Posts

Showing posts from March, 2011

Titisan air mata seorang abang....

Cerita ku untuk dikongsi : 30 Mac 2011: 
Panas terik hari ini.Jam menunjukkan 1.00 tengahari.Dah tiba masa untuk aku balik nie.Aku mempercepatkan kerja aku.Dalam perjalanan balik, aku ternampak "car wash". Terasa pulak aku nak basuh kereta.Aku half day hari nie, sebabnya aku nak balik kampung.Perasaan balik kampung membuak-buak tak terhingga. Sambil menunggu kereta aku di cuci... aku pon lepak dulu la.....depan car wash sambil menghantar msg ke teman aku yang akan bersama-sama aku dalam perjalanan pulang ke kampung.
Iklan tidak dibayar :
" U-mobile buat promosi plak time aku sedap tengok kereta aku dimandikan (Disabun).Promosi simcard package baru"





Selepas je aku sampai rumah.Cepat-cepat kemas baju aku, main pakai bungkus je sebab dah terlewat.Aku janji ngan membe aku pukul 3ptg.Memandangkan sekarang pukul 2.30pm, sempat lagi aku solat zohor. Selesai je semua, aku pun terus bertolak ke rumah kawan ku.Sesampainya dirumahnya, dia tak ada dirumah.Banyak kali aku cal…

Terima Kasih.... Semua kawan-kawan

Image
Alhamdulillah.... Hari nie aku sempat meluangkan masa bersama mamat kat atas nie.... yang senyum2 malu... tapi mahu. Di kelapangan masa hari nie berkerja, aku dan membe seangkatan sempat meluangkan masa untuk membuat kutipan sempena permergian allahyarham ayah  kakak tempat kerja aku nie... Kakak Rohazlina.Takziah kami ucapkan ke atas akak sekeluarga.Semoga Roh allahyarham dicucuri rahmat.Thanks kepada semua kawan-kawan yang menderma. Bersama kita mengeratkan hubungan sesama kerja dalam menjalankan tugas harian.Yang telah pergi jangan dilupai walaupun kita masing-masing sibuk dalam bekerja.
Kita sedekahkan kan Al-Fatihah kepada arwah.


AL-Fatihah.......


Pergi Tak Kembali- Rabbani



Terima Kasih Mak Ayah....Impian mu tercapai

Image
Alhamdulillah.... Petang tadi happy sangat bila tetamu paling istimewa muncul depan rumah aku.....Hahah.... Mak dab Ayah aku sampai jugak kat rumah aku. Harapan dia nak pergi rumah anak-nak tercapai. Ke Ipoh sudah, rumah abang aku (Suhaiami), dan semalam ke Melaka, abnag aku yang kedua (Sobri). Dan yang terakhir anak bujang dia nie... haha.... aku la... Anak lelaki 2orang tadi dah berumahtangga so tinggal la aku kat sini yang bujang. Apa-apa pun, thanks my dad and my mom datang rumah tadi.Walaupun sekejap, sempat jugak aku tunjukkan tempat kerja aku. Hehehe.... Biar mak ayah tahu kat mana tempat anakne tido dan cari rezeki.  Semoga perjalanan mereka balik selamat...

Bercakap dengan orang lebih tua, biar sesuai.

Pagi-pagi nie baru nak update blog... Nak kita aku nie pandai berblogg... tak ada la... Sekadar suka-suka. Pagi nie aku nak bercakap soal, bila kita bercakap dengan orang lebih tua.Biar bersesuaian. Kalau kita nie muda lagi dari orang yang sedang bercakap dengan kita, better kita panggil dia dengan panggilan akak (Perempuan), abang (lelaki).Kalau kita bercakap dengan orang yang lebih tua, contohnya sebaya dengan ayah kita, better kita panggil Pak Cik. Kan sesuai. 
Aku sekadar nak ingatkan aje,.... untuk semua dan  juga diri aku.Kadang-kadang kita terlupa diri kita masih muda, ataupun kita lupa. Takpun gementar, so ingat-ingatkan..... Bukan ape, kadang-kadang orang yang lebih tua dari kita mesti fikir.
"Ish, budak nie, aku lebih tua dari dia, dia tak panggil aku pak cik.'
Aku selalu tegur adik OKU dalam rumah aku.Bila bercakap dengan orang lebih tua, biar bahasakan diri kita betul, tapi tak ape la, dia memang OKU, kadang-kadang pemikiran dia lain. So aku bolehla faham, dia kurang …

Mamat bangla punya penangan.....

Hujan lebat malam nie...aku singgah sekejap kat kedai makan belakang 7 eleven kat kawasan perumahan aku. Semasa aku tengah tunggu nak order, ada la sorang mamat bangladesh nie datang lepak sebelah kerusi aku.

" Baru balik keja ke abang? Dengan selambe je dia tegur aku.Aku memang selalu sangat nampak dia mundar mandir kat area kedai nie.Aku pon sebelum nie tak tau apa keja dia. Aku pon menjawap soalan dia dengan selamba jugak.

" Yup! baru balik... Over time hari nie.Banyak keja. Sudah makan?.Aku pulak tanya dia.

"Oh... Sudah makan." Dia menjawab dengan pantas soalan  aku. Aku tahu dia sudah fasih berbahasa melayu. mungkin sudah lama tinggal di malaysia.

Aku meneruskan perbualan aku dengan dia.

"You ada nampak saya punya kawan, itu budak OKU. (Orang kurang Upaya). You tau ka apa itu OKU?"Aku bertanya kepada dia, mana la tahu dia ada nampak si angah datang sini makan.

" Apa itu OKU? saya tarak faham." Dia terpinga-pinga. Aku yang tanya bukan, mana la nak…

Celcom atau Pejabat Peguam yang betul sebenarnya?

Siang tadi tengah sibuk aku membuat kerja. Kepala tengah serabut. Tiba-tiba satu panggilan dari no office mana tak tak aku kenali call.....
" hallo.... En. Amir, Saya ****** (Dalam handphone aku, aku save Peguam Penyibuk) yang call encik tempoh hari. En. Amir Dah buat bayaran ke belum? saya check dengan HQ Celcom, belum ada sebarang payment dibuat. Kenape belum buat?"
(Dalam Hati rasa macam nak maki hamun je mamat nie. Tahu duit-duit je kejenye) Korang tahu apa aku jawab?
" Hallo en. ****** , saya sudah pergi Celcom Centre. Customer Servive kat kaunter tu cakap tunggu call dari celcom. Nati dia akan call saya. Saya dah tunjuk pada dia copy letter yang saya tamatkan perkhidmatan broadband tu. Encik faham tak?" Hantam aku kat mamat nie dengan nada geram aku. Dah la aku tengah banyak kerja nak buat.
" Tapi encik Amir, saya dah check dengan HQ, memang check kena bayar.Check kena bayar dalam minggu nie jugak, jika tidak kawan, kawan encik, iaitu encik Nizar akan dikena…