Posts

Showing posts from June, 2011

Malaysia Oh Malaysia....

Image
Sorry lambat update... hehe.... Tahniah buat malaysia kerana dapat menewaksan China Taipei dengan jaringan 2-1..... Semalam tak sempat nak update, siang tadi pun tak sempat.  Perjalanan ke stadium dengan motor kawan amat tidak mengecewakan.... cuaca baik, cuma asyik bersembang atas moto, sampai terlajak ke jalan yang salah.... tapi ok jer dapat sampai jugak Bukit Jalil. Tiket pun dapat beli, walaupun ramai penyokong Malaysia datang. Jumlah penonton datang mencecah 45k.....  
JOM LAYAN GAMBAR DI BAWAH... 

Kemeriahan dirasa.... Ramai yang bersorak di awal  permainan bermula....

Meriah sangat.. Nampak tu....

Sahabat Blogger yang hadir ( gambar yang lain tak sempat ambil.. sorry)


Sahabat aku Nazri (Kiri), kawan yang aku tumpang.. hehe.. Tuan punya motor.



Meraikan gol Malaysia,,,, Masa tamat, Malaysia 2 - China Taipei 1
Masa balik, ada kemalangan plak atas highway utara selatan sebelum R&R Jejantas sungai buloh. Mujur tak melibatkan kematian. Kemalangan akibata ada kereta melanggar dari belakang…

Terlalu sangat kerja, Solat asar nak 2 kali....

Image
Kerja? Kerja? Hehe...... Biasa la, nak cari rezeki lebih, kena la kerja lebih. Kali ini, bukan aku nak cite pasal kerja aku, nanti ada plak yang kata. "Apa la mamat nie, balik rumah pun nak cite pasal ker.... Buat tension je." Hehe... tak gitu?Sebenarnya siapa yang tekanan kerja. Berbalik kepada tajuk entry aku kali ni.... Petang tadi semasa semua orang dah sibuk balik rumah.Kawan aku sorang nie baru balik dari berjumpa pelanggan.Biasa la, sepatutnya balik rumah terus, tapi kali ni dia balik office dulu. Rutin harian dia, sebelum balik rumah mesti singgah surau tempat kerja sebelum balik rumah.Kiranya solat Asar siap-siap la... Nak di jadikan cerita, tadi kena keluar awal gi jumpa pelanggan. So bila balik dah pukul 6petang. Siap ambil wuduk, nak solat.Waktu tu aku pun ada sekali, tapi aku dah ambil wuduk, so tunggu la dia nak solat berjemaah. Dia pun kata ok, bila dah ok, aku pun tunggu sampai dia masuk surau, dah hamparkan sejadah.Masuk je dia, aku pun suruh dia jadi imam, …

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W

1. Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu. 2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa): Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.…

Pinjam pandai, pulangkan balik susah

Pinjam pandai, pulangkan balik susah..... Pasti dalam kehidupan korang semua ada berlaku perkara macam ni. Ada orang, pandai pinjam, tak pandai pulangkan.Dan ada orang pandai pinjam, terlebih rajin pulangkan. Yang pasti entry aku mestilah nak beri penekanan berkaitan sikap orang yang suka meminjam barangan, wang ringgit dan sebagainya.Aku tak faham orang jenis ni, nak pinjam memang lembut je lidah dia bercakap.Bila dah dapat apa yang diminta,.. Erm, lepas tu senyap terus.Bukan ape, kadang-kadang kita meminjam barang orang, kita kena ingat, adakah barang yang kita pinjam tu sangat penting orang yang kita pinjam.Sebagai contoh, Si Ali pinjam motor si Abu.Kata pinjam sejam je, tapi guna sampai berhari-hari.Si Abu ni menunggu je. Mana la kita tahu, dia nak guna motor tu.Dia beli untuk kesenangan dia, bukan untuk kesenangan orang lain.Tapi kira ok la dia ada hati nak bagi pinjam.Sesetangah orang, akan kata, "ala, pinjam sekejap pun nak bising ". Dan ada juga orang yang pinjam tu …

Santai Bersama BEN ASHAARI: Kenduri kawin bandar dan kampung ..

