Posts

Showing posts from January, 2011

Toilet tersumbat ( TUALA WANITA ATAU TELEFON BIMBIT)

Image
Assalamualaikum....Fuh, leganya rasa kesihatan aku sekarang. Alhamdullillah.Dah banyak hari aku rasa tak update blog aku nie.... Lagi pon siapa la nank melawat blog aku dan beri komen. Sejak akhir2 nie aku selalu balik keja lewat, so tak sempat nak update blog aku nie.Terkejut jugak bila tengok dah 55ahli yang jadi pengikut aku.. Thanks di ucapkan kepada semua. Selama aku tak muncul kat blog aku nie. Ada beberapa kejadian yang berlaku, antaranya adalah :
1 ) Budak rumah aku (adik OKU) pengsan.Mujurla aku balik awal, sampai je depan rumah. Kejadian tu baru berlaku.Semasa tue hanya ada 3orang je kat umah termasuk budak tue.Masalahnya, 3org nie adalah OKU. So dieorg blur tak tau ape nak buat.Aku terpaksala angkat budak tue. Berat nak jugak sampai terlupa dokotr kata jangan angkat berat sampai 17/2/11, tapi emergency terpaksa la aku angkat. Pengajaran : Jangan tak makan sampaiu pengsan
2) Tandas kat tempat kerja aku dah lama tersumbat.Dah banyak kali repair. Contractor pon dah pening nak bua…

LOAN BANK UTK KAHWIN

Image
Haha.... Renung-renungkan..... yang belum kahwin..... yang dah kahwin best la.....

Sesi fisiotrapi .....

Image
Hari nie 17 january 2011...... 
Hari yang malas untuk aku pergi ke hospital....
Nak nunggunye lama sangat..
Lepas je makan tengahari, aku terus blah... balik kerja..
Bukan aku malas, tapi segan, penat...
Temujanji pukul 2.30petang.Sampai je hopsital aku terus nak gi daftar, sekali kaunter tutip da....
Kena pal daftar di kaunter lain sebabnya kata makcik tue, orangnye cuti...
Mujurla sekali nie free... tak kena bayor... selamat den.... tapi kalau kali kedua datang.. bayor RM5.... Maknanya aku kena la bayar jumaat nie (kena datang lagi sekali... hahaha... habisla cuti den)
Selepas daftar kena le menunggu.... inilah saat yang aku paling tak suka bila ke hospital.... Kuatkan iman dan tahan sabar.... tak sampai setengah jam...Namaku Di panggil.....
" Amir Mursyidi..... Masuk" Betul la tu nama aku, yang aku terjenguk-jenguk apa lag.... calo....
Sesi soal jawab....dengan pegawai perubatan (PP)...
Tanya macam-macamla.... malas aku nak cite....
Lepas dah siap PP menaip apo ntah kat …

Malique featuring Najwa - Senyum

Image

Hidup yang makin layu......

Image
Aku rasa bosan dan kehilangan kawan rapat aku.........., Dulu ada team jalan-jalan, tapi semenjak berlaku beberapa kejadian,  hubungan tu jadi renggang.... dah tak macam dulu,  aku cuba dapatkan semula keadaan dulu.... tapi hari ini tidak mungkin seindah dulu... Tahun 2011 semuanya akan berubah keadaan, Yang dah bertunang akan kahwin.... mengimbau kenangan manis 2010.... pasti sukra nak digambarkan...
"Kenangan di genting"
Air terjun kaki genting
" Di kampung halamanku "
"Di kampung halaman.. ina"
" Kat melaka bersama kawan2 kampung"
Itu semua kenangan  2010..... 
Kini aku 2011.....
" Tidur.....ZzZzZz......."
" lepas bangun tido.... gi keje... sebabnya.... bosan tak tau nak buat apa...


Ini rutin harian aku sekarang.... sebab kawan dah ramai yang bawa haluan masing-masing....


"Pintu Gerbang Kami" No. 1

Blup.....! "Bunyi yang cukup menyiksakan..buat hati boleh jadi luluh.. ( Manusia menjerit dalam hati woi! aku punya tu... aduh!!!!!).                      Basah kuyup tangan manusia itu.Muka manusia itu masam purit (Masam gila2)... Kelihatan titisan air keluar dari matanya, tapi aku tahu, manusia itu mesti tengah cover sedih. Maklumlah keluar nanti, mestilah manusia lain akan menegurnya. Manusia itu termenung seketika...Tangannya menongkat dagu, matanya pejam celik..Dalam hati mesti dia tengah maki hamun "Pintu Gerbang kami" . Aku waktu itu dalam perjalanan mencari rezeki untuk menampung adik-adikku yang masih kecil.Aku ternampak ramai ketua-ketua cacing sedang berkumpul. Aku ingatkan ada orang lelong barang murah.Aku teruslah menrjah tempat itu.Rupa-rupanya, ada benda yang jatuh dari langit. Aku ingat lagi, waktu dulu, pernah jugak benda yang seakan sama jatuh dari langit.Waktu tu, aku sedang menarik bekalan makanan ke rumah, tiba-tiba, ada satu objek jatuh seb…

Tahniah Hafizi (Bob) & Aishah

Image
Selamat pengantin baru buat sahabatku yang selama ini banyak menolong aku dalam kesusahan. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Cinta telah terbukti, perbezaan agama pada mulanya membawa Aishah memeluk islam.Ini bukti cinta Bob kepada Watie (Nama bukan islam). Perjalanan cinta yang sungguh romantik, jalan cerita yang selamba.Di ijabkabul juga seperti tiada apa yang penting.Yang penting baginya, Sah menjadi suami isteri. Tahniah aku ucapkan sekali lagi.


