Cara meraih sifat tenang

Dalam entry kali ni, aku nak kongsikan bersama cara meraih sifat tenang :


1.) Mencari keredhaan Allah :
- Mengucapkan kata-kata itu lebih mudah dan tidak memberatkan sesorang.Ramai orang boleh bercakap,memberi ceramah dan motivasi,menulis dan mengulas, memberi nasihat dan sebagainya tentang kesabaran.Apa yang lebih penting ialah apabila menghadapi sendiri suasana yang memerlukan kesabaran menuntut kesudian memberi kemaafan, bertenang, berlapang dada dan bersikap lemah lembut.


2.) Tidak Berdendam Malah Mendoakan:
-Kata hukama ." Menanggung kerenah orang yang tidak cerdik itu lebih baik daripada turut bersifat dengan sifatnya dan memejamkan mata (jangan melayan) kerenah si jahil itu lebih baik daripada turut sama bergelumang bersama mereka".


3.) Memaafkan orang lain, Antara cara membasuh hati! :
- Sesungguhnya hati yang berada dalam dada kita boleh dilatih supaya menjadi kuat dan gagah.Maka latihlah hati kita agar banyak memaafkan, bertolak ansur dalam beberapa hak, tidak terlalu mengikut keinginan hawa nafsu dan cuba memenuhi hati dengan kasih sayang.


4.) Menamatkan sebab-sebab yang boleh membawa kepada kemarahan:
-Tenaga yang digunakan untuk menjawab orang yang mencerca kita tidak pernah memberi natijah yang baik jika dibandingkan dengan orang yang bersifat diam.Sesungguhnya dengan bersikap diam, kita telah menjaga lidah,waktu dan hati kita. Kerana Allah s.w.t telah berfirman kepada Maryam, Ibu Nabi Isa a.s. sewaktu dicerca oleh kaumnya agar berdiam diri dan tidak menjawab cercaan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Mamat bangla punya penangan.....

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)