Posts

Showing posts from 2011

Tarian Poco Poco

Image
Assalamualaikum.... Sekadar nak share video kuliah ceramah ustaz Azhar Idrus berkaitan "Tarian Poco-Poco"....


Nota : Solat juga adalah satu senaman....
Banyak manfaat pergerakan dalam solat. Sesiapa yang pernah membaca artikel di dalam surat khabar METRO AHAD, 17April 2011, ada info berkaitan manfaat pergerakan dalam solat. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Yusry, Lisa Surihani Nikah 23 Februari ini

Image
PUTRAJAYA – Pasangan pelakon Iaitu Yusry Abd. Halim dan Lisa Surihani mengesahkan akan bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada tarikh 23 Februari tahun depan. Yusry, pengarah filem dan ahli kumpulan KRU mengumumkan perkara tersebut kepada wakil-wakil media massa di sini hari ini. “Diharap keputusan ini akan melenyapkan segala desas-desus tentang hubungan serta gosip kami selama ini,” katanya. Dalam majlis ‘Pengumuman Istimewa’ tersebut, pasangan itu turut mengumumkan tarikh majlis resepsi perkahwinan mereka yang akan diadakan secara eksklusif pada :  Tarikh : 26 Februari 2012 Tempat : Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC). Di dalam majlis tersebut, Yusri turut mengaku bahawa ibubapanya telah berkunjung ke rumah Lisa menghantar tanda dan sememangnya majlis yang diadakan di Marriott Hotel Resort & Spa ini adalah untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka. Selain itu, Yusri yang hadir bersama ibubapanya, Abdul Halim dan Zarina Fenner, tidak dapat mengulas s…

Sos ada DNA Babi

Image
Kepada yang tak tahu lagi produk ini halal ke tidak, ini surat yang mengesahkan produk ini haram....


Kos RM3,000, shooting 2 jam, Oley ditonton lebih 180,000

Image
"Klip video atau Filem pendek berjudul 'Oley' hanya memakan belanja RM3,000 sahaja dan mengambil masa penggambaran 2 jam, tetapi memberikan kesan cukup besar bagi aktiviti dakwah.

Ini kerana, klip video terbitan sebuah NGO, Solidariti Muslim Prihatin ini sehingga kini ditonton lebih 180,000 orang dalam jangka masa 5 hari setelah disiarkan."

Bagaimana ingin mempercepatkan jodoh..

Image
(Sumber: Google)

Aku tertarik pada tajuk entry dari blog ini (Penpatah) berkaitan lambat jodoh. Dalam situasi seseorang, banyak faktor perlu di ambil kira dalam mencari jodoh. Kadangkala, seseorang itu nak sangat berkahwin, tapi tak dapat, dan ada yang tak fikir nak kahwin, tiba-tiba senang je dah kahwin.Ikuti petikan entry sahabat kita ini :
"Mungkin saja lambatnya jodoh itu kerana ada hikmah yang terkandung di dalamnya yang kita sendiri tidak dapat untuk terjemahkannya. Mungkin juga lambatnya jodoh kita itu kerana kelalaian kita dalam mengingati Allah SWT sehingga Allah mengingatkan kita dengan cara melambatkan jodoh tersebut, akhirnya kita sedar bahawa Allah lah tempat kita bermohon.


Berdoalah setiap selepas solat lima waktu agar anda memperoleh pasangan yang baik dan menjalankan agama Islam dengan cara yang sempurna. Dalam salah satu petua yang diungkapkan oleh seorang penyusun buku amalan menjelaskan bahawa untuk mempece…

Oley!!

