Kasut atau Selipar?

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera ke-25 menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941.Aku pun dilahirkan lagi.. hahah.. Tentera Jepun melancarkan serangan serangan amfibi(amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju kebawah ke pantai timur Tanah Melayu. Ini dilakukan bersama dengan pendaratan di Pattani danSinggora di Thailand, di mana mereka bergerak keselatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang sebelah barat Tanah Melayu.      Jepun mendarat di Pantai Padang Pak Amat sejurus selepas tengah malam 8 Disember1941, dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera India British dan tentera Jepun, hanya sejam sebelum berlakunya Serangan ke atas Pelabuhan Pearl. Pertempuran itu merupakan detik rasmi permulaan Perang Pasifik serta merupakan permulaan sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu. Pihak Jepun mengalami jumlah korban yang tinggi tetapi gelombang demi gelombang penyerang menyerbu ke pantai sehingga pihak British terpaksa berundur. Dari situ, mereka bergerak dan menawan lapangan terbang Kota Bharu. Pada masa yang sama, pihak Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pelabuhan Pearl melalui udara.

Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor Star pada 9 Disember 1941. Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan Jepun yang dilaporkan di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun menyerang dengan gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut. Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam masa yang singkat.
Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju Sungai Perak. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mulai mengebom Pulau Pinang.Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.
Pengunduran pasukan tentera British bukan sahaja menjatuhkan moral pasukannya, malah memberi kesan taktikal kepada pertahanan Kedah. Serangan Jepun diteruskan hingga ke malam dan mereka berjaya memduduki beberapa tempat yang strategik di Bukit Jantan dan Bukit Alor iaitu dua tempat yang penting bagi pertahanan Jitra. Akibatnya pasukan British berundur ke selatan dan cuba memperkuatkan kedudukannya di Sungai Bata dan Kelubi dengan menggunakan askar Gurkha dan Punjab.
Sementara itu di pihak Jepun, Mejar Jeneral Saburo Kawamura, pemerintah Briged ke - 9 mengarahkan pasukan pimpinan Kolonel Saeki diberi tambahan kereta kebal dan jurutera bagi membolehkan pasukan Jepun menawan jambatan Jitra sebelum British meletupkannya. Beliau mengarahkan Rejimen ke - 40 supaya menyerang bahagian timur jalan. Taktik penyeludupan juga dibuat untuk mara ke kawasan musuh dengan lebih cepat. Bagaimanapun serangan Jepun pada sebelah malam gagal akibat hujan lebat tetapi bernasib baik kerana pasukan Punjab tidak diselaras bagi menyerang pasukan Jepun, akibat kelemahan sistem perhubungan tentera British.
Mejar Jeneral Murray - Lyon yang mengetuai pertahanan British di Kedah mengambil keputusan berundur ke Gurun. Langkah ini dipersetujui oleh Ibu Pejabat Pemerintah Tanah Melayu. Pengunduran tentera British dari Jitra dijalankan dalam keadaan cuaca buruk. Ternyata ketumbuhan ke - 11 mengalami kemusnahan agak teruk berbanding tentera Jepun. Pertahanan Jitra yang dibina selama tiga bulan musnah dalam masa lima belas jam sahaja.

