Bila sebut pasal mati

Bila sebut je pasal mati... semua akan takut. Aku buat update blog malam nie sebab ada rakan-rakan blogger yang terkejut arwah Faizal Yusof meninggal. Ada yang kata dia masih muda dah meninggal. Thanks for alfalora. kerana sebut pasal tajuk nie malam nie. Muda atau tua bukan ukuran bila ajal akan datang. Teringat aku pada arwah rakan aku yang meninggal pada usia muda akibat kemalangan jalan raya. Aku teringat arwah pernah bagi tahu aku dia nak melanjutkan pelajaran lebih tinggi, tapi takdir telah menentukan dia pergi dulu sebelum dia membuktikan dia mampu pergi lebih jauh dalam pelajaran. Aku sedekah al-fatihah pabila mengenangkan arwah.




1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati
Cuba perhatikan satu-satu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung disetiap perkara itu.
1. Sihat sebelum sakit – Semasa sihatlah kita boleh mencari rezeki, mencari ilmu, lakukan ibadat, jika sudah sakit adalah sukar untuk melakukan semua ini. Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri kita dan orang-orang di sekeliling kita semasa masih sihat.
2. Muda sebelum tua – waktu kita muda inilah saatnya kita perlu berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban kepada Maha Pencipta, kelak bila kita tua tidak lagi memikirkan hal duniawi. Selagi ada masa, buat…jangan duduk diam sahaja, cari selagi boleh cari! carilah mahupun harta, ilmu dan ibadat. Nanti dah tua sudah terlambat. Cepat kita bermula, cepat kita berjaya.
3. Kaya sebelum miskin – Waktu kaya berharta itulah kita boleh menolong orang yang lebih susah daripada kita kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan kita menghadapNya nanti. Ingatlah kekayaan itu hanyalah pinjaman kita kepadaNya. Allah boleh tarik bila-bila sahaja.
4. Lapang sebelum sempit – Waktu kita masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman bersama manusia.
5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup,  semua 4 perkara di atas adalah masa yang boleh kita lakukan.. bila telah tiada nanti kita hanya menanti amal soleh, sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi kita

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)

Mamat bangla punya penangan.....