3 Golongan Manusia (Dimanakah agaknya Kita?)

Kali ini aku nak menyentuh berkaitan 3 golongan manusia. Memetik ilmu dari majalah solusi edisi 33 yang baru aku beli semalam, Manusia ter bahagi kepada  tiga golongan, iaitu :

1) Hidup demi dunia semata-mata.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: " Dan tentu mereka akan mengatakan (Pula): 'Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini sahaja, dan jangan sekali-sekali tidak akan dibangkitkan"(surah al-An'am 6:29). Dalam golongan ini diceritakan bahawa golongan ini ialah golongan yag kufur dengan nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.

2) Golongan yang percaya kewujudan akhirat namun.....
Namum mereka tidak berusaha ke arah mencapai kebahagiaan " di sana".Mereka selamba bersuka ria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk menggapai kebahagiaan di akhirat.

3) Golongan yang menganggap dunia ini ladang akhirat.
Mereka menanam di sini untuk menuai di akhirat kelak.Allah s.w.t berfirman yang bermaksud" Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka.Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa.Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah al-An'am 6:32).

So DiMANA agaknya kita?
 tepuk dada tanya selera....

Renung-renungkan agar ia dapat memotivasikan diri kita agar boleh menjadi insan yang lebih berilmu dan terbaik ke jalan yang sebenar-benarnya lurus..... ke jalan Allah s.w.t..

Amin.....

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Mamat bangla punya penangan.....

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)