Malang tak berbau.....

Semalam, benar-benar nacam mimpi.Hajat tolong orang belikan nasi, bertukar menjadi kemalangan. Malang tak berbau kata orang.Kejadian menimpa aku dan angah.Semasa melalui jalan ke kedai makan, muncul cahaya besar didepan aku tiba-tiba.Tak sempat aku mengelak, dentuman berlaku agak pantas telah mengakibatkan aku jatuh rebah ke bumi.bertemankan bantal dan tilam jalan tar.Hilang seketika bayang-bayang nasi goreng USA yang akan aku makan nanti.
(Begini keadaan motor akibat dentuman tu)

(Inilah motor yang langgar aku)

Semasa aku kena langgar depan tue, sempat aku menjerit " BODOH" kat mamat tue.Masa motor aku dah rebah atas badan aku. Aku dah tak tahu apa dah jadi.Hanya aku mendengar, angah asyik kejutkan aku, "Abang, bangun bang, Abang bangun bang".Aku dengar dia macam dia menangis, rupa-rupanya dia menggeletar kaki badan takut aku jadi mati.Sayang juga angah kat abang kan? haha.... kelakar bila ingat kejadian semalam. Masa kejadia ni berlaku, angah teruis call membe umah untuk suruh dieorang datang.Memandangkan angah pun OKU jugak dia tak ingat nombor orang lain, dia hanya ingat nombor si Faiz (OKU) jugak.Si Faiz nie tak faham ape yang angah nak bagi tahu. Puas angah menjerit,keadaan angah yang amat takut. erm, nak di pendekkan cerita, Selepas aku ke klinik, kami pun jumpa bapa budak tue...

Comments

sbnr nye simpati..tp mcm nk klik lucu..agak2 marah x???hehehehe...tp syukur awk xpape..hehehe...btw tq komen blog..hurm~ sy akan jaga nenek sy elok2..

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Berbisik pada langit

Mamat bangla punya penangan.....