Image

Awas! Sihir kini menular melalui Facebook

Image
20KSha KOTA BHARU – Pengguna laman sosial ‘facebook’ kini perlu berhati-hati terutama ketika memasukkan gambar-gambar mereka untuk paparan umum bagi mengelak unsur sihir dan gangguan. Pengerusi Persatuan Kebajikan Perubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Kelantan, Zaki Ya berkata, pada zaman alam siber ini, jin boleh juga merapati manusia melalui internet atau gelombang termasuk laman sosial ‘facebook’. “Sebelum ini, saya pernah merawat satu kes orang terkena sihir yang meracau-racau secara tiba-tiba ketika berada di hadapan komputer semasa melayari internet. “Beberapa hari lalu, saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang bapa yang mahu anaknya dirawat setelah setahun tidak mahu ke sekolah dan bapa tersebut mengesyaki ada jin yang menyihir anaknya melalui talian internet,” katanya semasa ditemui di Klinik Rawatan Islam dan Tradisional (Rawatid) Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, di sini. Zaki berkata, bapa terbabit menceritakan dalam SMS itu anaknya a…

baik baik sayang cover keesamus

Image
Lagu ini pun untuk anda semua.Jangan stress bila ada masalah kerja, masalah cinta ataupun masalah dengan kawan2 ye... :-)

bukan ku tak sudi-ilklim (cover Keesamus)

Image
Jom layan lagu ini... Jangan tension ye.... :-)



Tawaran Pelita Jaya: Baddrol Bakhtiar tunggu keputusan KFA

06/12/2011 10:44pm

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Tonggak utama pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar berharap Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) akan mempertimbangkan hasratnya untuk menyertai kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya.

Beliau berkata, tawaran seperti itu sememangnya dinanti-nantikannya kerana mahu menimba pengalaman baru selain mahu meningkatkan mutu permainan.

“Saya telah mengadakan perbincangan lanjut dengan KFA mengenai perkara ini kerana tawaran yang diterima dari kelab tersebut hanya dalam bentuk lisan.

"Namun segala keputusan akan dibuat sekurang-kurangnya sehari dua lagi dan saya menyerahkan perkara ini kepada pihak pengurusan (KFA) untuk mempertimbangkan peluang ini,” katanya kepada pemberita selepas sesi pertemuan mesra antara pemain skuad Sukan SEA dengan para peminat, anjuran Nike Malaysia di sini hari ini.

Anak kelahiran Sungai Petani ini yang masih mempunyai kontrak setahun lagi bersama skuad Kenari sehingga hujung tahun depan, berkata, beliau ingin mengikut jejak l…

Jogging sambil curi coli

Image
SHAH ALAM – “Apa salah saya bang? Saya cuma jogging je kat sini", ujar seorang lelaki gila seks setelah dia berjaya diberkas penduduk selepas mencuri beberapa coli dan seluar dalam wanita di flat PKNS Seksyen 7, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an cuba mengaburi penduduk dengan memberi pelbagai alasan namun tembelangnya terbongkar apabila beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui berhampiran tempat dia bersembunyi.

Difahamkan, lelaki tersebut pernah ditangkap melakukan perbuatan sama beberapa bulan lalu di kawasan perumahan berhampiran.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Saiful berkata dia terkejut mendengar jeritan penduduk sebelum bergegas keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku.

Selepas itu katanya, dia melihat kelibat seorang lelaki berbadan gempal melarikan diri dan dikejar seorang penduduk.

“Saya dan rakan serumah turun membantu mengejar lelaki itu. Kami berjaya memberkasnya setengah jam kemudian  selepa…

Baddrol kekal bersama Kedah

Image
Alhamdulillah Baddrol masih kekal bersama pasukan kedah.

Tahniah Harimau Malaya !!!!

Image
Tahniah buat harimau Malaya kerana berjaya menewaskan Garuda dengan sepakan pelnati. setelah berhempas pulas sepanjang perlawanan.Mujur sepakan Baddrol Bakhtiar meleret masuk ke gawang setelah ditepis penjaga gol Indonesia  setelah menyempurnakan sepakan pelnati. mari kita saksikan wajah kekecewaan penyokong Indonesia setelah pasukan mereka tewas di tangan Malaysia.




