Posts

Showing posts from July, 2011

CONTEST "Kenangan Ramadan bagiku".

Image
Hari ini, hari terakhir untuk makan tengahari.... Esok kita berpuasa. Bukan berpuasa makan dan minum saja, tetapi semua aspek perlu di beri pnekanan, menjaga segala tingkahlaku dari melakukan sebarang perbuatan yang boleh membatalkan puasa. Semalam aku sempat mengunjungi Jualan Gudang Telaga Biru. 

Memang banyak diskaun yang aku boleh dapat disana.Yang paling best, aku dapat memiliki buku Buku Indahnya Hidup Bersyariat yang berjaya merangkul Anugerah Buku Terlaris padaAnugerah Buku Negara 2010 Disember lepas. Sudah lama aku menantikan diskaun ini. Hehe.... Dengan harga RM38.50 sahaja selepas diskaun. Memang best, sedangkan harga asal RM55.00. Terdapat banyak lagi buku-buku yang menarik diberi diskaun. Terdapat juga happy hour, lelongan produk mereka. Yang bertuah akan dapat memiliki dengan harga yang terendah, contohnya  Set Saintis Cilik yang berharga RM199.50, harga happy hour, hanya RM15. Ramai yang bertuah.


Sempena bulan Ramadan ini. Aku nak buat Contents untuk semua pengunjung blog…

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN

Image
Assalamualaikum semua....


Ramadan bakal menjelma.Sudahkah kita bersedia untuk sama-sama menyemarakkan keindahan bulan ramadan. Agak beberapa hari aku tidak mengupdate blog aku ini, di kesempatan ini aku ingin berkongsi sepanjang aku tidak mengupdate blog aku ini.... Antaranya, aku sempat memberi sokongan kepada pasukan bola sepak kebangsaan kita di Stadium Nasional Bukit Jalil bersama dua orang sahabat aku.


Walaupun Malaysia tewas dengan Singapura, pasukan Harimau Malaya tetap di hati. Jom tengok gambar semasa kami menyaksikan perlawanan tersebut.Suasana di dalam stadium memang amat-amat meriah, walaupun kami tidak ada tempat duduk, sedangkan kami ada tiket yang sah, kami terpaksa duduk di belakang peniaga-peniaga yang beniaga di dalam stadium.



Macam ni jer dapat tengok bola...Sebab dah penuh (Lakonan Semula selepas tamat perlawanan)
Baki penonton yang tinggal selepas perlawanan tamat
Aku depan pintu utama Stadium
Semalam pula, aku mengadakan majlis bacaan yasin, sempena menyambut bulan rama…

Majalah Solusi - Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood.flv

Image

Jom terjah Video ini..... Selamat Menyambut bulan Ramadhan....

Image

Cerita Bola lagi.... Ada org kurang ajar.... kutuk pemain Malaysia.

Image
Dalam semua orang semangat untuk menyokong pasukan MALAYSIA, ada isu seorang budak mengutuk pemain Malaysia. Memang kurang ajar betul, Biar gambar dibawah bercerita :


                                             Sumber : facebook.com/kenarifm


Apa pendapat anda semua berkaitan apa yang di tulis dalam wall Facebook tersebut. Bagi aku memang tak patut.Ada yang mengatakan beliau bukan anak Malaysia, sengaja menimbulkan  kemarahan kepada penyokong malaysia.Macam-macam komen lagi di utarakan dan Fan page Kenari.FM... Orang ramai berpusu-pusu ke Stadium esok sehingga tejual tiket 85,000, apa lagi nak dikata, penyokong mahukan Harimau Malaya buktikan yang terbaik.


Lagi cerita pasal bola, KLIK SINI...... Kat sini pun boleh.... KLIK SINI PULAK.....


