Santai Bersama BEN ASHAARI: Kenduri kawin bandar dan kampung ..

Santai Bersama BEN ASHAARI: Kenduri kawin bandar dan kampung .. )




Pautan dari Entry Abang Ben......


Bila aku terbaca entry Abang Ben, aku teringat kampung halaman aku. Tajuk entry abang Ben benar mengingatkan aku pada kemeriahan apabila ada kenduri kahwin. Memang tidak dinafikan sudah banyak kenduri di kampung yang sudah menggunakan cara buffet (Catering), tetapi bebeza di sesetengah kampung, masih ada masakan yang di masak oleh orang kampung, cuma cara hidangannya dibuat meengikut cara buffet.


Aktiviti gotong-royong masih dikekalkan, cuma cara hidangan ada yang terpaksa membuat cara buffet kerana tidak ada lagi anak muda kampung yang membantu dalam hal menghidang. Mungkin ada anak muda sudah ramai berhijrah ke kota, dan mungkin juga ada faktor lain yang menyebabkan tuan rumah kenduri terpaksa membuat cara buffet. Disini aku nak kongsikan beberapa gambar yang ada dalam koleksi aku semasa majis perkahwinan kawan aku.


 Menyiang ikan....Bantu membantu masih ada.


Persembahan silat kepada pengantin dan orang ramai...



Perarakan pengantin diiringi  gendang dan serunai dari kumpulan silat yang di jemput


Yang penting sekali aku nak kongsikan sebenarnya adalah gambar diatas. Hak cipta terpelihara yang pasti ada yang belum pernah melihat cara Nasi Kenduri Kahwin di masak menggunakan "Benda Ini"....

"NASI APPOLO"

Pasti sedap dan enak, bukan mudah didapati di mana-mana.......


Haa.... Ni pulak gulai kawah, batang pisang (Umbuk Pisang)

Hanya ini sahaja dapat aku kongsikan..... 

TQ..... 


Comments

AdyBudika said…
sama la kampung aku pun...aku masih pilih cara kat kampung...bila aku kawen anti
aimaniman said…
nak pilih cr kampung masa kawen bleh.. tapi yg kawen tu kna ikut sama aa rewang, jgn asyik syok je lpas n sblom kawen sampai lupa nolong org yg sedia utk hang kawen... sbb tu mak org yg nak kawen tu ambik catering je, lpas kenduri kawen bleh kira duit je, yg kawen plak bleh belek2 je x payah basuh bontot periuk...

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Mamat bangla punya penangan.....

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)