Kredit :  Puteri Katek
Rata-rata pengguna facebook mengucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya.Semoga perjalan mereka selamat sampai ke tanah air tercinta.
KLIK SINI untuk melihat jaringan Baddrol Bakhtiar..... penentu Emas untuk harimau malaya.
Ni hero kita jugak.... Huhu...
Boleh dapat gaji lebih nie... hehe....
Kredit : HEhEhee~~ (Gelak Jahat)

11.11.11

Nombor 11.11.11 sudah pergi meninggal baru setangah jam yang lalu. Mybe pelbagai peristiwa yang berlaku pada tarikh ini.Ada suka,duka dan pahit. Tak kurang juga, kematian akibat kemalangan ataupun sakit.Bagi diri aku, tarikh ini merupakan petanda menunjukkan umur semakin hari, makin meningkat.... Apa-apa pun thanks kepada semua yang wish kat FB.Kawan2 tempat kerja, rakan blogger, thanks juga pada Nuffnang sebab email sempena ulangtahun kelahiran aku. TQ for all... Semoga Allah merahmati kalian semua dalam perjuangan hidup  masing2.

Juara Piuala Malaysia 2011 (Negeri Sembilan)

Image
Sabtu 29 Oktober 2011 - Tahniah buat pasukan Negeri sembilan kerana berjaya menjuarai Piala Malaysia bagi tahun 2011. Kemenangan berpunca dari gol Kunalan yang berjaya membakar semangat pemain lain walaupun masa makin menghampiri saat terakhir. Pemain yang berpengalaman, Hairuddin Omar (Hai-O) berjaya menambah jaringan gol, bagi memadam hasrat sang Penyu bagi membawar pulang piala berprestaj ke negeri terangganu. Walaupun begitu, pujian harus diberikan kepada Hairuddin berdasarkan ucapan yang deiberikan melalui saluran siaran lansung Astro Arena (801) yang membuktikan beliau seorang pemain yang terbaik dan sedar bahawa beliau sedang berkhidmat untuk pasukan Negeri Sembilan, dan tidak berhasrat menghampakan pasukan Terangganu walaupun beliau berasal dari negeri tersebut. Tahniah buat Negeri Sembilan dan Azrai Khor Abdullah yang berjaya memberi hadiah untuk dirinya yang baru menyambut hari kelahirannya baru-baru ini. Buat sang penyu, anda juga sebuah pasukan yang terbaik, permainan ya…

Kelahiran di bulan Zulkaedah 1432H

Image
Kelahiran bayi adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada umatnya. Rata-rata media massa memaparkan isu pembuangan bayi. Kejadian sebegini amat menyedihkan, ibarat seperti pembuangan sampah. Manusia yang sanggup berbuat demikian amatlah perlu di ambil tindakan sewajarnya ke atas jenayah yang di lakukan.  Di bulan Zulkaedah 1432H, lahirlah 2 putera , seorang anak ke-2 abang aku (Muhammad Aizy Harraz), dan seorang lagi anak sulong sahabat aku Hafizie (Bob), nama anaknya (Muhammad Ridzuan Huda).... Semoga kelahiran putera mereka menyerikan rumahtangga mereka....

(Muhammad Aizy Harraz)

                                                        (Muhammad Ridzuan Huda)


Best giler tengok orang dapat anak. :-) Bertambah semangatlah nak bekerja...  

Real Steel Official Trailer

Image

Sekiranya anda di rompak?

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.
Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321.Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda.

Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.

Semoga info ini dapat membantu anda.

kredit: http://www.NurulAmir.com/

Aduh sakitnya kepala aku...

Image
Sakit kepala.... Sakit yang teramat melanda diri aku kali ni.Aku dah terima rawatan tadi.Dah check darah.Semuanya ok.Alhamdulillah.Tapi aku nak share dengan semua orang beberapa sebab atau kemungkinan berlakunya sakit kepala pada diri kita.



