Biar Jasa jadi kenangan

"Biar jasa jadi kenangan" itulah yang dapat aku lafazkan sebelum meninggalkan meja makan Restoran Rimbun. Hati sebak ketika aku bersalaman dengan sahabat yang telah lama, sama dalam kerja...Terasa amat perit untuk mengucapkan selamat maju jaya pada dia.Apapun itulah erti kehidupan, kadangkala kita diatas, dan kadangkala kita di bawah.Tak semestinya kita akan berada diatas, mungkin ada orang yang kurang senang dengan kedudukan kita sekarang ataupun suatu hari nanti.


Jamit terus meninggalkan aku dengan berseluar pendek dan berbaju tshirt.Aku tahu, berat hati dia untuk pergi selepas bersalaman dengan aku.Kadang-kadang apa yang kita rancang tidak semestinya akan menjadi kenyataan.Rakan kerja berpasukan yang amat rapat, memang akan rasa sedih dengan kehilangan seorang rakan kerja yang kuat komitmennya pada kerja, tidak pernah fikir erti penat.Pagi bangun, masuk kerja terus buatkan.Berteraskan "Kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang" itulah menjadi pegangan sepanjang 10 tahun lebih dia berkhidmat dengan company.Dari kontrak sehinggalah masuk company (Jawtan tetap). Dari operator sehinggalah berjawatan pembantu juruteknik. Seorang yang melakukan kerja dengan cepat, kemas malah mudah mengikut arahan, membuatkan orang senang berkerja dengannya.Walaupun usianya lebih tua dari aku, aku masih mampun menganggap dia muda.Berjiwa muda.Walaupun baru lebih kurang 2 tahun aku berkerja bersama dia, dia memberi kerjasama yang baik.Itulah Jamit :




Aku masih ingat lagi kisah dia mula-mula dia diambil untuk bekerja dalam lab.Sehari kerja terus demam, kerana tidak tahan sejuk dengan air cond yang suhunya rendah.Kedua, memegang tetikus (mouse) PC pun tidak pandai, takut...itulah kenangan.Dari PC sehinggalah ke laptop....kenangan memang kenangan. Sekarang, ibarat patah sayap kami dalam berpasukan. Dulu pun sudah patah satu belum berganti, sekarang patah lagi satu, bertambah lah lagi sayap kami dan tak mampu lagi terbang.Banglo besar baru saja dibina, tapi dimana penghuninya yang dulu sama-sama impikan untuk mengecapi bersama .......


Itulah sebuah kehidupan dalam bersahabat,kerja berpasukan, tak semuanya kekal....tapi janganla bergini kau pergi, biarlah jelas.......dengan kerelaan....





Wassalam..........semoga berjaya sahabat, ada hikmah disebalik kejadian ini....


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)

Mamat bangla punya penangan.....