Kekalahan tentera British dan India ini di Jitra oleh tentera Jepun, yang disokong dengan kereta kebal bergerak keselatan dari Siam pada 11 Disember 1941 dan kemaraan pantas pihak Jepun melalui darat dari beachhead Kota Bharu disebelah pantai barat daya Tanah Melayu mengatasi sistem pertahanan British di utara. Tanpa sebarang kehadiran tentera laut, pihak British tidak mampu mencabar operasi tentera laut Jepun di persisiran pantai Tanah Melayu yang terbukti berguna bagi tentera penjajah. Tanpa kehadiran kapal terbang British, pihak Jepun turut menguasai langit, menjadikan tentera darat Komonwelth dan penduduk awam terdedah kepada serangan udara. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mula mengebom Pulau Pinang.
Sementara itu, ketumbukan ke-11 kemudiannya berjaya diundurkan ke selatan Sungai Kedah pada 13 Disember 1941. Dalam pada itu, tentera Jepun telah sampai ke Alor Star dan ramai yang berjaya menyeberangi Sungai Kedah. Bagi menyelamatkan keadaan, Murray -Lyon mengambil keputusan meletupkan jambatan Sungai Kedah dan jambatan keretapi. Pengunduran dari Alor Star ke Gurun kemudiannya diteruskan walaupun persediaan pertahanan di Gurun tidak memuaskan.
Sementara itu Pulau Pinang dibom hebat setiap hari oleh pihak Jepun dari 8 Disember sehingga ia ditinggalkan pada 17 Disember. Senjata, bot, bekalan, dan radia station yang berfungsi ditinggalkan begitu sahaja dalam tergesa-gesa dan jatuh ketangan tentera Jepun. Pengunduran orang eropah dari Pulau Pinang, dengan penduduk tempatan dibiarkan begitu sahaja ditangan tentera Jepun menyebabkan malu besar bagi pihak British dan mengasingkan mereka dari penduduk tempatan.
hahaha... dah dapat info sikit kan pasal sejarah penjajahan jepun. Walaupun waktu itu aku tidak di lahirkan, kita patut mengenali sejarah.Hahah... sejarah merupakan titik tolak semangat untuk kita maju pada hari ini, tak kire la sejarah Cinta ke? Sejarah bergaduh dengan family ke? Sejarah kena langgar babi hutan ke? semua tu merupakan sejarah. Bagi aku, penjajahan Jepun amat membawa kesan yang mendalam pada penduduk kg di daerah aku. Dalam sejarah pun ada tulis pasal pergerakkan tentera jepun mara ke Kedah.Semenjak aku di lahirkan sampaila sekarang, pemahaman tentang seseuatu benda tu, masih disalah ertikan. Kali ni aku nak ceritakan pasal kasut.Waktu aku berhijrah keluar dari kampung halaman aku ( Sambung Belajar), Disini la bermulanya detik-detik kekeliruan dalam pergaulan ataupun boleh di katakan susah dalam perbualan dengan rakan-rakan. Terasa diri macam baru di lahirkan.

" Bro hang ambik jap kasut aku tu, aku nak pi keluar jap." Kata Mat pada aku,kebetulan hanya satu ja kasut ada di situ.Korang semua tahu, kasut yang di maksudkan oleh mat adalah kasut sarung  hitam kat tas tu:
Apa macam power tak kasut Mat? hahah... Gurau je, maksud mat, kasut adalah yang bersarung.Manakala pemahaman orang-orang di tempat aku kasut adalah semua, termasik la kasut ni... eh... Silap Selipar Jepun.
Haha,,,, power tak kasut aku?salah lagi, selipar.Kalau kat tempat aku di panggil "Kasut Jepun". Pengaruh jepun ini la sampainya semua penduduk memanggil jenis ini jugak kasut. Sedangkan bahasa malaysia sendiri ada bahasa kita, bukan bahasa orang jepun. Yang mereka tahu hanya la, ape yang dipakai dikaki ada" KASUT". So difahamkan di sinim, semasa pemerintahan mereka, Selipar di kata Kasut.Entah datang dari mana semua jenis selipar di kata kasut jepun. Aku rasa kilang-kilang di malaysia ni, kena kuatkan promosi jenama mereka sendiri, agar hilang nama selipar Jepun. Kini tinggal nama. "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama" Jepun belah dari malaysia, meninggalkan selipar jepun. hahah... kuat tak penmgaruh jepun di perkampungan-perkampungan dalaman. Fikir-fikrkan dan renung-renungkan...

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Mamat bangla punya penangan.....

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)