Posts

Showing posts from November, 2010

Ape sebenar cerita ini?

Image
Assalamualaikum semua, 


Bosan, dan penat balik kerja.Aku on la PC aku yang banyak sangat virus nie.Masa aku bukak blog aku nie, aku masuk la gengblogger, mana tau ada entry yang best.Untuk menghilangkan bosan aku nie, aku ternamapak satu entry dari sorg blogger nie. Blog tuArena Siber .Thanks la arena siber yang menarik minat aku dengan tajuk yang dipaparkan. Saja nak tahu....Jom ikuti ape cerita di sebalik tajuk yang dipaparkan..."Sorry ye tuan punya blog Arena siber, saya copy dari blog anda."


Rahsia sebenar Cikgu Shida







Akhirnya saya dah dapat tau kenapa Cikgu Shida jadi macam tu, buat video klip yang kurang manis untuk seorang guru perempuan macam dia, kalau takde apa-apa takkan dia sanggup buat macam tu kan? Saya dapat maklumat ni dari blog Megat Azfar, terima kasih ye sebab saya salin balik apa yang megat tulis tu 100 peratus, tanpa kebenaran pulak tu..hehehe  Korang bacalah sendiri ye, lepas ni kita harap Cikgu Shida akan kembali ceria macam dulu dan delete semua video kl…

Selamat Pengantin Baru Sahabat-sahabat

Image
Hampir 14 tahun meninggalkan zaman sekolah rendah, selama itulah aku tidak bertemu sahabat lama.Tup! Tup! hujung tahun 2010 nie, dia nak kahwin.Barula aku dapat tahu cerita tentang dia.Teringat zaman sekolah rendah dulu, selalu pergi rumah dia ambil buah "Asam Katak dan Buag ambra" hehe.... aku ingat lagi rumahnya, dekat dengan sungai dan jambatan simen...Selamat Pengantn Baru Adli ,semoga berbahagia ke akhir hayat. Hujung tahun nie jugak la, aku dapat tahu, kawan-kawan zaman sekolah dulu, ramai yang nak kahwin dan ramai yang nak bertunang. Untuk sahabatku Nizam Zubir (Banggol Kiat), Zam Iktbn Sepang, Ina - Meru,Ipoh, Linda Iktbn.Semoga korang semua berbahagia.


Lagenda Budak Setan The Series Ep 1 Part 3/3

Image

Lagenda Budak Setan The Series Ep 1 Part 2/3

Image

Lagenda Budak Setan The Series Ep 1 Part 1/3

Image

Cara Terbaik Memilih Antivirus

Biar Jasa jadi kenangan

Image
"Biar jasa jadi kenangan" itulah yang dapat aku lafazkan sebelum meninggalkan meja makan Restoran Rimbun. Hati sebak ketika aku bersalaman dengan sahabat yang telah lama, sama dalam kerja...Terasa amat perit untuk mengucapkan selamat maju jaya pada dia.Apapun itulah erti kehidupan, kadangkala kita diatas, dan kadangkala kita di bawah.Tak semestinya kita akan berada diatas, mungkin ada orang yang kurang senang dengan kedudukan kita sekarang ataupun suatu hari nanti.


Jamit terus meninggalkan aku dengan berseluar pendek dan berbaju tshirt.Aku tahu, berat hati dia untuk pergi selepas bersalaman dengan aku.Kadang-kadang apa yang kita rancang tidak semestinya akan menjadi kenyataan.Rakan kerja berpasukan yang amat rapat, memang akan rasa sedih dengan kehilangan seorang rakan kerja yang kuat komitmennya pada kerja, tidak pernah fikir erti penat.Pagi bangun, masuk kerja terus buatkan.Berteraskan "Kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang" itulah menjadi pegangan sepan…

Kenangan tinggal Kenangan

Image
Ni gambar aku masa kat IKTBN Sepang Selangor..Dieorg ntah kat mana sekarang, tapi yang pasti ramai dah kahwin.Dah ada anak pun dah ramai. Aku ingat lagi masa aku kat sana, aku ni selalu sakit, sampai pengajar kat sana boleh kata kenal aku sebab aku sakit. Thanks pada pelanggan2 aku kat hostel sana, Ni la TOKAN rokok kat sana, hehe... masa aku kat sana, duit elaun tak usik pun tak pe, duit bisnes pun dah cukup makan. Kat sana ramai tokan rokok, ada le satu hari tu temapat aku kena serbu, sebab ada orang report kat MPP (majlis Perwakilan Pelajar). Dieorang dengki pada aku sebab aku punya bisnes menjadi, pelanggan tak putus2. Memandangkan penjualan menggalakkkan aku pun bukak la satu lagi cawangan.Hehe.... Konon2 mcm francais le....hehe... last2 budak tu kena tangkap ngn MPP, tapi kejap je... dieorg mana berani cari gaduh.. hehe,... Perkara yang paling aku tak dapat lupa masa mula2 masuk IKTBN, masa bulan orientasi atau minggu siraturahim... Kami kena hantar pergi Port Dickson..Per... T…

RED (Aksi, komedi)

Image
Kalau anda rasa nak menonton filem REDmemang tidak rugi. Ceritanya memang best.Kelakar, walaupun permulaan ceritanya agak membosankan bagi aku.Semangat setia kawan yang ditonjolkan memang menarik, agak kelakar, malah aksi-aksinya menghiburkan.








11 November..........

Image
Baru-baru nie, aku sempat pergi menonton filem UNSTOPPABLE . Ceritanya best bagi pendapat aku, walaupun jalan ceritanya ringkas. Hanya mencerita mengenai keretapi yang tak dapat diberhentikan.Didalam cerita ini diselitkan beberapa masalah peribadi yang dihadapi oleh beberapa watak yang ditonjolkan...


2 Hero dalam filem ini
Train yang tidak dapat diberhentikan - Tanpa pemandu



                                                           Aksi-aksi mendebarkan.....

                       Akibat dari kejadian train tersebut, kasih sayang yang terputus, dapat dijalinkan kembali....

Apapun jalan cerita, pasti penonton tahu apa kesudahannya.. hehe...Dapatkah train itu diberhentikan? pasti anda semua, ada jawapan masing-masing.......

Kerna Cinta diukur dengan ........ (Episod 1)

Image
CINTA TERLUKA.....
" Awk, kite kuar petang nie, pergi melawat emak siti kat hospital, boleh tak? "  " Boleh, tapi nak naik apa?" " Awk datang ambik saya kat umah, mak suruh datang" "Tak ape ke?nati jadi hal plak, kecoh satu kampung" "Mak kata tak pe, datang jela. Mak kata OK ". 
Kata-kata ini lah yang masih segar dalam ingatan aku, walaupun kisah ini sudah lama berlalu.Bukan untuk diungkit, tapi untuk dijadikan pengajaran kepada semua kaum Nabi Adam.
Petang tu, tanpa berlengah lagi, aku memandu laju menuju ke rumah Tina.Tak sedikit pun terpikir ataupun risau apa akan berlaku bila sampai di sana.Kakiku terus menekan pedal minyak kereta kancil yang dah lama tak dipanaskan enjin semenjak abangku berhijrah ke Yemen.Dalam hati, inilah kali pertama aku dapat merasa kereta kancil kepunyaan abangku setelah ditinggalkan...Setibanya aku di simpang masuk ke rumah Tina, kelihatan beberapa orang sedang duduk di atas dangau (Tempat duduk). Ada yang sedang…