Nurse Gila Pisang (Bahagian 2)

"Wow!, ish2 " Jerit nurse tue. Aku dapat agak dah, kurang asam betoi nurse ni. Aku tengah sakit boleh plak dia sekodeng.

Mujur Bob tak ada masa tu, kalau ada.Aku dah suruh Bob pelankong nurse tu. Aku tengah sakit, dia boleh dok wat drama plak.

"Abang, saya nak cucuk sikit kat sini ye..Sikit je..." Cakap nurse tu kat aku.Hampeh betul nurse ni.dia boleh pulak pi tekan kat tepi paha aku.. dahla tadi tekan aku punya dada.Dahla dada burung, sakit doh....

Tak lama kemudian, datang lagi sorang nurse, em, yang ni mengancam sikit nurse.Ala-ala model gitu... Haha... Model ape korang tau?


Model baju mengandung.

Datang je nurse tu, dia terus pasang benda yang pakai kat hidung tu,Ape ntah, aku pun tak tau sangat nama dia.Tak pernah aku kena pakai menatang tu. Susah juga aku nak bernafas.Macam duduk kat tempat lain je rasanya.  Dah dekat pukul 4 pagi... aku menunggu. Akhirnya air sebotol dah habis dimasukkan ke badan aku.

"Abang, dah boleh balik, air pun dah habis" Kata nurse tu pada aku.

Aku tunggu je Bob datang bawa kerusi roda kat aku, sebab aku tak ada selipar.Hehe.. tak lama kemudian. Bob pun muncul.Apa lagi.Dia terus la tolak aku nak balik.
Semasa lalu di depan kaunter nurse tu duduk.Kelihatan dua orang nurse yang sedang senyum-senyum ala kambing gurun yang sedang meragut rumput.

"Abang, jangan lupe makan PISANG dan Keju  ye" Teriak sorang nurse tu, yang sorang lagi ketawa, sambil memerhatikan Bob dan Azmi menolak aku keluar.Aku dengan perasaan marah dan bercampur malu, terus tidak menoleh kearah nurse yang telah menerokai alam kesakitan aku tadi.

Dalam Hati aku " Cis, tula kerja malam, dah kahwin, mesti kurang kasih sayang suami, tu yang menggatal tak tentu hala."

Kalau tak kahwin lagi, bolehla aku adjust. Hehe.... Jangan marah... bukan adjust untuk aku... untuk kawan-kawan. Kami pun bergerak keluar dari bilik kecemasan sambil aku di tertawakan dengan Azmi dan Bob... 
Begitulah cerita aku dapat kongsikan pada semua yang melayari blog aku ni....



Comments

diana said…
selalu nye kalau gedik mcm tu nurse yang belum kawen je..
kalau yang dah kawen
dia tak heran pun dgn benda alah tu..
siyes..!!
PENSIL KAYU said…
masalhnya..dia menggatal gak... dahla mengandung...
eiii... ape punye nurse da~~~

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Mamat bangla punya penangan.....

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)