Bila Cinta - Lagenda Budak Setan - Instrumental

Image
Aduh.... ape sayu sangat lagu nie..... Layan........Jiwang jap....

Kemalangan oh kemalagan.

Image
Hari-hari ada kemalangan..... Tak habis-habis....
Pagi tadi BF kepada kawan GF aku X-cident.Dengar kata kena langgar lori.Lori sekarang memang banyak yang bawa laju-laju...
Kadang-kadang siap bagi hon kat kita lagi... mentang2 kiat nie naik moto, dia besar.... main hantam je nak jalan.,...
Aril.... semoga cepat sembuh noh.... Tahun 2011 sambut dengan kenangan macam nie yang tak best.Tapiu nak buat macam mana....Dah dikatakan takdir.Kita hati-hati pon orang akan langgar kita jugak... so sape2 yang suka main langgar tue, harap lepas ni jangan main langgar. Suatu hari orang lain langgar korang balik baru tahu...


P/S: Kepada pemandu-pemandu lori, tolong memandu dengan cermat, jangan ikut kepala korang je.Main langgar je....

Kesan

Hari ni 6 Januari 2011. Permulaan 2011 yang agak membosankan. Aku diberi MC hari nie selepas sesi temujanji dengan doktor pakar ortopedik tadi. Semasa pendaftaran aku ingatkan kena bayar RM1 je sebab sebelum ni aku datang pun bayar RM1 je.Memandangkan aku ni kerja swasta, terpaksala aku bayar RM30. Terkejut aku.Kadang-kadang rasa nak marah pun ada kat akak tu, tapi nak buat macam mana, dia pun makan gaji. Aku tak suka sebab, kalau orang kerja swasta je, tak ada la plak kelebihan.Kalau semua orang kerjakerajaan je dapat bayar RM1, atau free.Memang banyak orang nak kerja kerajaan, habis dah susah dapat, lagi pun jawatan kosong mana senang dapat dalam kerajaan. Kalau dapat pun, intiview je.Tu pun datang untuk penuhkan syarat mereka je, sedangkan dieorang dah ada calon untuk isi jawatan tu. Bak kata ada cable kuat bolehla dapat kerja kerajaan.Yang aku tak puas hati bukan ape, dieorang main bezakan keje kerajaan dan swasta.Syarikat swasta nie la yang banyak jugak bantu pembangunan ekonomi.…

Bila Minyak Naik

Image
Bila keluar je berita minyak naik, ramai la ynag komen dalam FB. Haha.... nie la hadiah happy New Year 2011 pada kita semua. Dengan kenaikan harga barang. So lepas nie nak balik kampung tak dapat la nak rasa isi minyak V- power. Minyak dah naik harga.Pa komen korang semua blogger? :



Istilah apa untuk sesuai untuk Dia

Image
Haha.... ketawa besar aku tengok membe aku tulis kat wall FB nie... BUkan ape, dah lama aku rasa dia tak komen atau tulis kat wall FB. Tapi akhirnya, terkeluar jugak. Aku bukan ape, bila dia koemn tu, maknanya dia tak tahan la tue. Bukan nak kecoh, tapi memang terasa la dengan ape yang berlaku. Tu sebab bila kita berkawan, orang kata tak boleh rapat... Aku lagi la. di hantam, di kecam dengan kejadian ini telah membuatkan aku rimas dengan pelbagai persoalan yang sukar aku nak jawab.


Firstly aku terasa :


(Akulah penasihat dan selaku kawan rapat)
Kedua :
( kenderaan nie la kemana saja ia pergi )
Kalau orang kata kiteorg ungkit, tak kesahla, yang penting settlekan dulu masalah lu yang lu tinggalkan.....Jangan buat orang lain jadi mangsa. Dahla kawan rapat, buatla macam nie plak. Sapa yang senang sekarang???????
Yang susah saper??? orang nie la ? :
1) Orang Main KUTU (Yang patut dapat duit) 2) Mamat yang dah bayar Setahun sekali gus duit club (Terpinga2 mamat tue) 3) Bendahari Baru (Berapala sebena…

Bila sebut pasal mati

Image
Bila sebut je pasal mati... semua akan takut. Aku buat update blog malam nie sebab ada rakan-rakan blogger yang terkejut arwah Faizal Yusof meninggal. Ada yang kata dia masih muda dah meninggal. Thanks for alfalora. kerana sebut pasal tajuk nie malam nie. Muda atau tua bukan ukuran bila ajal akan datang. Teringat aku pada arwah rakan aku yang meninggal pada usia muda akibat kemalangan jalan raya. Aku teringat arwah pernah bagi tahu aku dia nak melanjutkan pelajaran lebih tinggi, tapi takdir telah menentukan dia pergi dulu sebelum dia membuktikan dia mampu pergi lebih jauh dalam pelajaran. Aku sedekah al-fatihah pabila mengenangkan arwah.




1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati Cuba perhatikan satu-satu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung disetiap perkara itu. 1. Sihat sebelum sakit – Semasa sihatlah kita boleh mencari rezeki, mencari ilmu, lakukan ibadat, jika sudah sakit adalah sukar untuk…

Faizal Yusof Meninggal Dunia

Image
PETALING JAYA: Pelakon Faizal Yusof telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pagi Sabtu. Menurut bekas isterinya, Siti Nordiana, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pelakon drama Tiramisu itu pengsan di rumah Faizal. "Saya dan isteri Faizal terus membawanya ke Hospital Pusrawi dan dia dimasukkan ke wad ICU. Keadannya pada ketika itu sudah kritikal," katanya yang dihubungi mStar Online, Sabtu. Jenazah masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumah Faizal di Sentul petang nanti