Harap-harap esok, tak ada berlaku lagi ulat tiket, yang membuat propaganda yang mengatakan "tiket habis, siapa nak tiket mari sini,harga lain". seperti berlaku semasa perlawanan Malaysia bertemu China Taipei. Penyokong 45k, macam mana tiket bol…

Harimau Malaya dikejar Penyokong di Bukit Jalil

Image
(Sumber: Fan page Sinar Harian)

Wow! WoW! Tu dia, banyak betoi depa beli tiket, sampai 74keping.Menurut berita dari bernama, sudah 60, 000keping tiket telah dijual. jom ikuti petikan yang dipetik :


"60,000 tiket telah terjual setakat ini. Peminat bola sepak Tanahair ini mendapatkan tiket awal sebelum abis untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan kebangsaan dalam perlawanan timbal balik pusingan kedua Kelayakan Zon Asia Piala Dunia 2014 di Brazil menentang Singapura. Perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 di Singapura. Malaysia harus menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol tanpa bolos untuk layak ke pusingan seterusnya. --fotoBERNAMA (2011)"




So, mana-mana yang belum beli lagi, jom pakat ramai-ramai kita penuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil.Aku dah pesan kat membe aku, so jumpa aku di sana. Marilah kita sama-sama menyokong pasukan kita, walaupun kita sudah kalah di kota singa pada pusingan pertama tempoh hari. Ayuh! Maju ke stadium bersama jersi pasukan kita, Biar Kuning dan B…

Maaf... Blog aku dalam proses perubahan....

Sorry semua, kalau ada entry yang masih tak dapat baca, kerana tulisan masih kekuningan... Haha... Sebarang kesulitan amat di kesali... Sekiranya ada komen atau pendapat tentang blog ini, korang boleh komen kat bawah...


K. Thanks kepada semua yang melawat atau singgah...


Blog aku akan beroperasi sepenuhnya pabila aku free dan dapat mengubah segalanya.... tungggu...

Majlis ilmu... sempena menyambut bulan Ramadhan

Image
Assalamualaikum... Bertemu kembali. Tak lama lagi kita akan menyambut kehadiran bulan Ramadhan.So tak nak panjang cerita, Biar gambar yang bercerita. :-) Hehe....

Jom kita tengok beberapa program sempena menyambut bulan ramadhan yang bakal menjelma, sertailah majlis-majlis ilmu... Menyemarakkan kehadiran bulan Ramadhan,......

Sumber : FB
Sumber : Dapat flyers kat masjid tadi...

Jom sertai, dapatkan ilmu dari majlis yang ada.

Selamat menyambut bulan Ramadhan.

Girlfriend Cantik, Boyfriend tak kacak

Image
Tup! Tup! Isu nie jugak hangpa nak cakap.  Kebanyakkan orang bercakap pasal ni, terutama budak-budak yang lepak.Pernah sekali aku lepak tepi jalan kat kampung, ada la seorang budak ni, mengeluh :


" Apa da.... awek cantik, muka pakwe hancur" cakap si budak tu.


Budak-budak lelaki yang lain pun sama-sama mengeluh. Tapi dalam hal ni, aku tak tahu la di pihak perempuan pulak, bila tengok lelaki tampan bersama girlfirend yang kurang cantik... Hehe.... Bukan tak cantik, kurang cantik je.


                                                                    Sumber: Google
Kalau muka macam kat atas tu, tak semua perempuan  kata kacak kan.....sebabnya, macam soal aku cakap tadi la, kacak lawannya kurang cantik. Kenapa la isu macam ni, menjadi bualan, mybe ada mat rempit yang kat luar sana sedang bersembang masa lepak di tepi jalan. Tapi yang pasti, cantik, kacak itu adalah dari pandangan pasangan masing-masing.Keperibadian seseorang tu, akan di nilai oleh pasangannya sendiri. Kadangkala , s…

SAKA : Betul ker?

Image
Baru je pagi tadi aku buat cite pasal hantu. Petang kuar kat wall aku pasal "SAKA". Cite yang boleh mengejutkan aku. But aku still mencari jawapanya.So seacrh la dalam google, apa yang berkaitan saka, aku terus klik untuk tahu lebih lanjut.
Aku terjumpa beberapa maklumat yang dapat aku kongsikan dengan semua pembaca, antaranya adalah petanda seseorang itu mempunyai saka.
Petanda seseorang mempunyai saka

Gejala waktu tidur

-Susah tidur malam.
-Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
-Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
-Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
-Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
-Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
-Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
-Berdiri dan berjalan ketika tidur.
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
-Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
-Mi…

Lagi - Lagi hantu.... (Episod 2)

Image
Assalamualaikum, dan dimulakan dengan Bismillah. Entry bersambung lagi, berkaitan entry aku yang lalu.Ini kerana, penemuan lembaga kedua dalam video aku dalam entry yang lalu. Hasil penelitian kawan aku, dia ternampak satu lag lembaga yang sama sedang bertengkek diatas dahan yang menghala ke sungai. Kami pada mulanya tidak percaya, tetapi setelah hasil permerhatian tiga orang, hasilnya seperti gambar yang kedua yang telah kami "Pause" kan dari video. Adakah bendar cerita ini? Hanya tuhan saja yang tahu.

