Kutinggalkan semalam


Malam ni, aku rasa ckup indah.Tak seindah semalam. Aku nampak ada sinar dimata kawan-kawan aku.Ada gelak ketawa,melalak sampai tak ingat dunia, tapi aku tahu.Pasti ada yang sedih, hiba dan sayu ditempat lain,ada teman yang kesunyian dan fikr ape terjadi hari esok.Percubaan pusat karoeke yang baru dibuka, ternyata kurang menyenangkan aku, program pilihan lagu yang disediakan, amat mengelirukan, bagi aku tidak sesuai. Si Shah agak gile nak menyanyikan lagu dewi karmalanya... si Ina pula sibuk nak berkarok lagu jiwang yang mampu melayan kesedihan di hati dia.Bila mengenankan bf die. Aku teringat pada kisah lama aku, yang boleh dikata peristiwa lama. Abang long pula, dgn masalahnya, dia mampu menyembunyikan perasaan sedih dia, aku tahu ada masa-masa indah bersama bekas isteri dan anaknya Aishah.Anak kecil yang tak tahu lagi erti sebuah kehidupan. Malam semakin lewat, lagu yang akan didendangkan seterusnya oleh Shah ialah, Cek Mek Molek. Muka nampak ganas, tapi dalam hati ada taman.. hehe.. Layan jugak dengan ratu gelek Datuk M.Daud Kilau ni. Shah memulakan lirik pertama, sungguh megerunkan gegendang telingaku, Ina dan Bibah terdiam, dan nampak sikit senyuman di bibir mereka berdua. Aku tahu, Ina dan Bib, dalam gelora yang sedih. Gelekan Shah mebuatkan kami semua ketawa, ada mata-mata kecil yang sedang mengintai kami dari luar bilik, kerana terdengar lagu yang Shah dendangkan.
                  Tiba-tiba, kaki dan badanku terasa getarnya, aku segera bangun dan menari mengikut rentak lagu Shah nyanyikan. Dalam hati, " Alamak, malunya aku, menari plak," Kata hati kecilku.Tanpa segan silu, aku cuba membuat sperti tidak ada ape yang berlaku. Aku tahu, Bib tahu aku tak ada mood malam tu. Aku bukan ape Bib, aku teringat Nadia, dia selalu tak dapat ikut kita. Tu yang membuatkan aku termenung seketika waktu tu.Memandangkan dah lewat malam.Kami pun bergerak keluar dari Suria Box tu. Aku rasa, malam ini sungguh indah.Tak tahu masih ada lagi ke malam-malam seperti ini untuk aku. terima kasih kawan-kawan yang sama-sama menghiburkan hati masing-masing, dan tidak mudah lupa diri bila berada bersama.Biarlah Si Boroi terjun dengan labu-labunya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)

Mamat bangla punya penangan.....