"Pintu Gerbang Kami" No. 1



Blup.....! "Bunyi yang cukup menyiksakan..buat hati boleh jadi luluh.. ( Manusia menjerit dalam hati woi! aku punya tu... aduh!!!!!).
                     Basah kuyup tangan manusia itu.Muka manusia itu masam purit (Masam gila2)... Kelihatan titisan air keluar dari matanya, tapi aku tahu, manusia itu mesti tengah cover sedih. Maklumlah keluar nanti, mestilah manusia lain akan menegurnya. Manusia itu termenung seketika...Tangannya menongkat dagu, matanya pejam celik..Dalam hati mesti dia tengah maki hamun "Pintu Gerbang kami" . Aku waktu itu dalam perjalanan mencari rezeki untuk menampung adik-adikku yang masih kecil.Aku ternampak ramai ketua-ketua cacing sedang berkumpul. Aku ingatkan ada orang lelong barang murah.Aku teruslah menrjah tempat itu.Rupa-rupanya, ada benda yang jatuh dari langit. Aku ingat lagi, waktu dulu, pernah jugak benda yang seakan sama jatuh dari langit.Waktu tu, aku sedang menarik bekalan makanan ke rumah, tiba-tiba, ada satu objek jatuh sebelah aje denganku. Terperanjat aku waktu tu.Objek tu besar, ada tertera pekataan "SONY ERICSSON". Objek hari ini seakan sama dengan objek yang jatuh hari ini..Tapi kali ni, tertera perkataan "NOKIA". Bunyinya dekat-dekat dengan tajuk lagu "Norkiah". Aku nampak pak belang (Polis trafik) sibuk mengawal lalulintas supaya tidak ramai cacing-cacing yan berhenti melihat kejadian aneh yang jarang-jarang dapat mereka lihat.
            Kedengaran suara ketua Pengarah Muzium Cacing-Cacing Tandas Sedunia menjerit :
        " Ketepi-ketepi, jangan tolak-tolak, kita kena tunggu bahagian r&d buat pemeriksaan dahulu, sama ada objek ini original atau AP. Selepas kita kenalpasti baru kita boleh bawa balik ke muzium".
( Ramai pemberita-pemberita TV dan wartawan-wartawan akhbar membuat liputan) Maklumlah berita hangat.
            " Zack Ca, mesti laku surat khabaq kita noh esok, mujuq hang rojer aku"Kata seekor wartawan cacing yang kebetulan lalu di situ dalam perjalanan ke pusat renang, bagi membuat liputan sukan luar dan dalam negara.Tidak lama kemudian kelihatan sebuah van Toyota datang, seekor pekerja muzium sibuk menyediakan kelengkapan untuk mengangkat objek itu. 10 minit kemudian, van itu pun hilang dari pandangan aku. Semua cacing-cacing di situ pun bersurai.Balik ke lubang rumah masing-masing.
                   Aku masih tidak dapat lupa wajah manusia itu.Kesian dia, ada seorang manusia ketawakan dia, sebabnya, duli pun dia pernah jugak, dermakan kepada Muzium Cacing-Cacing Sedunia. Objek yang tertera perkataan "SONY ERICSSON" tu la barangnya...Aku rasa dah sampai masa aku tido, sebab esok banyak lagi kerja aku nak buat. Ambil lah pengajaran dari cerita aku ini, apabila manusia masuk toilet, jangan lupa simpan objek-objek  KESAYANGAN  ditempat lain agar tidak ada yang jatuh lagi ke " Pintu Gerbang Kami"

MORAL : Sebelum masuk tandas, simpanlah barang-barang kesayangan di tempat lebih selamat.

Catatan aku nie dipetik dari blog lama aku bertarikh 25-03-2010

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)

Mamat bangla punya penangan.....