Berikut adalah sebab-sebab yang merangsang sakit kepala : 
• Tekanan (tension headache). 
• Kemurungan  
• Migraine (penyempitan salur darah)  
• Penyakit serta ketegangan dalam mata. 
• Sakit gigi dan tulang rahang. 
• Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.  
• Kejang otot.  
• Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.  
• Angin Ahmar  
•Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor). 
• Tekanan Darah Tinggi  
• Pengambilan dadah dan racun











Cara rawatan :
Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi. 

• Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin. 
• Cuba teknik bertenang dan urutan. 

• Jika migrane, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai 
  pemakanan anda. 
• Kendalikan tekanan anda dengan ba…

Nota Mudah memahami hukum Hudud

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله الحَكَمُ الْعَدْلُ اللطيف الخبير له ملك السموات و الأرض و هو على كل شئ قدير   و الحمد لله الذي فضل العلماء بإقامة الحُجَجِ الدينية و معرفة الأحكام  و الصلاة و السلام على رسول الله أرسله الله بشيرا و نذيرا بين يدي الساعة فأدى الأمانة و بلغ الرسالة و نصح الأمة و جاهد في الله حق جهاده و على أصحابه  إمامِ كلِّ إمامٍ و من تبعه و نصره و والاه
Muqaddimah. 1. Hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Ingatlah penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui surah al Ahzab ayat ke  36 : وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَ…

Teruskan usahamu wahai saudaraku....

Image
Kali ini aku terpaut pada satu blog yang boleh aku puji idea dan semangat beliau. Beliau membuatkan aku teringatkan kampung halaman yang nun jauh di utara tanah air. Blog yang aku maksudkan adalah http://moniermatdin.blogspot.com .Pemilik blog adalah Monier Mat Din.. Memaparkan realiti kehidupan sebenar di kampung. Malaysia makin maju, namum begitu masih ada sebilangan manusia yang masih dibelenggu  kemiskinan, mungkin akibat dari kesihatan yang tidak sihat menghalang pencarian rezeki. Kita kadangkala, leka dalam mengejar arus kemodenan. Dulu aku pernah menyertai banci kemiskinan 2008. Alangkah terkejutnya, masih ada lagi  keluarga-keluarga miskin di kawasan-kawasan pedalaman.Sekiranya aku tidak menyertai misi banci kemiskinan, belum tentu aku tahu masih ada lagi penduduk yang miskin.Anda sendiri boleh berkunjung ke blog saudara Monier sendiri, dan melihat apa yang di kongsi dalam membongkar sekala isi alam di kawasan pedalaman.Niat yang murni seperti inilahyang kita mahu.Bukan hanya …

Takdir

Hari ini aku aku telah selamat sampai ke bandar.Baru sahaja balik dari kampung menziarahi pak long dan maklong aku yang sakit tenat. Pada zahirnya kita melihat, orang yang kita sayang, kita kenal disekeliling kita masih sihat semalam atau beberapa hari yang lalu, tiba-tiba jatuh sakit. Itulah dinamakan takdir. Perjalanan hidup seseorang sudah tertulis, segala gerak langkah telah di atur oleh Allah S.W.T. Perkara ini berlaku tidak dapat kita duga.Ini adalah kekuasaan Allah S.W.T.  Semalam, pak long aku telah kembali kepada-Nya. Mujur aku sempat menziarahinya pada tengahari semalam ketika arwah masih ada.Aku doakan agar roh dicucuri rahmat. Manakala maklong aku masih lagi terlantar di Hospital Besar Alor Setar.Aku doakan agar dia sedar dan sembuh dengan baik. Teringat lagi kali terakhir aku jumpa dan bersembang dengannya sewaktu hari raya aidilfitri yang lalu.  Inilah dinamakan TAKDIR.


Note : Ingat 5 perkara....ingat lima perkara sebelum lima perkara, ingat sehat sebelum sakit, kaya sebe…

Ingatanku pada hujan

Image
Hujan di pagi hari merisaukan aku. Selalunya pabila hujan tidak berhenti, pastikan paras air sungai akan naik. Itu kisahnya di kampung.Sejak berhijrah ke kota, jarang sekali suasana sebgitu dapat dirasa sesetengah golongan penghuni kota.Kesibukan kota, pasti membuatkan semua orang leka dengan arus pembangunan bandar berbanding kampung.Namum begitu, sejak kebelakangan ini, manusia semakin rakus menerokai bumi Allah tercinta ini. 


