Syukur... Alhamdulillah..

Hari ni aku sepatutnya bercuti half day je...tapi dah bertukar jadi satu hari.Hehe.... Gara-gara jumpa doktor.Dapatla MC satu hari ni.Bukan senang nak dapat cuti macam nie selalu.Pagi tadi terus gi hospital Putra Medical Centre. (PMC). Thanks kepada doktor yang merawat aku tadi.Layanan yang diberikan oleh doktor dan nurse memang baik, sama seperti aku datang 2 minggu yang lalu. Cuma faham jela, hospital swasta, terpaksala keluarkan duit poket kalau nak teruskan rawatan disini.Tujuan aku datang hospital PMC pagi ni pun sebab nak minta surat rawatan susulan ke hospital kerajaan,so terpaksala jumpa doktor biasa dulu.Sperti yang dijanjikan aku pun dapatla surat yang aku nak tue.Sekali dengan MC (Surat Cuti Sakit).Memandangkan masa dah dekat separuh hari, aku gunakan MC tu untuk terus ke Hospital Sungai Buloh.








Ramai giler orang, sampai parking kereta aku pun susah nak cari.Berpusing-pusing aku kat sana.Aku terus ke klinik pakar otopedik. Sekali kena tolak kes daa..... kena pulak aku ke unit kecemasan seperti masa mula-mula aku kemalangan tempoh hari.Penatla aku berjalan, jauh sebab nak naik kereta nanti parking pulak susah.. Aku pun register dan dapat No. 2023. Jam menunjukkan 11.05am di nombor giliran aku. Lama giler aku tunggu sampai 1.45 baru aku dapat masuk. Masa aku tunggu tue, kesian sorang pak cik tue, dahla kena tunggu lama.sakit teruk.Bila isteri dia terus gi ke bilik doktor. Doktor kata kena tunggu jugak. Yang aku tak sedap dengarnya, mak cik tu cakap, doktor kata, kalau mati pun kena tunggu. Kalau betullah doktor kata macam tue, harap-harap doktor tu fikir balik kata-kata dia.Tahu la kamu tu sibuk, banyak pesakit.Tapi jangan la sampai keluar perkataan macam tu.




Giliran aku masuk dah sampai, alhamdulillah, dokotr yang merawat aku tue memang bagus, layanan baik. Dokot lelaki india, muda.Aku puji cara dia bagi perkhidmatan.Follow up yang baik, dia sendiri call bahagian X-ray, walaupun dia ada jururawat membantu, tapi dia sendiri yang buat call.Selpasa aku selamat x-ray. aku di panggil semula.Hasil dari result x-ray, tulang aku semua ok, tak ada patah.Cuma aku terpaksa datang lagi ke hospital untuk jumpa doktor pakar lain pulak. Setakay ini aku rasa lega dengan result x-ray tadi.





Hehe.........lagi bersyukur bila malaysia menang piala suzuki.....

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Mamat bangla punya penangan.....

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)