Pinjam pandai, pulangkan balik susah

Pinjam pandai, pulangkan balik susah..... Pasti dalam kehidupan korang semua ada berlaku perkara macam ni. Ada orang, pandai pinjam, tak pandai pulangkan.Dan ada orang pandai pinjam, terlebih rajin pulangkan. Yang pasti entry aku mestilah nak beri penekanan berkaitan sikap orang yang suka meminjam barangan, wang ringgit dan sebagainya.Aku tak faham orang jenis ni, nak pinjam memang lembut je lidah dia bercakap.Bila dah dapat apa yang diminta,.. Erm, lepas tu senyap terus.Bukan ape, kadang-kadang kita meminjam barang orang, kita kena ingat, adakah barang yang kita pinjam tu sangat penting orang yang kita pinjam.Sebagai contoh, Si Ali pinjam motor si Abu.Kata pinjam sejam je, tapi guna sampai berhari-hari.Si Abu ni menunggu je. Mana la kita tahu, dia nak guna motor tu.Dia beli untuk kesenangan dia, bukan untuk kesenangan orang lain.Tapi kira ok la dia ada hati nak bagi pinjam.Sesetangah orang, akan kata, "ala, pinjam sekejap pun nak bising ". Dan ada juga orang yang pinjam tu kata, bila kita minta balik barang sebab kita nak guna sangat barang tu. " Ala, kau ambil sendiri la atas meja tu, macam la tak boleh cari sendiri".


Perkara macam ni la kita tak nak berlaku dalam hidup kita.Kita tengok macam kes Along ganggu peminjam. Dah pandai pinjam, pastu lari tak bayar.Mesti kena kejar. Namum begitu, dalam kes Along, aku tak nak la salah sape2, cuma aku nak bagi contoh ape perasaan korang bila barang yang kita nak sangat guna, tak ada time tu. Ada orang pinjam, janji nak pulangkan, tapi tak pulang-pulangkan.


Apa patut kita buat orang macam ni? apa pendapat anda?

Comments

Dim Benihana said…
itulah dia manusia, macam2 ragam
lovely.me said…
orang mcm ni...kite kene mintak dia depan2 org ramai.ini cadangan utk org yg berani..hehe..mcm i punya jgk la..kawan pinjam duit...dh bertahun x bayar.dari ratus2 leh jd ribu2 kalau masuk asb...tp xpe la...xda luck for me la...guitar i pon lama je kawan i pinjam..mmg mangsa keadaan la..xbg pinjam salah...bg pon salah..huhu....

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Berbisik pada langit

Mamat bangla punya penangan.....