BUTA WARNA

Malam nie, aku terasa nak cerita pasal " BUTA WARNA".Maksud Buta Warna dalam wikipedia adalah... Buta warna adalah suatu kelainan yang disebabkan ketidakmampuan sel-sel kerucut mata untuk menangkap suatu spektrum warna tertentu akibat faktor genetis.

Buta warna merupakan kelainan genetik / bawaan yang diturunkan dari orang tua kepada anaknya, kelainan ini sering juga disebaut sex linked, karena kelainan ini dibawa oleh kromosom X. Artinya kromosom Y tidak membawa faktor buta warna. Hal inilah yang membedakan antara penderita buta warna pada laki dan wanita. Seorang wanita terdapat istilah 'pembawa sifat' hal ini menujukkan ada satu kromosom X yang membawa sifat buta warna. Wanita dengan pembawa sifat, secara fisik tidak mengalami kelalinan buta warna sebagaimana wanita normal pada umumnya. Tetapi wanita dengan pembawa sifat berpotensi menurunkan faktor buta warna kepada anaknya kelak. Apabila pada kedua kromosom X mengandung faktor buta warna maka seorang wanita tsb menderita buta warna.

Saraf sel di retina terdiri atas sel batang yang peka terhadap hitam dan putih, serta sel kerucut yang peka terhadap warna lainnya. Buta warna terjadi ketika syaraf reseptor cahaya di retina mengalami perubahan, terutama sel kerucut.


 Dah fahamkan ape itu buta warna? Orang akan ketawa dan jadi bengong bila aku sebut aku buta warna.Mereka akan cakap aku tak nampak warna, macam mana nak tengok lampu isyarat, macam mana dapat lesen memandu.Hina sangatkah golongan orang macam aku nie sampai tak boleh dapatkan lesen memandu? tapi alhamdulilah sudah 9tahun aku sudah memiliki lesen memandu kereta dan motor.Sudah berulangkali aku memandu ke Melaka, balik kampung dengan selamat.Kadangkala tersentak hati kecil ini apabila ada insan lain yang mempersendakan anugerah yang telah Allah kurniakan kepada aku.Memang benar sukar untuk aku memohon kerja, kadangkala rasa jemu, rasa penat dan malas nak memohon mana-mana kerja. Kesukaran memang ada berlaku apabila semua kerja aku yang terpaksa bermain dengan warna, naik pening kepala aku.
Ada orang tanya aku macam mana aku melihat lampu isyarat dijalan raya.Adakah aku nampak hitam da putih sahaja? Kadangkala aku malas melayan mereka, aku mengangukkan saja...Aku tahu ramai yang kat luar sana yang BUTA WARNA memahami ape yang aku alami. So jangan mengaku kalah.... kita juga mampu memandu... tanpa perlu memakai cermin mata...

Comments

mr khalil said…
boleh xcerita lebih detail apa ni buta warna? mmg korang xley nmpak colour or ade gak colour tertentu yg korang boley nmpk?
coz my bf juga buta warna, plizz,i need to know more about dis,
Semut Hitam said…
Terima kasih sebab bertanyakan soalan begitu...

Buta warna bagi diri aku la.... aku nampak ada color, cuma ada hijau dan merah aku tak nampak jelas bila banyak color bercampur2....

Sesetengah orang faham, buta warna, nampak color hitam dan putih je... salah tu tanggapan orang...

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Mamat bangla punya penangan.....

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)