Kerakusan syarikat-syarikat pemaju pembinaan semakin leka mengejar kemewahan mereka dalam mengaut keuntungan sehinggakn lupa, kesannya terhadap bumi yang semakin hari semakin di mamah usia. Gunung-gunung, bukit-bukit ditarah sehingga menjadi botak, ibarat gunung padang pasir.Pokok-besar yang mencengkam tanah sudah hilang dek kerakusan manusia yang mengejar pembangunan. Akibatnya, lihatla dunia ini, kesannya terpaksa di hadapi,di tanggung oleh manusia sendiri. Lihatlah apa yang telah terjadi pada dunia.Sistem saliran tersumbat, dan kadang kala, sungai tidak dapa…

Cendol buat aku terliur....

Image
Penatnya... Tadi pagi hujan tak berhenti-henti,Tiba tengahari aku, panas terik pula datang. Aku baru saja balik dari UIAM, Gombak. Penat belum hilang lagi, Pagi tadi hanya bersarapan nasi lemak di Restoran Nasi Kandar Fareez (line Clear), Sg. Buloh masih rasa kenyang lagi. Disebabkan sudah terlewat tadi, aku pun makanla dengan cepat agar aku sempat sampai awal di UIAM.Maklumla belum pernah lagi masuk tempat besar tu, kat mana tempat yang nak tuju pun tak tahu.Orang kata, malu bertanya sesat jalan.Tapui tadi aku tanya sorang mamat student kat bus stop, dia pun tak tau mana tempat yang aku tanya. Dah mula gelabah le bila jam menunjukkan hampir pukul 10pagi.Program bermula pukul 10,Hujan pula semakin lebat, berpusing aku kat dalam tu.Bila call penganjur, penganjur cakap dekat-dekat jer dengan pejabat admin.Susahla juga aku nak cari, mujurla terserempak dengan sorang brother ni, dia pun nak ke tempat yang sama, tapi yang jadi masalahnya, dia pun tak pernah sampai.Nak dipendekkan cerita, a…

Najwa Latiff -Cinta Muka Buku Bersama Lirik (HQ/HD)

Image
Image
" KEMALANGAN" satu perkataan yang menakutkan. Sesiapa pun  ingin mengelak dari berlakunya kemalangan. Terutama sekali kemalangan jalan raya, yang sering berlaku di negara kita. Kemalangan yang membawa maut amat kita takut.Kadangkala kesan dari kemalangan kecil boleh mengakibatkan kematian.Semua orang memandang ringan dalam hal ini. Dia malaysia, kemalangan yang selalu kita dengar adalah kemalangan bas, penunggang motorsikal dan pejalan kaki. Penunggang motorsikal seringkali dilanggar, dan kadangkala ada juga pejalan kaki di langgar oleh motorsikal. Baru-baru ini, anak kepada rakan sekerja aku mati akibat kemalangan motorsikal. Akibat kemalangan itu, beliau luka-luka kecil dan anaknya patah dibahagian kaki. Sekiranya dilihat dengan mata kasar, kecederaan luaran kita lihat ada kecederaan biasa, namun akibat kemalangan ini, selepas bebrapa hari anaknya dimasukkan ke ICU, dan terlantar beberapa hari dan nyawa anaknya tidak dapat di selamatkan.Apa yang aku bak kongsikan di sini, …

Pekena Nasi Kandar Fareez Line Clear, Sg. Buloh

Alhamdulillah, kenyang sudah aku makan nasi di Restoran Nasi Kandar Line Clear yang bari di buka dekat dengan kilang Hong Leong (Yamaha) Sg. Buloh. Restoran ini dibuka mulai jam 6pagi hingga 12malam. Sesiapa yang berhampiran, boleh la singgah kalau nak rasa nasi kandar kat sini.