(Gambar 1 : Penemuan pertama)
(Gambar 2: Penemuan Kedua)

myMetro | Lagi tua lagi cinta

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)

Video ini hanya sesuai untuk tontonan  pengujung blog ini yang berani.Sekiranya anda ada masalah lemah semangat.Diharap agar tidak menonton video yang di paparkan. Kejadian berlaku ketika sekumpulan pemuda sedang mandi di sungai.Menurut cerita pemberi video ini, kawannya itu sedang mandi di sebatang sungai di Batang Kali. Kawannya tenamap sesuatu, lalu dia mendekatinya, dengan merakam video kamera telefon bimbitnya.Semakin hampir dia mendekati pokok itu, dia terkejut melihat satu lembaga yang sangat hodoh berada di atas pokok.

"Jangan biarkan video ini menghantui diri anda."

Syampu antara punca gemuk

Image
Bila sebut pasal syampu punca gemuk, semua orang yang gemuk  (Terutama yang selalu guna Syampu) akan mungkin tertarik dengan tajuk netry kali ini.  Aku dapat info ini dari Berita Harian Online.  Apabila berbicara mengenai mengurangkan berat badan, kebanyakan kita sedar tiga faktor perlu diambil kira: genetik, jumlah kalori yang diambil dan masa yang sedia diluangkan untuk bersenam. Menurut berita tersebut, kita tidak boleh memilih ibu bapa, namun menurut mantera diet, jika kita makan secara sihat dan kerap bersenam akan membantu menurunkan berat badan.


Namun, bukti baru membayangkan menjauhi ‘kalori bahan kimia’ yang wujud dalam produk kecantikan harian seperti syampu, losyen badan dan sabun mungkin dapat membantu mengurangkan berat badan.



Petikan berkata :"Doktor di Pusat Perubatan Mount Sinai di New York mendakwa ‘phthalates’ kandungan bahan kimia dalam 70 peratus kosmetik serta kebanyakan produk pembersih isi rumah, didapati berupaya menjejaskan sistem kawalan berat badan semula…

Lagi pelakon dipenjara??

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara 30 bulan dan tiga sebatan terhadap abang kepada Zizie Ezette, Samzy Fuzette A Samad kerana memiliki 12.15 gram syabu di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Ampang, dekat sini, enam tahun lalu.
Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas menolak rayuan difailkan pelakon yang pernah membintangi beberapa drama tempatan seperti Seri Istana dan ‘Cucu-cucu Atuk’.

Samzy Fuzette, 35, (pemohon) yang kini berniaga sendiri memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Majistret Ampang pada 30 November 2010.

Bapa kepada tiga anak yang kelihatan tenang dilihat memeluk isterinya, Sarinah Mohammad, 32, bagi menenangkan wanita itu yang menangis teresak-esak apabila mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula semalam.

Terdahulu, Samzy Fuzette yang hadir memakai kemeja putih dan diiringi beberapa rakannya sempat berbisik kepada pemberita, ‘doakan saya’ sebelum mengambil tempat di kandang tertuduh.

Mohtar…

Boleh buat maksiat, tapi dengan syarat...

Image
Boleh buat maksiat, tapi dengan syarat.... Haa,,,,, Macam mana tu, macam menari jer????? Terbeliak mata bila tengok tajuk ni.


(Sumber : Google)

                                           (Kredit to : http://saifunnizam.blogspot.com)


 Biasala, manusia kan, muda remaja lagi la tu yang tengah baca entry aku nie.... Mesti mula-mula baca tajuknya, macam terkejut kan? jangan betul-betulkan cermin mata anda, sekali pandang pun dah pasti jelas. Anda masih berdiri di landasan yang betul. Aku just nak kongsikan ape yang berkaitan dengan tajuk di atas.... Teruskan membaca :


1) Jangan kamu makan rezeki Allah
2)Jangan kamu tinggal di bumi Allah
3) Buatlah maksiat ditempat yang Allah tak nampak kamu, ( Ada ke tempat yang Allah tak nampak kamu)
4) Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu, makan katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya kamu sempat betaubat.Kalau anda dapat melakukan perkara tersebut, makan dipersilakan untuk melakukan maksiat
5) Sekiranya …

Apa dah Jadi dengan Kawan aku ni????????

