Kerna Cinta diukur dengan ........ (Episod 1)



Awk, kite kuar petang nie, pergi melawat emak siti kat hospital, boleh tak? " 
" Boleh, tapi nak naik apa?"
" Awk datang ambik saya kat umah, mak suruh datang"
"Tak ape ke?nati jadi hal plak, kecoh satu kampung"
"Mak kata tak pe, datang jela. Mak kata OK ". 

Kata-kata ini lah yang masih segar dalam ingatan aku, walaupun kisah ini sudah lama berlalu.Bukan untuk diungkit, tapi untuk dijadikan pengajaran kepada semua kaum Nabi Adam.

Petang tu, tanpa berlengah lagi, aku memandu laju menuju ke rumah Tina.Tak sedikit pun terpikir ataupun risau apa akan berlaku bila sampai di sana.Kakiku terus menekan pedal minyak kereta kancil yang dah lama tak dipanaskan enjin semenjak abangku berhijrah ke Yemen.Dalam hati, inilah kali pertama aku dapat merasa kereta kancil kepunyaan abangku setelah ditinggalkan...Setibanya aku di simpang masuk ke rumah Tina, kelihatan beberapa orang sedang duduk di atas dangau (Tempat duduk). Ada yang sedang membalut rokok daun tembakau, ada juga yang sedang menjamah roti dan air kopi kampung.Aku terus masuk ke halaman rumah.Lalu aku menarik handbrek, lantas turun dari kereta kancil berwarna silver yang aku pandu.

"Assalamualaikum,"Aku memberi salam kepada semua yang berada disitu.
" Waalaikummussalam" Salam aku disahut oleh beberapa orang yang berada disitu.Aku dengan perasaan segan silu, lantas mengawal keadaan.

" Tina ada tak mak cik?. Aku bertanya kepada sorang mak cik yang aku agak-agak itu lah mak Tina.Kerana dia yang menyambut seawal kedatangan aku.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Mamat bangla punya penangan.....

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)