Tonsil oh Tonsil!

" Syakir, Tekak aku sakit la... hang rasa ubat apa paling mujarab untuk sakit kat tekak aku nie"  Tanya aku kepada Syakir (Bukan nama sebenar). 


" Senang jer, hang makan aiskrim, beli yang mahal-mahal.Lagi OK kalau nak cepat sembuh, beli sekali untuk kawan-kawan, insyaallah pasti sembuh sakit tekak hang " Jawab si Syakir kepada aku.


Syakir nie (Bukan nama sebenar)  memang macam-macam perkara boleh tanya dia.Aku pun ambil serius la petua dia tu, cuma aku tak ikut je pasal beli untuk kawan-kawan.Nak di jadikan cerita, malam tu pun aku beli la aiskrim wall. Mak ai, memang sedap giler. Tapi masalahnya sampai sekarang tak sembuh. Sakit giler bila rasanya datang. Kali nie aku nak bukan pasal kawan aku si Syakir nie, tapi aku nak kongsi bersama pasal tonsil nie...... Gara-gara aku ikut cakap si Syakir, makin teruk aku rasa.






Apakah itu Tonsil


Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.



l Tanda-tanda Penyakit Tonsil
  • Sakit sewaktu menelan, iaitu odinofagia adalah antara tanda utama yang membuatkan pesakit datang untuk berjumpa dengan doktor. Ada kalanya ia disertakan dengan demam panas yang mencecah 40°Celcius.


  • Saiz tonsil yang besar, baik pada pesakit yang diketahui mempunyai hipertrofi tonsil atau pun kesan infalamasi hasil daripada jangkitan akan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Kedua-dua belah tonsil mungkin membengkak dan bersentuh di bahagian tengah orofarinks (kissing tonsils). Apabila ini berlaku, pesakit akan mengalami tidur berdengkur, kadang-kadang berhenti bernafas atau apnea sewaktu tidur. Menelan, walaupun air liur sendiri, juga menjadi suatu pengalaman yang memeritkan. Dalam kes jangkitan kawasan peritonsilar, perubahan suara akan berlaku di mana pesakit akan bertutur seperti dia sedang memakan sesuatu yang panas (hot potato voice).

  • Dalam kes-kes ketumbuhan, ada pesakit yang mengadu batuk berdarah dan pemeriksaan menunjukkan permukaan tonsil yang mengalami ulser dan berdarah apabila disentuh. Tidak kurang juga pesakit yang datang dengan tanda yang minimum seperti merasa seperti ada sesuatu yang terlekat di kerongkong sewaktu menelan.

l Rawatan penyakit Tonsil

Bergantung kepada jenis penyakit, rawatan terhadap permasalahan tonsil juga berbeza. Umumnya, sebarang bentuk jangkitan perlu diubati dengan agen antikuman atau antibiotik (untuk bakteria).

Pada masa yang sama, kebersihan mulut perlu ditingkatkan. Pesakit juga digalakkan makan seperti biasa sebagaimana yang boleh.

Jika ia menjadi terlalu sukar, mungkin pemberian cecair serta elektrolit perlu diberikan secara intravena bagi memastikan pesakit berada dalam keadaan stabil.

Bagi kes-kes kawasan peritonsilar yang mempunyai pengumpulan nanah, ia perlu dialirkan keluar. Ini kerana jangkitan yang terkurung di kawasan tersebut boleh mengakibatkan gangguan yang berterusan terhadap saluran pernafasan.

Ia juga mengundang risiko merebaknya jangkitan ke kawasan lain yang lebih sukar untuk dirawat seperti kawasan parafaringeal, retrofaringeal dan mungkin sampai ke mediastinum atas.

Sekiranya jangkitan tonsil berulang-ulang, atau ia menyebabkan gejala obstruktif yang mengganggu kehidupan seperti berdengkur atau apnea tidur, maka pembedahan elektif membuang tonsil adalah disyorkan.

Di Amerika Syarikat, tonsilektomi atau surgeri membuang tonsil merupakan pembedahan elektif yang paling kerap dijalankan di kalangan kanak-kanak.

Ia merupakan suatu prosedur pendek dan pesakit biasanya perlu berada di hospital untuk beberapa hari sahaja. Tiada parut kelihatan kerana prosedur dijalankan melalui rongga mulut.

Jika keabnormalan tonsil merupakan manifestasi masalah ketumbuhan, maka kaedah rawatannya juga berbeza. Ada antara pesakit memerlukan pembedahan dan tidak kurang juga yang dapat dikawal dengan penggunaan ubat kemoterapi.

Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa insiden bagi ketumbuhan tonsil ini amatlah kecil, jika dibandingkan dengan masalah tonsil yang berpunca daripada jangkitan dan hipertrofi.





Kalau nak dikira sakit nie, aku rasa macam sakit gigi. Rasa nak marah je kalau orang bising kat sebelah....


"Harap semua orang jaga kesihatan"

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Berbisik pada langit

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)