Posts

Showing posts from May, 2011

Apasal orang salah faham pasal rabun warna?

Image
Kadang aku tak faham, kenapa orang yang normal anggap, orang yang rabun warna termasuk aku, tak nampak warna. Anggapan mereka, orang rabun warna ni.... Dunia mereka hanya HITAM PUTIH je.... Adilkah tanggapan begitu diberi? Dulu aku pernah buat entry tajuk Rabun warna jugak..... tak percaya KLIK SINI.  Tadi mujur lah abang aku klik like entry aku yang dah lama aku buat tu....Bila aku bukak balik entry ni, nampala satu komen dari sorang bro kat bawah ni :



" mr khalil berkata...
"boleh xcerita lebih detail apa ni buta warna? mmg korang xley nmpak colour or ade gak colour tertentu yg korang boley nmpk?
coz my bf juga buta warna, plizz,i need to know more about dis, 10 April 2011 9:51 AM  "


Thanks bro sebab sudi komen dan ajukan soalan yang ingin tahu tu.Bukan apa, tak semua orang faham macam mana orang rabun warna ni... asyik soalan mereka tanya,1) Nampak ke lampu isyarat?Macam mana nak drive?
2) Nampak tak baju aku ni color ape?
3) Kau nampak semua keadaan sekeliling warna hitam …

AWASI PENDAPATAN HASIL PENIPUAN

Harta yang diperoleh daripada aktiviti penipuan adalah haram.Islam mengharamkan segala bentuk penipuan, baik dalam soal jual beli mahupun dalam jenis muamalah.


Berikut adalah senarai bentuk penipuan yang kita tidak sedari belaku dalam hidup kita... sebenarnya adalah dosa:


1) Mengubah dab berpakat dengan rakan untuk membeli barangan.
2) Membeli sijil
3) Mencipta jawatan tertentu.
4) Tipu slip gaji.
5) Personal Statement.
6) Mengupah orang untuk menyiapkan tesis Master atau PHD.
7) Meniru karya orang lain
8) Mencipta testimoni.
9) Membodek
10) Membocorkan soalan peperiksaan.
11) Mencipta statik palsu


Kekayaan, pangkat dan kebesaran adalah sementara sahaja, amat jarang kenikmatan sementara ini mampu dikecapi 60 tahun.


Sumber : Majalah Solusi (Edisi 21)

Kisah Benar : Rasukan Jangan Tegur (Episod 1)

Image
Kisah bermula : 


" Eh, Mr. Ramesh....Napa mai malam?ada barang urgent ka? " Kata ida apabila dia melihat kelibat supervisornya masuk ke dalam stor.


Waktu itu semua pekerja di bahagian inspection sedang sibuk membuat kerja masing-masing. Teguran Ida tadi tidak dibalas oleh Ramesh. Ramseh terus masuk kedalam Stor.Ida mengekorinya tanpa takut, kerana dia hairan dengan situasi itu. Apabila dia masuk ke dalam stor, dia mendapati Ramesh tiada didalam Semua pekerja didalam bahagian Inspection adalah terdiri daripada kaum hawa kesemuanya. Jam menunjukkan 12malam. Waktu itu aku bersiap untuk keluar makan.Padahal sebelum keluar makan aku tidur sekejap... Tiba-tiba, aku dengar :


"Amir! Amir!.... " Suara itu aku dengar dari dalam.
"Awat Ayu?" Rupa-rupanya suara Ayu, leader bahagian Inspection. Aku cepat-cepat bangun nak pergi ke arah Ayu.
" Budak aku kena rasuk.Dia asyik duduk bawah meja ja. Pastu dia tengok muka sorang lagi.Sorang lagi pun dah kena.Dah makan nak mel…

Kejohanan Badminton antara vendor-vendor proton

Image
Hari yang memenatkan.Habis kebas tangan aku sebab bertepuk-sorak  jadi pengokong team tempat kerja aku.Seawal pagi bangun, pergi ke tempat kerja untuk menyiapkan testing sample sebelum bertolak ke Shah Alam. Setibanya aku dan kawan-kawan aku di Dewan Badminton SUK Negeri Selangor, sudah ada beberapa orang peserta dari vendor-vendor Proton yang lain.Salaman pertama dihulurkan oleh urusetia dengan penuh mesra.
Matlamat pagi-pagi aku dengar, sekadar menamatkan permainan sebelum tengahari.Ala... bak kata orang, bagi cukup syarat penyertaan. Pemainan pertama agak mengecewakan, ada juga kekalahan yang terpaksa diterima. Kutukan demi kutukan dari team sendiri diserang.Maklumlah, sorak kuat penyokong team tempat kerja aku nie....
Mamat bertopi kuning yang paling bising

Si Nazri ni, kalau bergambar je, tunjuk tangan macam tu "Peace". Yang Radzi plak, mesti tangah buat report kat orang rumah..... Heheh.... jangan marah. Ni la player-player KJ yang mampu mematahkan semangat lawan.


