambutku digunting. Lega rasa....


(Sumber: Google )


So, bila direnung-renungkan, ape dapatkita simpulkan dari ape kesah aku dan uncle india ini. Walaupun berbeza agama, kita tetap mampu memberi contoh yang terbaik melalui ceramah-ceramah agama islam, ataupun segmen yang berkisarkan agama islam.

Comments

zati embong said…
moga diberikan hidayah untuknya..
Semut Hitam said…
Dia,,, memang dari dulu, puji perjuangan ustaz.... XXX..... hehe....
Darkbatman said…
bgsnye. xpenah tau ade agama lain psg radio agama kita. :D

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)

Mamat bangla punya penangan.....