Ayuh Renovate ! Renew hati kita!

Kita wajid membuang sifat hasad.Menurut para ulama, penyakit hasad boleh diatasi dengan kaedah-kaedah berikut: 


i) Belajar dan menghayati prinsip Aqidah
ii) Mencari ilmu tentang keburukan sifat hasad.
iii)Jangan dilahirkan dalam ucapan dan tindakan
iv) Bermujahadah melawan kehendak
v) Bertaubat kepada Allah dan banyak mengingati mati.
vi) Berdoa semoga dihapuskan sifat hasad daripada hati


Kalau nak tau lebih jelas setiap kaedah diatas, bolehla cari majalah solusi (Edisi :32). 



So marilah kita baiki hati kita :


Disini jugak aku nak kongsikan jugak bersama pengajaran dari cerita kawan aku, aku rasa ada orang yang baca ni, rasa dirinya jugak jahil bila berada ditempat kawan aku nie sewaktu kejadian tersebut.

Kisahnya bermula :

Kawan aku ni, baru lepas kahwin.Isterinya memeluk islam.So, bukan senang nak membimbing orang yang baru mengenali islam.Kita perlu ada ilmu agama yang baik, dan boleh membimbing dia ke jalan yang benar.Bukan semata-mata kita hanya mahu berkahwin dengan dia disebabkan kecantikannya sebelum memeluk islam. Setiap minggu, kawan aku ni akan menghantar isterinya ke kelas agama untuk saudara-saudari islam yang baru. Jadual harian mestilah dia ikut, pemerhatian yang baik perlu di bagi gara isterinya tidak tergelincir dari laluan yang benar. Pada suatu hari, tempat isterinya belajar agama, menganjurkan majlis ceramah.Yang hadir semuanya mualaf. Semasa ceramah, mestilah ada soal jawab, baru faham. Kawan aku ni, ilmu agama bukannya tinggi.So bila ustaz nak ajukan soalan, mulala rasa gelabah, maklumlah yang lain tu semua mualaf, mesti kurang tahu. Disitu lah dia ceritakan pada aku, betapa jahilnya dia, bila beberapa soalan yang ustaz nak tanya, tak terjawab olehnya.Kita boleh ambil iktibar dari cerita ini, ramai remaja diluar sana belajar agama kebanyakkan di bangku sekolah.Bila dah tinggalkan bangku sekolah.Tak nak lagi ambik tahu sangat pasal ilmu agama.Ibarat macam rawatn susulan hati la.... kalau dah lama tak refresh, mesti tak ingat.

So.... renung-renungkan dan selamat beramal

Assalamualaikum....



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Berbisik pada langit

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)