Image
Panas! Panas! Panas!..... Cuaca panas, hujan.... cerita panas, macam-macam ada. Pasal Bersih la, pasal budak hina raja la. Yang pasti kita masih lagi dalam keadaan aman. Aku bukan nak cerita pasal Bersih kali ini. Dah ramai cerita pasal bersih. So. tak nak la, bukan apa, nanti ada orang bosan pula.  Aku nak bercerita pasal ini :
"MENCARI KEBAHAGIAAN"
Senang ke nak cari kebahagiaan sebenarnya dalam hidup? Apa pendapat anda semua? Aku bukan apa, aku buat entry berkaitan ni hanyalah nak mengupas beberapa perkara yang ada menyentuh kehidupan seseorang.... mungkin dia sahabat anda? Bukan dia teman lelaki? Teman wanita anda? Anda sendiri boleh menilai siapa dia? 
Kadang-kadang kita tidak sedar, perubahan seseorang itu berpunca dari apa. Aku sering memikirkan sahabat aku yang sorang ni. Dari segi pemerhatian, bukan mudah nak memahami perangai seorang sahabat yang mempunyai trend kehidupan yang tak menentu, " Ibarat seperti lalang, mengikut arah angin bertiup. Walaupun dah pernah …

Jalan sana sini ditutup..... Kedebom!!!!!

Image
Hai, malam ni jalan sana sini dah mula ditutup. Semua orang tahu kan, kenapa ditutup, sana sini polis ada. Kalau polis bertugas ramai malam ni, ambulan lagi la kena stanby... Bukan apa, pemandu kereta sekarang kan laju-laju, tambahan pulak esok ada yang cuti sabtu ahad.Apa lagi, merayau le kejenye malam-malam. Tengok apa dah jadi? So aku ingatkan semua pemandu-pemandu kereta, ikut jarak yang selamat semasa memandu, sekiranya kereta rosak, pastikan ada tanda kecemasan.Kalau dah rosak, tak letak apa-apa tanda,  jadi "BOOMMM!!!!! la dari belakang macam nie. Baru ke tadi berkalu kejadian ni, kereta rosak di lane sebelah kanan jalan, lane orang tengah laju jalan lurus.... Mengakibatkan seorang budak, luka dikepala, tapi tak pasti keada budak itu macam mana, aku hanya sempat bertanya dengan abang yang ada dekat situ.Budak tersebut dalam lingkungan 3 tahun katanya dikejar ke hospital terus tanpa menunggu ambulan sampai.






Di jalan ini kerap berlaku kemalangan.Sebelum ini pernah berlaku kem…

Travelog Ilmu di Bumi Balqis

Image
Alhamdulillah kali ini berpeluang aku untuk meneruskan aktiviti berblog. Dalam kekenyangan, setelah menghabiskan Nasi Arab yang baru je di bekalkan oleh abang aku yang sempat menjenguk aku di tempat kerja tadi.Kesedapannya boleh membuatkan mataku layu.... Haha....


Kali ini aku nak perkenalkan buku ini. " Travelog Ilmu di Bumi Balqis". Buku ini yang di tulis oleh abang aku semasa beliau berkhidmat di Yaman. Terdapat pelbagai perkara dan ilmu yang terdapat dalam buku ini, suka duka beliau bersama rakan-rakan dari malaysia yang berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti di sana. Beberapa pengajaran kita boleh dapat di dalam buku ini. Bagi aku, beberapa perkara yang boleh di jadikan peringatan dalam hidup kita sebagai umat-Nya setelah membaca buku ini, terutama sekali bersedekah kepada fakir miskin.




