Langkah : Dunia Baru [ Episod 1]

Ini kali pertama aku jejak dunia luar.Aku pun tak pernah rasa macam mana hidup dibandar atau pekan yang banyak deretan kedai-kedai yang menjual beraneka barangan.Suasananya agak bising.Semalam aku tak dapat tidur nyenyak sebab aku risau dan takut pada tempat baru yang akan aku tinggal.Pesan mak ayah, jaga dompet duit baik.Sekarang aku sudah berada ti tempat yang aku risau sangat nak datang sebelum aku tidur semalam. Sebelum ni aku pernah dengar orang bercerita saja, suasana tinggal di asrama atau hostel bila dapat belajar di luar daerah atau negeri sendiri. Sekarang aku dapat merasai semua tu.Di depan pintu masuk Kolej Amir Nurashid kelihatan ramai ibu dan bapa sedang mengiringi anak-anak mereka ke dewan pendaftaran. Tiba-tiba fikiran aku terganggu, hatiku tersentuh seketika.


" Mengapa aku tak dapat merasa apa yang mereka rasai?Mengapa aku keseorangan di sini?"Pelbagai persoalan timbul di kotak fikiran aku.Hati tiba-tiba bercampur aduk, sedih dan pilu.


Tanpa segan silu, aku pun terus melangkahkan kaki aku ke dewan perdaftaran.Kelihatan beberapa gadis-gadis berbaju kurung merah dan jejaka-jejaka yang berbaju batik sedang menunggu di depan pintu masuk depan.Aku terus berjalan walaupun dengan penuh dengan muatan beg dan baldi.
"Bang, nak daftar masuk, kena gi meja mana?" Soalan pertama keluar dari mulut aku bila sampai di depan seorang budak yang bertugas di situ.
"Adik ke meja no. 1, start dari meja tue, dan ikut turutan ya ke meja seterusnya. " Jawab budak tue pada aku.Sekali aku pandang wajahnya, macam raja lawak Nabil.Mungkin pelanduk adik beradik kot. haha...


Sesi pendaftaran aku diteruskan dengan langkah demi langkah ke meja yang di susun mengikut jenis pendaftaran. Sampai je ke meja terakhir,mataku terpandang satu wajah ayu yang amat menarik perhatian aku. Aku terkedu melihat wajahnya.Selesai je pendaftaran aku cuba mencari kembali wajah tu, tapi tak jumpa. Aku di bawa ke hostel untuk penginapan.Penat terasa kaki aku, kerana jarak hostel dengan dewan tadi agak jauh.Bilik aku terletak di tingkat 3. Masuk je bilik, kelihatan 3orang budak di dalamnya, sedang mengemas pakaian ke dalam almari. Aku terus memperkenalkan diri aku pada mereka.
" Saya Hassan, boleh panggil saya San." Aku perkenalkan nama.
" Saya Jo, yang ini Zack dan tue Halim, kitaorang sekampung dari melaka, kau dari mana?." Tanya Jo pada aku selepas memperkenalkan diri mereka.
"Aku dari Kedah," Jawab aku pada mereka. 


Kami meneruskan perbualan sambil mengemas barang masing-masing. Lebih kurang 30 minit, terdengar suara memanggil semua pelajar turun ke dewan untuk program orientasi bermula. Kami pun melangkah kaki turun ke dewan. Semasa dalam perjalanan ke dewan. sekali lagi aku ternampak wajah yang tadi aku lihat.Kali ni dia memakai baju berwarna pink. Bertudung putih. Ntahla, kenapa hati aku terasa nak sangat dekat-dekat tengok wajahnya. Aku cuba mengalihkan pandangan aku agar kawan-kawan lain tak nampak reaksi aku pada gadis tu.Ini kali pertama aku keluar dari kampung , dan belajar di bandar besar ini. Ini lah langkah pertama aku mengenal dunia baru.Teringat aku pada cerita di TV3 dulu, Dunia Baru. Meybe itu yang cuba dipaparkan.Tiba-tiba gadis yang tadi aku tengok berada betul-betul di didepan aku semasa semua sibuk tolak menolak untuk membuat barisan.Aku terkaku, dan terdiam. Kelihatan wajahnya memandang ke arah aku. Dia melemparkan senyuman ke arah aku, tapi akut tak cepat membalas senyuman tu, aku takut dia melemparka senyuman pada orang lain. Dalam keadaan penuh dengan pelajar-pelajar lain aku di tolak dari belakang, aku terasa satu tumbukan dari belakang, rasanya amat kuat. Aku menoleh ke belakang semasa aku bangun dari jatuh tadi. Aku tengok......


Bersambung..........



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Berbisik pada langit

Mamat bangla punya penangan.....