Image
Santai Bersama BEN ASHAARI: Kenduri kawin bandar dan kampung .. )




Pautan dari Entry Abang Ben......


Bila aku terbaca entryAbang Ben, aku teringat kampung halaman aku. Tajuk entry abang Ben benar mengingatkan aku pada kemeriahan apabila ada kenduri kahwin. Memang tidak dinafikan sudah banyak kenduri di kampung yang sudah menggunakan cara buffet (Catering), tetapi bebeza di sesetengah kampung, masih ada masakan yang di masak oleh orang kampung, cuma cara hidangannya dibuat meengikut cara buffet.


Aktiviti gotong-royong masih dikekalkan, cuma cara hidangan ada yang terpaksa membuat cara buffet kerana tidak ada lagi anak muda kampung yang membantu dalam hal menghidang. Mungkin ada anak muda sudah ramai berhijrah ke kota, dan mungkin juga ada faktor lain yang menyebabkan tuan rumah kenduri terpaksa membuat cara buffet. Disini aku nak kongsikan beberapa gambar yang ada dalam koleksi aku semasa majis perkahwinan kawan aku.


 Menyiang ikan....Bantu membantu masih ada.

Persembahan silat kepada peng…

Sejalan bersama .............

Image
Assalamualaikum,,,,, Peningnya kepala aku, kena hujan.Hari nie, masa agak terluang.So aku plan nak kuar jalan-jalan.Aku try mesej Dim... Nak dipendekkan cite. Dim tanya aku " Bila nak lepak2, ajak ady sekali, dah lama dia ajak". Apa lagi aku pun terus direct mesj si Ady. Pertemuan kami di The Curve, Damansara.
Aku, Adydan Dim + gf bertemu.Ady sampai awal lagi dari aku, siap dah pusing-pusing dalam tu lagi. Rancangan asal naik main bowling, tapi terpaksa tukar ke tengok wayang.Sebabnya kalau ikutkan Ady ada bawa Norfa ,tapi dia tak jadi datang plak, sebabnya Adik Ady guna kereta. Sebenarnya aku tak kenal Norfa, (sorry Norfa). Hehe.... Saya budak baru belajar. Dim pulak bawa buah hatinya. Penyokong setia Dim ( Zura ). 

Ini aje gambar yang sempat aku ambil, yang lain gambar ada dalam blog Ady dan Dim. Thanks to Ady sebab belanja tengok Movie cite Dylan Dog. 

Habis je tengok Movie, kami pergi makan kat Restoran Madam Lim, dalam Tesco Kota Damasara. Sambil sembang-sembang macam.Ady …

Kaedah Mendekatkan Jodoh

Bila sebut pasal jodoh, orang yang masih bujang mesti fikir pasal jodoh.Hehe..... Bukan senang kiat nak dapat jodoh yang sesuai.Namun begitu, bukan kita hanya perlu berserah.Kita kena macari dan kalau dah ada pasangan tu, kita kena mendekati jodoh kita. Ada beberapa langkah untuk mendekati jodoh.Antaranya :


1) Buka Hati dan Minda untuk menerima Cinta
2) Memberi Pandangan Makfirat.
3) Fokus dan Tulus kepada Bakal Pasangan
4) Jangan lewat menyatakan hasrat di hati
5) Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat
6) Beri tumpuan pada persamaan dan perkara yang disukai pasangan.
7) Pandai dan seronok didampingi.
8) Mudah menceritakan hal peribadi
9) Melayani bakal pasangan dengan mesra.
10) Memberikan kasih sayang untuk menarik kasih sayang orang lain.
11) Jangan terlalu jual mahal


Haha... aku harap kaedah diatas dapat membantu korang semua dalam mencari langkah yang terbaik dalam hidup Renung-renungkan.....Fikir sejenak, mampu mengubah keperibadian.