Bukan senang hidup di negara orang yang penuh cabaran....terutama sekali peperangan. Ikuti petikan dari Utusan Online  bertarikh 06/05/11. Artikel ini akan  bercerita serba sedi…
Image
Bertemu kembali.... Penat sangat hari ni, semalam tidur lewat, so hari ini, tak cukup tidur. Jadual aku hari ni adalah, menjadi pemandu kepada si gadis, Heheh.... Tepaksa meluncur ke TTDI Shah Alam untuk melihat rumah sewa si gadis. Sebelum gi sana, aku ke The Curve dulu, layan movie dulu, Si gadis nak tengok cite ni.. Tengok Bawah... :





Nak Tahu sinopsisnya KLIK SINI ..
Sekali kala layan citer sedih ni, ok gak.... perjalanan cite ni best... Lepas tu singgah POPULAR....
Buku pilihan yang ramai orang beli...

(Renungan) Selepas kita mati, apa akan jadi pada akaun Facebook kita?

mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya kita yang boleh access..   dan   selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi.. sedarkah kita gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat..   macam mana? pernah terfikir tak? tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, bagaimana?   mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang k…

Selesai sudah...... Tahniah pemilik sebenar nama blog ini...

Image
Dimulakan dengan Bismillah.... dan alhamdulillah.Selesai sudah, majlis yang penuh bermakna dalam hidup kawan aku.Di panjatkan kesyukuran kerana majlis berjalan dengan lancar, cuaca yang baik... cuma tadi perjalanan trafik agak slow, akibat hari ini, hari cuti hujung minggu.Pelbagai aktiviti bagi yang sudah berkeluarga, pasti tidak melepaskan peluang keluar bersama anak-anak. Tidak terlewat disini mungkin untuk aku mengucapkan takziah kepada keluarga rakan sekerja di atas pemergian neneknya pada khamis petang.
Al- Fatihah........ Amin...  (Semoga arwah tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman). Tepat pukul 12.30pm tadi , upacara majlis mengikat tali pertunangan  sahabat aku ini dilangsungkan. Sahabat lama di kumpulkan bagi meraikan langkah pertama sebelum majlis perkahwinan yang akan di adakan nanti. Tapi tak tahu bila. Tahniah buat sahabat aku ini, disini juga aku ingin berterima kasih kepada dia kerana dialah sebenarnya pencetus idea nama blog aku ini : KOPIOLAICI. Jatuh... Ba…

3 Golongan Manusia (Dimanakah agaknya Kita?)

Kali ini aku nak menyentuh berkaitan 3 golongan manusia. Memetik ilmu dari majalah solusi edisi 33 yang baru aku beli semalam, Manusia ter bahagi kepada  tiga golongan, iaitu :
1) Hidup demi dunia semata-mata. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: " Dan tentu mereka akan mengatakan (Pula): 'Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini sahaja, dan jangan sekali-sekali tidak akan dibangkitkan"(surah al-An'am 6:29). Dalam golongan ini diceritakan bahawa golongan ini ialah golongan yag kufur dengan nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.
2) Golongan yang percaya kewujudan akhirat namun..... Namum mereka tidak berusaha ke arah mencapai kebahagiaan " di sana".Mereka selamba bersuka ria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk menggapai kebahagiaan di akhirat.
3) Golongan yang menganggap dunia ini ladang akhirat. Mereka menanam di sini untuk menuai di akhirat kelak.Allah s.w.t berfirman yang bermaksud" Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada …

Aku, Uncle Indian dan Radio.......

Image
Hari ini memang memenatkan. Mata terasa mengantuk...Sebabnya semalam, hamtam satay banyak cucuk. Membe aku order satay samapai seratus cucuk, yang makannya hanya 5 orang.Rezeki katakan, dia belanja makan. Balik je kerja tadi aku terus singgah kedai gunting rambut.Kedai India.Kedai ni memang selali aku singgah kalau nak gunting rambut.Taukenya ok, peramah. Dulu dia pernah tegur aku, katanya janggut aku macam ahli politik.Haha.... kelakar rasanya.


Sambil tukang gunting menggunting rambut aku.Sempatla aku berborak dengan dia.Best bila berborak dengan orang yang peramah.Ape yang aku nak share malam ni dengan semua pembaca blog aku.Aku kagum dengan uncle ni, walaupun dia bukan muslim.Dia memasang radio yang memutarkan segmen keagamaan, yang menariknya segmen agama yang dia dengar tu adalah agama islam.Aku terkejut, sebabnya pada mulanya aku dengar dalam bahasa tamil dari corong radio tu, tapi bila lama-lama dengar, rupanya segmen agama islam.


Aku pun bertanya pada uncle tu :


" Uncle, ini…