Genap 2 Tahun aku di sini.


Bukan mudah untuk menilai kesabaran diri sendiri, jika hati sudah gundah.Setiap perjalanan hidup seseorang semuanya berlainan rupa, wajah, namun apa yang dilalui semuanya adalah kenyataan hidup.Kini genap 2 tahun aku berkhidmat untuk tempat kerja aku ni.Malangnya pabila genap 2 tahun, jiwa dan kesabaran yang aku tempuhi  tiba-tiba goyah hari ni. Ada kala apa yang dilalui, gembira, dan adakala yang dilalui pahit. Aku tidak sedar mana yang benar-benar tulen mereka, atau hanya wayang kulit yang sering di mainkan oleh kaki cerita wayang kulit batang pinang berkain putih. Tadi aku merenung sebatang pensel kayu yang tumpul.Semakin aku renung, ku rasa ada sesuatu yang dapat memberi satu tanda... tanda hitam di kertas yangputih dan kosong. Tiba-tiba tanganku mencapai pensel kayu itu tanpa terus memikirkan siapa empunya tuan pensel kayu itu. Lalu aku teruskan melakar sesuatu di kertas A4 yang masih kosong.Terlintas perkataan "BOSAN" dalam kepala aku yang sedang binggung memikirkan kerja yang semakin hari semakin banyak.
Terlintas di pikiran aku untuk menghilangkan tension aku sempena 2 tahun aku kerja di sini. Apa yang aku mampu adalah, memberi satu pertandingan kepada semua penggunjung blog aku . Kepada sesiapa yang dapat meneka mana 1 air yang diminum oleh aku,dialah layak memenangi hadiah yang akan aku bagi. Syarat-syarat pertandingan adalah seperti di bawah :

1) Teka, yang manakah gelas yang korang rasa itu air yang diminum oleh aku.
2) Terbuka kepada 20orang sahaja.
3) Pemenang akan dihubungi.
4) Terbuka kepada pengunjung blog aku die kawasan terdekat (Selangor, KL).Kedah boleh jugak, tapi
     lambat la sikit nak merasa main bowling dengan aku. heheh...
5) Had umur penyertaan : 25tahun ke bawah.

Pemenang akan menerima hadiah :

1) Dapat bermain bowling dengan aku


Cara penyertaan :
1) Sila emailkan jawapan anda ke email aku, ameermusa84@gmail.com. ataupun melalui komen pun boleh
     jugak, bagi jawapan
2) Tarikh tutup : 25 June 2010
3) Sila letakkan alamat blog anda atau pun alamat email anda.






Comments

Tn.Punya said…
mcm menarik je
PENSIL KAYU said…
hilangkan tension.... huhu
ZihNuN FaTiN said…
nak teka jgk..biarlah xdapek nk men bowling pon...hehehe

aku teka yg no 1!sbb yg tu nmpk cam dh minum je...hehheehhe
PENSIL KAYU said…
terima ats jawapan ko... hehe

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Berbisik pada langit

Mamat bangla punya penangan.....