Aksi-aks…

Sham Kamikaze dapat hidayah

Image
Alhamdulillah.... Terkejut aku dapat tahu Sham bekas pemain gitar kumpulan Kamikaze yang popular dengan Luhur suatu ketika dahulu. Berita ni aku tahu dari Tenangsudey tadi. Bagusla perkembangan yang baik. Jom kita tonton video Sham bersama ustaz Dr. Asri ketika di Perlis.






Kenangan lalu......



Allah SWT. berfirman, “Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk mendapat petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.” (QS Al-Anam 6: 125)


Pengenalan apa itu kopi?

Kopi adalah sejenis minuman yang berasal dari proses pengolahan dan ekstraksibijitanaman kopi. Kata kopi sendiri berasal dari bahasa Arabqahwah yang berarti kekuatan, karena pada awalnya kopi digunakan sebagai makanan berenergi tinggi.[3] Kata qahwah kembali mengalami perubahan menjadi kahveh yang berasal dari bahasa Turki dan kemudian berubah lagi menjadi koffie dalam bahasa Belanda.[rujukan?] Penggunaan kata koffie segera diserap ke dalam bahasa Indonesiamenjadi kata kopi yang dikenal saat ini.[3] Secara umum, terdapat dua jenis biji kopi, yaitu arabika (kualitas terbaik) dan robusta.[4] Sejarah mencatat bahwa penemuan kopi sebagai minuman berkhasiat dan berenergi pertama kali ditemukan oleh Bangsa Etiopia di benuaAfrika sekitar 3000 tahun (1000 SM) yang lalu.[5] Kopi kemudian terus berkembang hingga saat ini menjadi salah satu minuman paling populer di dunia yang dikonsumsi oleh berbagai kalangan masyarakat.[rujukan?] Indonesia sendiri telah mampu memproduksi lebih dari 400 ribu ton k…

Header Blog yang baru.....

Image
Kali ini, baru puas hati.... hehe.... cuba korang tengok atas, cantik tak" kopiolaici.blogspot.com". Thanks for Fahmi Mahat sebab buatkan aku flash header ni... 

Mewarnakan lagi blog aku dengan flash header. Korang pun boleh tempah kepada dia. Lawatilah blog dia..
http://fahmimahat.blogspot.com/

Tip-Tip Panjangkan Umur

Assalamualaikum semua... Kali ini aku nak kongsikan kepada semua mengenai tip-tip panjang umur. Info ini aku dapat dari majalah Solusi.Jom kita ikuti apa tip-tipnya :


1)  Amal Jariah
2)  Jihad
3)  Lailatulqadar
4) Elak maksiat
5) Perbanyakkkan ketaatan
6) Silaturahim
7) Doa
8) Berbuat kebaikan


Jom sejenak kita renungkan lirik lagi dibawah:


Andaiku tahu,
kapan tiba ajalku,
ku akan memohon,
Tuhan tolong panjangkan umurku.


Andaiku kutahu,
kapan tiba masaku,
ku akan memohon,
tuhan jangan kau ambil nyawaku.


" Ya Allah, Pamjangkan usiaku... amin....."

Aku, Pak Cik dan Masjid......

Image
Aduh..... Bak kata orang tua-tua ,tak baik mengeluh.... Tapi aku penat sangat... Firstly, sorry bro Dim Benihana sebab tak sempat nak emailkan gambar .Aku kena kerja sampai lewat pagi.Baru je samapiu rumah, kena "Kerja  overtime da.....". Penat semalam pun belum hilang.... Semasa balik semalam sempat singgah Masjid Sg. Buloh.. Dekat dengan Stesen KTM Sg. Buloh. Masjid yang sudah lama bertapak di situ. Kehadiran aku bersama dua rakan aku aku disambut baik, malah ahli kariah masjid sempat menjemput kami bertiga, menjamah jamuan sederhana. Kemesraan yang diberi oleh pak cik -pak cik di situ memang baik. Namun, yang amat menyentuh hati aku dan  rakan- rakan pabila seorang pak cik yang bersara JKR, lebih kurang 20 tahun, mengeluh dengan anak remaja sekarang yang kurang datang ke masjid.


