Mamat bangla punya penangan.....

Hujan lebat malam nie...aku singgah sekejap kat kedai makan belakang 7 eleven kat kawasan perumahan aku. Semasa aku tengah tunggu nak order, ada la sorang mamat bangladesh nie datang lepak sebelah kerusi aku.

" Baru balik keja ke abang? Dengan selambe je dia tegur aku.Aku memang selalu sangat nampak dia mundar mandir kat area kedai nie.Aku pon sebelum nie tak tau apa keja dia. Aku pon menjawap soalan dia dengan selamba jugak.

" Yup! baru balik... Over time hari nie.Banyak keja. Sudah makan?.Aku pulak tanya dia.

"Oh... Sudah makan." Dia menjawab dengan pantas soalan  aku. Aku tahu dia sudah fasih berbahasa melayu. mungkin sudah lama tinggal di malaysia.

Aku meneruskan perbualan aku dengan dia.

"You ada nampak saya punya kawan, itu budak OKU. (Orang kurang Upaya). You tau ka apa itu OKU?"Aku bertanya kepada dia, mana la tahu dia ada nampak si angah datang sini makan.

" Apa itu OKU? saya tarak faham." Dia terpinga-pinga. Aku yang tanya bukan, mana la nak faham si mamat bangla nie...

" Saya punya kawan, dia punya leher ada parut... you ada nampak ka? Tanya aku kepada bangla itu.
Sebenarnya aku hari-hari akan buat pemerhatian di kawasan belakang kedai-kedai nie, mana tahu ada lagi si angah nie pergi main game dan masuk pusat snooker. Melalui soal jawab aku dengan si mmat bangla nie.Dia cakap macam nie.

"Saya ada nampak dia masuk saya punya tempat (Pusat snooker), tapi dia tarak main..Kalau dia mau main pon, saya tarak kasi punya." Mujurla si mamat bangla nie tak bagi dia main.Tak de la habis duit si budak angah nie.

Ape yang aku nak kongsi kat sini. Dari cerita opendek aku ini. Aku dapat satu pengajaran atau boleh di buat taulan attau pun contoh.Cuba korang ambil contoh dari perbualan ini. Ini kisah benar, bukan rekaan :

" Abang, saya jaga itu pusat snooker, kalau itu azan itu jam bunyi.Saya kasi tutup. Saya kasi ajak itu budak2 pigi Surau, semayang.Saya tau dieorang mesti tak mau punya, yang penting, kerja saya sama tuhan sudah buat.Saya sudah ajak sama mereka, sesama umat.Diorang mau cakap apa-apa, saya diam saja.Di sana nanti itu semua ada kira. ". 

Ha.... Renung-renungkan dan selamat beramal..... 

Comments

Gimi said…
Kalau gitu, nape dia tak benti keje snooker, g keje kat kedai makan ka
PzY said…
sbb bangla 2 malas nak cari keje kot
Semut Hitam said…
Dia memang nak berhenti pon.... tapi yang pasti.... apa yang di tegur " 10minit kita tinggalkan snooker untuk pergi solat lagi penting"
Anonymous said…
cari kerja bukan mudah. apalagi dia orang asing. kalau dah rasa comfort jangankan orang asing orang tempatan pun saya rasa malas cari kerja baru. tulis kirim jadi postman hantar sana sini. saya pun ada kawan bangla kerja tunggu kedai game. tapi dia jaga saja tak ikut main judi.

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)