Sumber : Majlah Solusi (Pakar Motivasi - Dato' Dr.…

Zami Ismail dalam kenangan | Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti Tempatan

Ayuh Renovate ! Renew hati kita!

Image
Kita wajid membuang sifat hasad.Menurut para ulama, penyakit hasad boleh diatasi dengan kaedah-kaedah berikut: 


i) Belajar dan menghayati prinsip Aqidah
ii) Mencari ilmu tentang keburukan sifat hasad.
iii)Jangan dilahirkan dalam ucapan dan tindakan
iv) Bermujahadah melawan kehendak
v) Bertaubat kepada Allah dan banyak mengingati mati.
vi) Berdoa semoga dihapuskan sifat hasad daripada hati


Kalau nak tau lebih jelas setiap kaedah diatas, bolehla cari majalah solusi (Edisi :32). 



So marilah kita baiki hati kita :

Disini jugak aku nak kongsikan jugak bersama pengajaran dari cerita kawan aku, aku rasa ada orang yang baca ni, rasa dirinya jugak jahil bila berada ditempat kawan aku nie sewaktu kejadian tersebut.
Kisahnya bermula :
Kawan aku ni, baru lepas kahwin.Isterinya memeluk islam.So, bukan senang nak membimbing orang yang baru mengenali islam.Kita perlu ada ilmu agama yang baik, dan boleh membimbing dia ke jalan yang benar.Bukan semata-mata kita hanya mahu berkahwin dengan dia disebabkan kecantik…

Kahwin oh kahwin

Image
Assalamualaikum.... dah lama aku tak update blog aku nie...Macam dah berkarat je. Maklum la, internet slow giler sampai nak loading page pun susah.Lagi pun sejak akhir-akhir ni sibuk, akak aku kahwin la, kawan aku kahwin la. Hehe... Apa senyum-senyum aku tau soalan apa yang you all nak tanya kan ( Bila awak plak nak kahwin...?) Susah nak jawab soalan tu kan?Biasa la, mesti orang akan tanya punya bila ramai yang dah kahwin..


Ni gambar kahwin kakak aku :





Ni pulak kawan aku kahwin, dengan orang negeri:


Semua berbahagia kepada dua pasangan pengantin ni.... Amin....

Cara meraih sifat tenang

Dalam entry kali ni, aku nak kongsikan bersama cara meraih sifat tenang :


1.) Mencari keredhaan Allah :
- Mengucapkan kata-kata itu lebih mudah dan tidak memberatkan sesorang.Ramai orang boleh bercakap,memberi ceramah dan motivasi,menulis dan mengulas, memberi nasihat dan sebagainya tentang kesabaran.Apa yang lebih penting ialah apabila menghadapi sendiri suasana yang memerlukan kesabaran menuntut kesudian memberi kemaafan, bertenang, berlapang dada dan bersikap lemah lembut.


2.) Tidak Berdendam Malah Mendoakan:
-Kata hukama ." Menanggung kerenah orang yang tidak cerdik itu lebih baik daripada turut bersifat dengan sifatnya dan memejamkan mata (jangan melayan) kerenah si jahil itu lebih baik daripada turut sama bergelumang bersama mereka".


3.) Memaafkan orang lain, Antara cara membasuh hati! :
- Sesungguhnya hati yang berada dalam dada kita boleh dilatih supaya menjadi kuat dan gagah.Maka latihlah hati kita agar banyak memaafkan, bertolak ansur dalam beberapa hak, tidak terlalu me…

Selamat Pengantin Baru

Image
Dah lama aku tak update blog aku nie.... dah berkarat. Macam-macam dah jadi selama aku tak update blo aku nie.... antaranya....




                                   Rakan serumah dah kawen... Selamat Pengantin Baru Bro Sham...