Titisan air mata seorang abang....

Cerita ku untuk dikongsi :
30 Mac 2011: 

Panas terik hari ini.Jam menunjukkan 1.00 tengahari.Dah tiba masa untuk aku balik nie.Aku mempercepatkan kerja aku.Dalam perjalanan balik, aku ternampak "car wash". Terasa pulak aku nak basuh kereta.Aku half day hari nie, sebabnya aku nak balik kampung.Perasaan balik kampung membuak-buak tak terhingga. Sambil menunggu kereta aku di cuci... aku pon lepak dulu la.....depan car wash sambil menghantar msg ke teman aku yang akan bersama-sama aku dalam perjalanan pulang ke kampung.

Iklan tidak dibayar :

" U-mobile buat promosi plak time aku sedap tengok kereta aku dimandikan (Disabun).Promosi simcard package baru"






Selepas je aku sampai rumah.Cepat-cepat kemas baju aku, main pakai bungkus je sebab dah terlewat.Aku janji ngan membe aku pukul 3ptg.Memandangkan sekarang pukul 2.30pm, sempat lagi aku solat zohor. Selesai je semua, aku pun terus bertolak ke rumah kawan ku.Sesampainya dirumahnya, dia tak ada dirumah.Banyak kali aku call, tak terjawab, aku msg jugak sama, tak dibalas.Risau jugak, time ni pulak, perut aku buat hal.Lapar...." Kerok.!!!! Kerok!!! bunyi..." angin satu badan...

Tanpa membuang masa aku terus ke cari Mac Donald.Lapar sangat, aku pun layan drive thru je la. Aku terserempak membe aku baru balik.Aku biarkan dia balik bersiap. aku mengambil peluang untuk mengisi minyak dan mengisi perutku yang lapar.Nak dipendekkan cerita, selepas semua selesai... kami pun memulakan perjalanan. Perjalanan bermula dengan bismillah setelah pedal minyak kereta wira di tekan, menyusur laju meninggalkan kesibukan kota....

Kisah segala-galanya bermula disini :

"Adik aku dah nak pindah, tak nak duduk lagi dengan aku" Ceritanya bermula.
"Pindah mana? napa nak pindah? Soal aku yang masih terkejut dengan cerita dia.
"Rumah kawan-kawan dia kot, dia msg aku smlm, dia kata dia tak sesuai lagi duduk kat umah tu, aku msg, call dia nak tanya, dia tak jawab" ceritanya lagi.

Aku tanpa berkata apa-apa, aku terus memandu, aku tahu, dia sedang binggung.Dari riak wajahnya, aku tahu, sesuatu bermain difikirannya.Aku kenal lama dia.Teman sepermainan sejak kecil, pernah bergaduh.Adiknya jugak sama, kawan aku. Dan aku tahu, perubahan diri adiknya memang ketara sejak aku datang ke rumah sewa mereka tempoh hari.Aku tahu kawan aku ni suka bercakap/membebel, tapi bebelannya bertempat.Takkan sampai macam nie boleh berlaku.

Semasa dalam perjalanan, msg masuk ke handphone aku.Masa tu, handphone aku ditangan kawan aku disebelah, kerana tadi aku menyuruhnya menaip msg kepada gf aku, aku tengah drive.Aku pun menyuruh kawan aku membuka dan membaca mesej yang baru masuk tu di inbox handphone aku.Tak sangka pulak msg tu datang dari adik kwan aku.Selepas kawan aku, membaca msg tu, dia diam, aku sempat melihat air matanya mengalir laju,dan tak terkawal, dia tertunduk.Aku terus menghentikan kereta, mujurlah waktu itu kami betul-betul di simpang masuk ke R&R. Aku tahu dia kecewa dengan apa yang dibaca. aku terus mencapai handphone aku dan membaca msg tu. Kalau aku ditempat dia, aku jugak akan terkilan dengan kata-kata adik sendiri.Sedangkan dia tidak pernah meminjam apa-apa, malahan dia lagi menolong dan mengorbankan wang ringgit untuk adik sendiri.Ini balasan yang dia dapat. Aku tidak termakan dengan msg itu.Aku kenal siapa kawan aku nie, aku sudah kenal lama.Jangan hidup kita tersepit, sampai lupa jasa orang lain.Kami meneruskan perjalanan. Perjalanan penuh hiba, dengan sebarang perbualan yang dapat gelak ketawa.Luahan hati seorang abang terus membara.Sebenarnya aku sudah tahu, adiknya memang berubah, malah ada lagi kawan lain yang terpaut dalam masalah ni dan ada menceritakan pada ku.

Aku berharap adiknya sedar pengorbanan seorang abang, fikirkan kembali segala-galanya.Caci,maki, marah mu sebelum ini.Adakah dia pernah menamapar atau memukul mu setelah mu marah,maki.....
renung-renungkan....

Comments

Syuk Ry said…
sush jugak jady abang ni..

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)

Mamat bangla punya penangan.....