Masakan boleh tahan... layanan teruk..

Bengang betol aku hari ini.Tengah lapar,jadi plak kejadian yang aku tak suka ni.Datang ambil order cepat, tapi nak dapat makanan, Ya Allah.Lambat betul.Walhal tak ada pun ramai pelanggan.Orang datang lambat pun boleh dapat dulu.Masalahnya, kita pedan 2 nasi goreng paprik, buatnya satu. Bila sampai makanan, tak guna la, perut dah masuk angin. Siapa boleh tahan.Aku rasa, kedai yang sama aku pernah bawa abang, kakak ipar dan anak buah aku kat situ. Baru teringat tadi lepas dah order.Tak tahu la orang lain kena ke tak.Dahla bila aku bayar, tak ada plak nak minta maaf ke, sebab hantar makanan lambat. Kita nak tolong orang melayu, macam ni pulak jadi, kedai air ok jer, siap datang tanya 2 kali, dah order air ke belum.Bila bayar siap terima kasih lagi, macm tu la baru la pelanggan nak datang lagi.


Kedaini tak jauh dari Uitm, Shah Alam.Medan ni top dengan ABC Special, kalau nak pekena ABC, sini boleh la layan.So aku harap tauke2 kedai makan, harap jangan jadi macam ni.Aku ni pun bukan kejam sa…

Cukai oh cukai.....

Image
Cukai oh Cukai.... Tepat 6.07petang tadi, aku dapat mesej dari hotlink :


"RM0.Pelanggan dihargai, (Kata hatiku: hargai sangat ke?Hehe) mulai 15/9/11, pembelian tambah nilai prabayar & pek p'mulaan akan dikenakan cukai p'khidmatan  sebyk 6%.Sila layari
hotlink.com.my"




Erm,cayalah, lepas ni, topup pun kena cukaila.Best tak?haha.... Sebelum ni main topup jer, kena telan kredit bising.Tup2 lepas ni, kalau kredit hilang, lagi la bising...Perkhidmatan macam mana tu kalau kena telan jer, line pun kejap2 ok.kejap tak.Walhal duduk dalam town. Pengguna sebelum ni mybe tak terasa kot, lepas ni, kalau tak terasa jgak atau tak sedar jugak, tak tau nak kata, dari 6 %, mybe akan naik lagi.Tapi nak setiap orang ada pandangan orang masing-masing.Kalau cukai perkhidmatan naik, harap-harap perkhidmatan syarikat besar ni, pastikan bagi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna la yer. Boleh kata setiap orang senang memiliki telefon bimbit sekarang, so harapan pengguna janganla kerana k…

Selamat Hari Raya Aildilfitri

Selamat hari raya adilfitri kepada semua pembaca setia blog aku.Terima kasih kerana sudi memberi komen dan kata-kata dorongan kepada aku untuk terus berblog.Tidak lupa jugak kepada semua pelayar lain yang sudi menjengok blog aku ini walaupun sekejap sahaja. Harap di maafkan segala kesalahan andai kata sepanjang aku berblog, ada membuatkan anda semua terguris diluar sana. 
Maaf Zahir dan Batin.....
Disini aku ingin berkongsi segala perjalanan cuti beraya.
Hari bertolak pulang.- Cuaca di Sg. buloh pada hari itu, agak mendung, membuatkan aku berasa risau untuk membuat keputusan untuk bertolak pulang ke kampung. Kerisauan bertambah bukan apa, pabila hujan, penglihatan aku agak kabur kerana aku kurang mendapat tumpuan pabila ada cahaya lampu yang datang dari arah depan sekiranya cuaca hujan.Namum begitu, perjalanan terpaksa diteruskan.Rehat mungkin aku rasa belum cukup, tapi memandangkan hati berkobar-kobar untuk pulang beraya di kampung, niat diteruskan juga malam itu. Alhamdulillah perjalan…