" Budak-budak remaja sekarang nie, jarang nampak datang ke masjid... banyak melepak di tepi jalan...Nie pun mujur ada jugak nampak muka korang datang... ada la jugak budak muda datang... &quo…

Blogger, hujan, dan layang-layang.....

Image
Assalamualaikum semua blogger2.....
Penat memang penat.... hehe... walaupun aku dekat je dengan Taman Metropolitan, Kepong tadi. Makan pun tak dari pagi.Terjaga tido pukul 2... Bangun terus mandi, solat zohor... Cepat2 gerak ke taman layang-layang. Sampai je, terus call Ady Budika , tapi dia on the way plak. So aku call Amal espraza tapi yang jawab call  Muez Ja  . Mujurla dia ada dekat parking, dua usha2 aku... dia panggil aku. Disini lah bermulanya perkenalan aku dengan blogger yang datang. Ni la first time aku datang  gathering. Memang best.  Antara gambar- gambar yang aku sempat ambil.... Di bawah :


Blogger popular, memang mesra, senang masuk kepala..... Amal, Kayif dan yang lain-lain...

Ady Budika.... Sponsor air..... Sempoi ja....


Si pemangku tongkat (Kayif), memang peramah.... senang berbual, bergurau mesra.. Danial pun.....

Gambaran sekitar berlangsungnya gathering..... Sibuk semua bergambar.... maklumla hujan.. tak dapat main layang-layang....



Blogger Nisa pun ada.... 


Gadis tengah …

Jika anda bosan dengan kerja

Salam,
Hari ni aku nak kongsi dengan korang semua pasal tajuk " Jika anda telah bosan" maksud aku bosan dengan kerja.. Walaupun perkataan bosan, jemu atau boring selalu didengar, namun ia tidak patut dipandang remeh. Rasa bosan di tempat kerja boleh terjadi pada sesiapa sahaja walaupun dengan ragam kerja yang pelbagai.Bayangkan setiap hari asyik berulang bermula dari  jam 5.30pagi sehingga 7.30petang. Kat pejabat atau tempat kerja, duduk tempat yang sama, tengok wajah yang sama, kalau ada orang baru masuk ok la jugak, mcm awek praktikal masuk ke, ok la jugak. hehe gurau je... Ape selalu bermain difikiran org yang bosan, mesti fikir nak tukar kerja baru..     Setiap orang ada pendirian masing2, so tepuk dada tanya selera masing.Kadang2 bila telefon bunyi pun dah malas nak jawab.Telah terbukti lah bahawa rutin harian kita penyebab utama ramai orang cepat rasa bosan, lain la orang yang pergi kerja buat kerja lain yang tak di suruh, mestila tak bosan.Hakikatnya pengkhususan sedimi…

Mai Belajaq cakap loghat utara

Sapa2 tak balik utara dah lama tu bleh la practise.

Muka 1 PERKATAAN SEBUTAN MAKSUD CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT
ghonot [gho.not] tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu Hang kena hati-hati sikit ghonot bawah pokok tu, banyak dahan gheput.
ghupin [ghu.pin] kulit kering dari luka Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..
kecek [ke.chek] pujuk Nak duit ? Nu, pi kecek pak hang...
selului [se.lu.lui] kerap kali Selului sangat dah, aku bagi pinjam duit kat Non tuu...
meghelop [me.ghe.lop] hampir malam Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik kaihh..
ghona-ghoni [ gho.na] warna-warni Ambooii, cantiknya ghona-ghoni baju dia
ghayup [gha.yup] lesap sekelip mata/ terlalu laju Ish, puak ni bawak mutu me ghayup nak mampuih.. kot!
ghosek [gho.sek] selongkar Apa hang ni, dok ghosek laci meja aku ni..
nyulog [nyu.log] jatuh tersembam/ dibelasah teruk Haa, ,baru dia ada akai, kena taboh sampai menyuloq.. kahag sangat!
bulog [bu.log] lapar sangat Tak ke bulog aku nak makan m…